Rabu, 28 Disember 2011

Nasi Serai Dan Ayam Masak Kuzi

Asyik bertangguh je nak masak nasi serai.Dah banyak kali telan air liur bila terpandangkan di blog2 diorang tayang nasi serai ni.Dengan penuh semangat akhirnya aku berjaya juga merajinkan diri dan ternyata sangat2 berbaloi sebab memang sodapppp wehhh nasi serai ni.Aku layan pulak dengan dalca dan ayam masak kuzi.Tak ingat diet kejap..punah diet aku tak makan nasi sebulan.Akhirnya terjamah juga nasi..tapi dapat control jugalah.Janji lepas kempunan kannn.Resepi ni aku ambil dari blog sinar kehidupan


Dalca , Nasi Serai dan Ayam kuzi.Acar takde kali ni

NASI SERAI

- 4 cwn beras (saya guna beras Faiza monghul basmathi, cuci dan rendam 20 minit)
- 6 cawan air
- 1 labu bawang besar ~ didadu kecil
- 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
- 2 helai daun pandan
- 1 btg kayu manis
- 2 bj buah pelaga
- 1 kuntum bunga lawang
- 5 btg serai ~ dititik/ketuk
- 2 kiub pati ayam-
- garam
- 3 sudu besar minyak sapi

CARA2
  1. Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
  2. Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  3. Masukkan serai dan kacau lagi.
  4. Goreng lagi hingga wangi dan masukkan beras.
  5. Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
  6. Masukkan kiub pati ayam dan garam. Masukkan semua kedlm rice cooker dan on kan.
  7. Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
  8. Bila nasi dah masak gemburkan sedikit guna chopstick, jngn kacau lama2 bagi mengelakkan nasi patah2.
ayam masak kuzi

Bahan A
- 1 ekor ayam- di potong 12, cuci dan toskan
- 3 ulas bwng putih tumbuk dan sedikit kunyit utk goreng ayam
- 3 sudu besar minyak sapi
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan kismis hitam
- 1 1/2 cawan bawang goreng
- 1/2 cawan badam cincang
- 3 sudu makan tomato puri
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk goreng ayam
Bahan Kisar
- 20 tangkai cili kering/ 1 cawan cili kisar
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 3 biji buah keras

Bahan B (Rempah Kuzi )
- 2 sudu makan ketumbar*
- 1 sudu makan jintan manis*
- 1 sudu makan jintan putih* (* di sangai dan kisar kering)
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 btng kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 1 kuntum bunga lawang
- 5 tangkai bunga cengkih

Cara Memasak
  1. Bersihkan ayam. Gaulkan garam , kunyit dan bawang putih tumbuk. Goreng hingga kekuningan pada kedua-dua bahagian dan angkat.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk, masukkan semua bahan A , bahan kisar dan bahan B.
  3. Tutupkan periuk dan masak dengan api yang kecil. Masak hingga ayam empuk.
  4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Boleh tambah buah tomato yg di belah 6.
  5. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
  6. Sedap di makan bersama nasi kegemaran.

Ikan tenggiri masak lemak cili api

Hari ni hati aku agak resah dan teringatkan keluarga di kampung.Abah dan mak aku agak teruk kesihatan diorang tapi apakan daya..aku jauh beribu batu dari tanah air sendiri.Abah aku dah hampir 5 tahun sakit.Kali pertama dia sakit adalah selepas kematian abang aku.Sejak kematian abang (satu2nya anak lelaki dalam keluarga) kesihatan abah terus merosot.Masa tahun ke 2 aku disini..abah pernah masuk icu dan jiran2 ramai menjangka kan abah takkan lama.Sedih sangat rasa hati..tapi alhamdulillah abah masih boleh bertahan.Masa aku balik baru2 ni kesihatan dia ok..boleh berjalan sikit2.Tapi semalam aku call..dah 4 hari abah tak boleh bergerak.Timbul bengkak2 nanah di bahagian betis dan kuman dah makin merebak..ditambah pulak berita mak aku jatuh dan kesihatan dia juga makin teruk.Ya Allah berikanlah aku kekuatan.Sememangnya aku dah bersedia kerana kesihatan mereka yg agak teruk..tapi entahla susah aku nak bayangkan.Kehilangan abang tersayang 5 tahun lalupun terasa lagi kepedihannya.Semoga aku masih diberi kesempatan untuk berjumpa kedua orang tua aku.Insyaallah..Kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan.

Oklah..berbalik pada tajuk di atas..ini salah satu lauk kegemaran laki aku.Biasanya aku masak pedas sikit sebab laki aku memang laju jer makan kalau masakan berasas cili api ni.Sekarang ni ikan tenggiri sedang jatuh harganya.Murah je harga sekarang..haaa tunggu musim panas nanti comfirm harga melambung semula.


Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri 
Santan-aku guna santan serbuk
1-2 asam keping
2 batang serai-ketuk
daun kunyit
garam dan gula
tomato/nanas/terung-optional
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
kunyit hidup-aku guna serbuk
cili api-ikut tahap kepedasan korang - nak pedas boleh tambahkan

CARA2:
1.Panaskan sedikit minyak.Tumiskan bahan2 kisar dan serai,tumis hingga naik minyak
2. masukkan santan,nanas dan asam keping.Biar mendidih sikit pastu masukkan ikan,daun kunyit garam dan perasa.Kuah perlu dikacau selalu.
3. Last sekali masukkan tomato yang dibelah 4.Boleh tutup api.Sedia untuk dimakan.Api jangan kuat sewaktu memasak sebab takut nanti kuah berkepala.. tak cantik.Lagi satu kalau ikutkan mak aku..dia main lebur je semua dalam periuk..tak perlu gunakan minyak untuk tumis dulu.

Isnin, 26 Disember 2011

Pasar Malam

Selamat bercuti pada kengkawan di Malaysia.Qatar ni bekerja macam biasalah sebab takde cuti2 sempena krismas ni (walaupun sebenarnya yg menyambut krimas dah ramai giler disini).Kalau sebut pasar malam..wahhh aku paling suka sebab sesekali dapat merasa masakan yang dimasak oleh kengkawan malaysia yang lain.Selalunya diorang buat pasar malam di tempat tertutup (dalam dewan) tapi kalini buat di tempat terbuka sempena perlawanan futsal.Futsal ni diadakan antara team2 malaysia je.Dah janji ngan member aku nak jalan kaki jer pergi nanti..tapi tu baru perancangan je sebab jarak dari rumah aku ke pasar malam agak jauh jugalah.Laki aku rasanya masuk kot futsal..dia memang mamat bola pun.
Macam2 ada dijual..cuma duit arrr kena tebal sikit sebab sini terus terang aku cakap..juadah yang dijual agak mahal jugalah.Rasa? kena pandai2 pilih sebab ikut lidah masing2.Biasa kalau pergi pasar malam aku beli untuk diri sendiri ngan anak2 je.Laki aku memang dia taknak sebab tak berapa kena ngan tekak dia.Alaaa hubby aku..bini dia goreng ikan bodo2 je pun sedap..he..he..untuk kengkawan yang berada di qatar..jom kita meriahkan pertandingan futsal dan pasar malam.

Isnin, 19 Disember 2011

BYE..BYE..BLACKBERRY

Dah sampai masanya mengucapkan selamat jalan pada tepon lama aku yang hampir 3 tahun juga berjasa.Bukan sengaja suka2 untuk ketepikanmu blackberry tetapi disebabkan tetiba je hang merajuk..buat hal,terpaksalah dirimu kuketepikan.cehhh alasan je kan..dah habis madu,sepah dibuang.Ha..ha..ala ala jiwang jap pagi ni.Tapi aku memang minah jiwang pun..he..he..Aritu aku ada bagitau phone tetiba je gelap gulita.Sedih jugalah sebab dalam tu macam2 ada.Paling2 banyak video gelagat spontan anak2 aku.Cuba dah godek2 tapi memang phone ni betul2 merajuk.Nak buat macam mana..terpaksalah simpan dalam lemari buat kenangan dan koleksi.Rasanya tak pakai dah kot jenama blackberry.Sebelum ni aku peminat nokia...pastu glamer blackberry.Masa aku beli dulu..harga blackberry bold ni agak mahal pastu sekarang harganya dah makin jatuh..nyesal pulak beli awal2.Tapi kuat juga arrr tepon ni sebab dah berpuluh puluh kali dibelasah dan dijatuhkan adam.
Gambar ni aku google je.Tapi camnilah rupa phone aku yang dah aruah tu

Setelah hampir seminggu aku hidup tanpa phone..last2 hubby tersayang bawa aku pi merayap cari phone baru.Aku ni tak kisah sangat pakai phone apa2 pun sebab aku bukan peminat tegar phone2 canggih manggih ni.Belek punya belek..jeng..jeng..hubby aku belikan phone yang macam rupa di bawah untuk bini tersayang dia yang amat2 cuai (gambar aku google).Alahai..thank you my laling...susah2 je kan (padahal dalam hati menjerit jerit suka)So dengan rasminya aku bertukar pula kepada samsung.harap2 bertahan lama sebab terus terang aku ni sangat2 cuai orangnya.buat masa ni memang aku sangat2 puas hati.kualiti gambar sangat cantik..macam guna kamera.tengok video..best giler.Yang paling best dan buat anak2 aku asyik skodeng tepon mama ialah....



syokkkk giler main game.Sorrylah anak2 mama...takleh kacau arrr sebab nanti rosak takde dah orang nak sponsor.Nak tau syok ke tidak...korang cubalah dapatkan satu.

Ahad, 18 Disember 2011

PUTERI AYU

Salam pagi ahad yang cukup sejuk.Makin hari suhu asyik turun je..beku rasa dalam rumah ni.Rasa macam nak jadi kambing jap..malesss mandi pagi2.Sembur perfume je banyak2..ha..ha..boleh ke macamtu.Harini suhu dah mencecah 10 celcius..perut pun memanjang lapar je dimusim sejuk ni.Tahun ni lah sejuk sikit sebab 2009 dengan 2010,winter tak berapa menjadi.Tahun ni je tetiba sejuk semacam.
Berbalik pada resepi...Sebenarnya puteri ayu ni pun dah lama aku buat .Tapi tulah..bila aku belek2 blog,baru perasan yang aku tak masukkan lagi entri puteri ayu.Aku buat sikit je sebab rumah ni tak ramai penghuninya.Aku guna resipi Rossitamz.Alhamdulillah menjadi dengan gebusnya.Aku buat separuh resipi di bawah.

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.


Yang takde kelapa tu..anak2 punya.

Sabtu, 17 Disember 2011

KUIH CARA MANIS

Salam pagi sabtu..hari cuti di qatar.Esok cuti lagi sempena qatar national day.Isnin anak aku baru mula sekolah balik.Selasa dia ada party la pulak di sekolah sebab minggu depan last diorang sekolah untuk term ni.Awal bulan Januari nanti masuk term 2 la pulak.Apalah yang aku nak masak untuk along bawa ke party sekolah dia nanti.Dahler dalam kelas tu budak pelbagai negara..adoiii.Dalam kepala ada dua yang aku dah rancang iaitu antara brownies cheese ataupun blueberry cheesetart.Tapi rasa2nya lebih berat kepada blueberry cheesetart kot.
Ini antara gambar masakan tertunggak untuk dimasukkan.Gambar agak kabur sebab masa ni phone aku dah mula bermasalah.Ni salah satu kuih tradisional yg aku minat tapi sayang sebab anak2 kurang sikit.So biasanya aku buat sikit jelah untuk aku ngan hubby.Kalau ikutkan aku masak main agak2..takde sukatan sebab memang tu stail aku masak dari dulu lagi.Tapi sebagai rujukan aku masukkan juga resepi dari junjs11 myresipi ni...

Bahan-bahan ( dalam 12 biji )

  • 100gm tepung
  • 200ml santan sederhana pekat/susu segar-aku guna santan dalam tin
  • 1 sudu besar jus pandan-aku guna esen pandan
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • gula sebagai inti

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
  2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
  3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..

Jumaat, 16 Disember 2011

Gambar Terakhir dari phone lama..

Lama juga tak mengupdate..hadoii aiii kenapalah tetiba mood kemalasan melanda.Harap2 lepasni kemalasan aku tu pi main2 jauh2.Ingatkan tadi nak entry pasal masak2 tapi tak jumpa la pulak aku letak di folder mana.Jap lagi aku godek2 semula pc ni.Kebetulan terjumpa gambar2 jalan2 di waktu pagi a.k.a joggging, waktu mula2 musim sejuk menjelma.Seminggu ni aku stop dulu jogging di waktu pagi sebab cuaca dah mencapai tahap sejuk yg tak boleh diterima badan aku dan ditambah pulak angin sejuk yang bertiup agak kuat.Hari ni pagi tadi dah cecah 14 celcius...Oh ya..gambar2 ni juga merupakan yang terakhir diambil dari phone aku.Entah apahal tetiba je tepon aku gelap gulita takleh hidup.Tapi dah ganti barupun..thank you my lovely hubby.Ni yang makin sayang ni..muahhhhh.Gedik tau sebab dapat tepon baru.sorrylah,terover jap..he..he..


Dua orang member aku (sama geng ngan aku jogging sambil tolak anak)Yang depan sekali dia aritu jalan ngan husband.Yang sebelah kanan ada pokok pagar tinggi tu,padang kriket.

Jogging lalu tepi sekolah along.Masa ni diorang takleh masuk kelas lagi.sini tak macam mesia..cukup pukul 7 baru boleh masuk kelas.kalau sebelumnya..hmm berlonggoklah budak2 tu kat luar 

 Sape kata negara arab tandus dan penuh gurun.Haaa tengok ni..penuh pokok.

 Pokok bunga kertas yang dah terlebih subur.Sengaja gardener tak potong kot..tapi bila merimbun camni..nampak cantik la pulak.Pokok ni kat tengah bulatan jalan.

Gatal2 tangan ambil gambar umah jap


Selasa, 18 Oktober 2011

SARAPAN NOSTALGIA...

Ooooo yehhh..aku suka sesangat sebab winter dah datang.Syok giler wehhh sebab boleh merayap keluar rumah dengan seronoknya.Dah seminggu aku mulakan aktiviti berjogging(takdelah lari2 tapi jalan laju2 sambil tolak stroller adam).Bila badan dah menggebusss barulah insaf nak mengeluarkan peluh.Harap2 kali ni azam nak kurus tak separuh jalan.Bila masuk musim sejuk ni..maghrig memang makin awal ler.Sekarang ni dalam 5.10 dah maghrib.Pukul 4 petang dah mula gelap...kalau pukul 5,memang dah gelap sepenuhnyalah.Pagi2 pun sekarang dah mula berkabus.Sejukkk..syokkk wooo.
Pagi ni aku buat sarapan yang masa aku kecik2 dulu memang mak suka sangat masak.Bahasa biasanya dipanggil lempeng kelapa tapi kalau family aku di kampung..diorang panggil lempeng nyoq/tempek nyoq.Sarapan yang dari dulu sampai sekarang tetap menjadi pilihan ramai orang.Masa kerja di kuantan dulu..aku suka makan lempeng kelapa yang di restauran depan padang bola dekat masjid besar kuantan tu.Alaaa masjid dekat dengan wisma negeri tu.Restauran tu dia memang khas jual lempeng kelapa..pagi2 penuh orang makan lempeng kat situ.


Aku suka buat garing2 sikit..baru ada ummmm.Pastu cicah ngan sambal ikan bilis.Laki aku belasah 2 ketul sebelum pi keja.Aku???tak kira lagi sebab tengah membelasah la ni sambil2 nengok komputer.

Khamis, 13 Oktober 2011

BURASAK

Bermulanya proses menyapu sawang2 yang cukup banyak diblog aku ni.Sebagai permulaan..aku mulakan dengan makanan tradisi orang bugis.Family laki aku bukan keturunan bugis..dia jawa campur bajau tapi jiran2 kawasan rumah mentua aku majoritinya orang bugis.Tiap2 tahun kalau balik hari raya,memang dapatlah merasa makanan tradisi bugis ni..burasak.biasanya diorang sertakan dengan ayam lengkuas.Burasak ni diperbuat daripada beras.Kalau tekak aku..memang sooodappp wehhh.Dia rasa nasi lemak2 masin sikit.Kalau mak mentua aku..dia biasanya hari raya buat kelupis.Sebenarnya kelupis tu cara buat sama je macam ketupat daun palas tapi yang membezakan hanyalah daun yang digunakan.Rasanya ketupat lebih bagus sebab tahan lama.Kalau kelupis ni..dua haripun dah mula nak basi.Mungkin sebab daun yang digunakan tu macam bergetah sikit kot.
Oklah sambung pasal burasak ni..yang gambar2 kat bawah ni pemberian dari jiran mentua aku.Kali ni dia bagi dua jenis.Burasak biasa(warna putih) dengan yang gunakan pulut hitam
 Yang panjang tu pulut hitam.Burasak ni biasanya 4 atau 5 biji diikat sekali dalam ikatan tali tu.

Aku lebih suka yang burasak biasa..warna putih.Sekali makan mesti jatuh cinta.Korang mesti cuba..takpun buat je sendiri.Sooonangg je.

KEMBALI BERSIARAN

Lama betul aku menyepikan diri.Sepanjang bercuti di Malaysia aku memang sengaja maless nak mengaktifkan diri di alam maya.Facebook pun aku langsung tak online.Sebabnya..aku memang betul2 nak bercuti dan menghabiskan masa dengan insan2 yang tersayang.Sebulan terasa sekejap sangat berlalu.Tup..tup..aku dah ada di Qatar semula.Uwaaa sedih sangat tinggalkan mak abah.Seronok bersembang dengan diorang sampai ketengah malam.Ada je yang nak dibualkan..rindu masa2 bersama mak,abah dan adik beradik.Semoga dipanjangkan usia dan dapat bertemu kembali tahun depan.Semoga aku masih ada peluang dan kesempatan untuk memeluk mereka.Rinduuuuu..hanyah Dia yang mengetahui.Buat adik aku yang selalu skodeng blog kak yang tak seberapa ni..tolong sampaikan salam sayang dan peluk cium dari kak yang jauh di negara orang.

Selasa, 16 Ogos 2011

AYAM GORENG LADA HITAM

Resipi ayam yang menjadi peberet keluarga aku terutamanya along.Kesuntukan masa untuk berceloteh kerana nak memasak untuk berbuka nanti.Jom layan resipi dari sini .korang boleh terjah blog ni sebab banyak resipi yang sempoi dan sedap2.




BAHAN2
800 gm Daging Ayam – di hiris
30 gm Bawang putih – di cincang
100 gm Bawang Besar – di potong dadu
10 biji Cili kering – di hiris kasar
100 gm Lada Bengala – Merah
100gm Lada Bengala – Hijau
4 sdm Sos Tiram
8 sdm Kicap Cair
4 sdm Lada Hitam – di kisar
100ml Minyak Masak
Garam dan gula secukup rasa
 
CARA2
-Panaskan minyak, tumis bawang putih , halia hingga naik bau.
-Masukan lada hitam , ayam, sos tiram. Kicap cair, dan kacau hingga rata.
-Masukan lada bengala, garam , gula dan kacau secukup rasa

LOMPAT TIKAM

Idea..idea..idea.Apalah agaknya aku nak masak arini.Buntu wehhh rasanya kepala sebab hari2 masak sampai kadang2 jadi blurrr.Kalau di malaysia boleh juga sesekali ngelat pergi bazar ramadhan.Semalam laki aku beli ayam sebab bini dia merungut lauk dah habis.Hambikk ko..5 ekor ayam dia beli sekaligus.Apa aku nak buat dengan ayam2 yang tersusun cantik je dalam peti tu.Jangan terkejut pulak bila bagitau 5 ekor ayam.Sini ayamnya cinonet jerr.Sekor biasanya dalam 600 ke 700 gram jer.Besar sikit je dari tapak tangan aku.Tapi harga..mak aiii mahal wehhh.Heran juga aku..apasal la ayam arab ni halus2.Dalam kepala ni rasanya nak buat rendang.Pokok kunyit pun tumbuh subur di balkoni.Bahan2 pun rasanya semua dah ada...humm jap lagilah fikir.Demam aku ni belum baik lagi..tapi boleh la masak2 lagi.Cuma batuk je makin teruk sampai kadang rasa nak terkencing dalam seluar.Adam ngan laki aku pun dah mula demam..batuk dan selesema.Setakat ni along je lah yang masih kuat..Banyak lagi gambar masak2 yang tak sempat aku tayang sebab kesuntukan masa.kali ni aku masukkan entry lompat tikam kelantan.

LOMPAT TIKAM KELANTAN
sumber : umi e myresipi


Bahan-bahan ( satu keluarga (4-6orang) )
  • A: Tepung hijau
  • 250gm tepung beras
  • 700ml santan cair
  • secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
  • secubit garam
  • sedikit pandan paste/pewarna hijau
  • B: Santan pekat
  • 1500ml santan pekat
  • 80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
  • secubit garam
  • C: Pulut merah
  • 1 cawan pulut
  • 1 cawan santan cair
  • sedikit pewarna merah
  • D: Air gula
  • 300gm gula melaka
  • 3 cawan air
  • sehelai daun pandan

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan A dan tapis
  2. Masak atas api hingga pekat
  3. Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A)
  4. Untuk C-Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah (umie masuk microwave je - cepat)
  5. D pulak-Masak gula melaka bersama air dan daun pandan hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.Aku guna brown sugar sebab stok gula melaka dah habis.
  6. Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap dari nya dan curahkan air gula secukupnya :)



Isnin, 15 Ogos 2011

VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN

Alhamdulillah dah masuk hari ke 15 kita berpuasa.Cuaca di Qatar sekarang memang sangat..sangat panas.Minggu lepas laki aku hampir2 pengsan ditempat kerja.Disini kalau pitam ditempat kerja pada bulan puasa adalah perkara yang agak biasa la.Mungkin faktor cuaca.Bayangkanlah suhu kadang2 mencecah 50 celcius..bulan puasa pulak tu.Dah la sini pukul 5 pagi matahari dah mula memancar dengan amat2 terangnya.Kesian pulak dengan laki aku,tapi nak buat macamana..berkorban demi masa depan anak2.Along dalam tempoh kuarantin..aku tak benarkan dia main diluar sekarang.Cuaca terlalu panas..mudah sangat dapat penyakit.Aku pun sekarang tengah dapat pakej lengkap.Batuk..selesema..pening dan demam.Suara pun dah ngalahkan ella ni..10 hari je lagi nak balik malaysia.Harap2 cepatlah sembuh.Cerita pasal balik malaysia..hmmm entah kenapa tahun ni kurang sikit semangatnya.Cuti pun tak rancang lagi nak merayap mana..mungkin last minute kitorang belasahhh jelah merayap mana2 tempat menarik di Malaysia.Ikutkan aku rasa nak pergi melaka dengan genting..tapi tengoklah dulu sebab banyak benda nak diselesaikan.Jadual kitorang memang padat sebab banyak tempat kena pergi.Adatlah setahun sekali baru balik.Yang paling wajib pi kuantan tengok rumah kitorang.Panjang pulak bercerita pagi ni..baru2 ni aku usha resipi2 ayam di myresipi.Bukannya apa..hari2 masak ayam,sampai kehabisan idea.Musim panas ni aku memang tak pergi pasar beli ikan.Sini pasar bukan macam malaysia..dia jual luar kedai dan tak berbumbung.Tepi laut pulak tu.Panas wehhh..tak kuasa aku.Alternatifnya..hari2 mencekik ayam dengan daging je lah.Masa usha myresipi aku terberkenan dengan resipi ni..simple dan unik.Sedap ditekak family aku tapi aku kurangkan penggunaan gula sebab kitorang memang tak berapa gemarrr masakan manis ni.

VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN
Sumber:tulip77 myresipi
 
  • 3 keping isi ayam, potong saiz kecil2-aku guna 1/2 ekor ayam
  • 3sb gula-aku kurangkan 2 sb
  • 2sb minyak masak
  • 3sb sos ikan
  • 3btg serai - ketuk
  • 1sb cuka
  • 1sb sos tiram
  • 1bj bawang besar - potong dadu
  • lada merah & lada hijau - potong menyerong

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang.
  2. Lepas 5minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan2 lain & gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
  3. Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih.

Jumaat, 12 Ogos 2011

KUIH LOMPANG

Salam pagi jumaat.Selepas bersahur tadi,mata takleh nak tutup la pulak.Layan komputer jap.Sejak dua menjak ni aku dah jadi hantu citer2 korea.Pantang ada masa je..mesti ngadap citer2 korea.Selalu aku tengok di Mysoju ataupun Dramacrazy.Aku paling suka tengok di dramacrazy sebab gambar videonya cantik dan laju jerr..takde buffering2 sangat.Bulan2 puasa ni kurang sikit masa tidur sebab sini 3.42 dah masuk subuh.Biasanya 2.30 aku dah bangun sahur.Malam pulak tidur dalam pukul 12..maknanya 2 jam setengah je aku tido.Kadang2 lepas subuh aku sambung tido tapi kalau sikecik bangun..tak jadiler sambungnye.Sekarang ni aku sedang menghitung hari untuk balik malaysia.tak sabar rasanya nak jumpa insan2 tersayang setelah setahun berjauhan.Raya tahun ni aku beraya di sabah...terus terang memang sedih juga rasa hati sebab tak dapat beraya bersama keluarga tercinta.Agak kurang sikitlah semangat beraya.Ikutkan perancangan asal beraya dipahang tapi last minute abang suruh beraya disabah.Memang mula2 dengar keputusan laki aku..kecewa giler sebab macam2 yang aku dah rancang dengan family di kampung.Diorang pun dah happy sangat2 sebab dari tahun lepas janji nak beraya pahang.Tapi..hummm terpaksalah redha demi menjaga hati orang tersayang.Mujur mak abah aku jenis memahami dan agak open sikit pemikiran diorang.Diorang pun tahu aku serba salah..Tutup buku citer pasal beraya.Bukan apa,kadang2 kerana giliran beraya ni pun..boleh jadi punca suami isteri bergaduh.Bagi aku..kadang2 kita perlu mengalah dan bertolak ansur.Jangan terlalu ikutkan hati (walaupun dalam hati menangis..buat2 happy lah juga).hummm baru2 ni aku buat kuih lompang.tekak ni teringin sangat nak makan.seumur hidup..nilah pertama kali aku buat sendiri.Alhamdulillah sedap bagi tekak aku cuma kurang comel sebab guna brown sugar je dan air menitis sikit masa kukus tu.Jom layannn kuih tradisi kita ni...Sumber dari myresipi

KUIH LOMPANG

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • daun pandan
  • kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap

Cara-cara

  1. satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
     
  2. satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
  3. kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
  4. tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
  5. kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
  6. hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.


lubangnyer dah jadi tapi atas kurang comel sebab kena air kukusan.

Jumaat, 5 Ogos 2011

TALAM SUJI


SUMBER : MYRESIPI
  • BAHAN LAPIS BAWAH
  • 1 1/2 cawan tepung suji
  • 4 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • BAHAN LAPIS ATAS
  • 4 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula
  • 1 cawan gula merah

Cara-cara

  1. Masuk kesemua bahan lapis bawah ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga pekat.Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
  2. Campurkan kesemua bahan lapis atas dan masakkan atas api kecil hingga pekat.Tuangkan lapisan atas ini di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.Ratakan dan kukus semula selama 20 minit.


Khamis, 4 Ogos 2011

AYAM PERCIK

Salam ramadhan..arini dah masuk 4 hari kita berpuasa.Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk kita berjumpa bulan yang mulia ni.Bulan ramadhan tahun ni,aku masak simple2 dan tak terlalu banyak lauk.Bukan apa..takut membazir sebab di rumah ni tak terlalu ramai.Tahun ni,tahun kedua anak sulung aku berpuasa..semoga dia dapat habiskan 30 hari.Hari pertama ramadhan aku masak ayam percik,kangkung goreng belacan,ulam timun dan sambal belacan serta kuih seri muka.Hari kedua pulak ayam masak kicap,chili crab dan kuih tepung pelita.Semalam pulak..aku masak tomyam,ayam masak merah,goreng pedas kupang dan donat.Arini ni rasanya nak masak set nasi minyak je kot.Bulan puasa ni masa agak terhad untuk masukkan entry.Aku biasanya berkesempatan mengadap komputer ni waktu malam je..bulan puasa ni pulak malam agak sibuk.Itulah sebabnya asyik tertangguh je nak update blog.Arini ni aku masukkan resepi ayam percik yang aku ambil dari Myresipi.Sedap tapi bagi tekak aku..kena kurangkan kuantiti gula.So pandai2lah agak2 kuantiti gula tu 

AYAM PERCIK
Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam )
  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula-aku kurangkan
  • 3 sudu stok ayam serbuk-aku guna 1 ketul kiub ayam knorr
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan
  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti
  4. Bakar dan siap untuk dimakan

Khamis, 21 Julai 2011

APAM POLKADOT DAN MIMPI BURUK...

Bangun tidur pagi tadi,bantal aku basah dengan air mata.Rupa2nya tangisan aku dalam mimpi betul2 menyebabkan air mata aku keluar.Kerana mimpi tu jugalah aku terbangun pukul 2 pagi..aku bermimpi anak sulungku tiba2 hilang semasa disekolah.Selepas puas mencari..aku hanya jumpa jasad kaku anakku dalam keadaan yang amat menyedihkan.Jasad kakunya yang dah tak bernyawa aku temui dengan masih berpakaian sekolah.Dia dibunuh dan digantung.Aku hanya mampu meraung dan merayu..tetiba aku terbangun dari tidur dan air mata masih mengalir.Terbangun je jam 2 pagi tu..aku hanya mampu beristighfar.Ya Allah jauhkan perkara2 buruk dari berlaku terhadap keluargaku.Aku terus bangun dan menuju kebilik along.Terus aku tatap dan cium dia sepuas puasnya.Ya Allah lindungilah anak2 ku..aku masih belum puas memeluk,mencium,bergurau senda dan berada disisi mereka.Pastu aku terus bersahur dan puasa.Terus aku tak boleh tidur kerana mimpi tu terus menghantui aku walaupun mungkin ini hanya mainan tidur/syaitan semata mata.Hmmm pengajaran yang boleh aku ambil..selagi hayat dikandung badan,hargailah dan curahkan sepenuh kasih sayang kepada insan2 yang kita sayangi.
Oklah layan pulak apam yang dah terlalu ramai mencuba.Aku buat apam polkadot ni untuk diberikan pada budak2 mengaji.Jiran indonesia aku ada mengajar agama dan mengaji kepada budak indonesia dan malaysia sepanjang cuti summer ni.Orang yang mengajar ni taknak apa2 bayaran..jadi aku selalulah buatkan makanan/kuih2 untuk budak2 ni makan.

APAM POLKADOT
Sumber : myresipi
 Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahajaletakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  5. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
  6.  Aku tak isi filling sebab anak2 aku tak suka.

Inilah along anak mama yang amat2 manja.Berbanding dengan adik..along sangat sensitif.Selalu dibuli adik tapi tak pernah melawan sebab terlalu sayangkan adik.Adik lebih berdikari berbanding along yang terlalu berharap pada mama.Semoga anak mama dilindungi selalu.

Sibuk mengira takut tak cukup untuk diberikan pada kengkawan dia.Saaayanggg anak mama..mmmuahhh

Selasa, 19 Julai 2011

CERRR MALAYSIA BUAT CAMNI..

Selingan jap di petang hari...Ni gambar aku ambil masa tengah makan di KFC.Sorrylah kalau gambar kurang memuaskan sebab aku ambil guna handphone dan zoom je sebab jarak agak jauh jugalah dari tempat aku makan ni.Di Qatar ni memang banyak mesin ATM yang diorang letak ditepi2 jalan.Di stesyen minyak pun diorang letak camni jugak.Aku rasa kalau Malaysia buat macam ni..ok juga.Orang ramai tak perlu turun dari kereta.Hulur je kad dan ambil duit dari dalam kereta.Risiko nak kena rompak mungkin boleh dikurangkan.Lagi satu..takdelah orang nak beratur panjang2 dibank untuk ambil duit(tambah2 masa gaji...penat beratur tetiba OUT OF SERVICE...masa tu rasa macam nak hempuk2 je mesin kannn).
Mesin ATM yang cukup banyak di Qatar.Kadang2 di kawasan tumpuan ramai..diorang letak mesin ATM bergerak(van).

AYAM GORENG BEREMPAH (KUZIE KATERING)

Penyakit malas mengupdate datang jap..Entah apa pasal pun tak tahula.Aku ada masa untuk update masa anak2 tidoq je..kalau diorang dah bangun..hmmm memang susah.Komputer yang biasa aku guna ni..along pakai untuk main game (cuti sekolah ni..inilah keja dia).Laptop ada tapi aku kureeenggg suka sikit.Tambah2 si adam tu memang pantang nampak aku pegang laptop.Mesti dia nak menaip sekali.Baru2 ni aku sempat pergi pasar malam yang diadakan di community aku ni.Konon2 nak ambil gambar la..last2 kamera tu senyap je dalam beg.Mana tidaknya..adam meragam tak mahu jalan..minta dukung(udahla badan tu dah nak masuk 12 kg)Tangan sebelah kanan dukung adam..sebelah kiri pegang barang2.Along lesap merayau..menyesal rasanya tak datang dengan laki aku.Aku konon2nya malas nak nyusahkan laki aku (dia ngantuk baru balik memancing) pergilah dengan kawan2..last2 menyesal tak sudah.Lain kalilah aku masukkan gambar suasana pasar malam disini..:(.Tutup citer..ayam goreng berempah ni rasanya dah terlalu ramai yang cuba..sedappp tambah2 dia punya serdak tu.Aku suka lebihkan lengkuas dengan serai.Yang ni aku usha dan ambil dari blog kak ummie kuantan yang sekarang makin2 meletup letup namanya.

AYAM GORENG BEREMPAH (KUZIE CATERING)
Resepi: Pak Engku (Kuzie Catering)
Sumber:KAK UMMIE

Bahan:-
4 labu bawang merah-blend
6 batang serai-blend
2 tongkol lengkuas-blend
3 sudu rempah kari ikan
3 sudu kunyit
5 sudu cili kering-blend
5 helai daun kari
5 tangkai cili kering dipotong 3
garam,gula dan serbuk perasa
*kak ummie tambah:1 sudu beso biji ketumbar+jintan manis+jintan putih

CARA2
  1. 1 ekor ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan toskan.
    Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
  2. Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus (*akak biarkan jek..ok laa..xda la hangus sangat...sedang sedap makan..hehe)
  3. Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.
  4. Tabur atas ayam bersama serdak tadi
Nampak macam gooolap..tapi tak hangit dan pahit pun.Sedap betul meratah camtu jerrr

Rabu, 13 Julai 2011

JOM PI SERBU PASAR MALAM

Harap2 laki aku tak keja hari jumaat ni..boleh ajak dia pi merayap pasar malam.Yer lah..bila ada pasar malam memang semangat campur seronok giler la.Sini bukan macam Malaysia.Dalam setahun boleh kira dengan jari je berapa kali ada pasar malam.Dulu lagilah...setahun adalah 2 atau 3 kali kot.Tapi semenjak orang Malaysia dah makin ramai terutamanya di community al khor ni(tempat tinggal aku) memang kerap jugala pasar malam ni.Bazar ramadhan pun ada gak tapi sebulan puasa tu dalam 3 atau kali je lah.Pasar malam ni anjuran orang2 malaysia kat tempat tinggal aku.Kalau yang kedutaan Malaysia..diorang jarang buat.Macam2 ada dijual tapi harga biasalah..agak mahal.Mungkin sebab bahan mentah yang agak terhad dan barang2 disini yang mahal.Contohnya,nasi kerabu..nasi ayam, biasa dijual dalam QR 15 KE QR 20(dalam RM 12 ke RM 17).Pasar malam kitorang ni dibuat dalam dewan (siap ada aircond tuuu).Kalau kat luar..sapelah nak meniaga dan membeli.Panas giler campur debu.Dekat je ngan umah aku..jalan kaki pun boleh tapi sekarang ni panas giler so,nak tak nak kena pi naik keta jugaklah.5 pagi matahari dah terpacak atas kepala wehhh....nak kena pujuk laki aku ni sebab dia manusia palingggg susah nak pi pasar malam.Masa kat malaysia dia memang jarang jejakkan kaki.Samalah macam disini.abang..abang..hmmm

Selasa, 12 Julai 2011

KURMA OHHHH KURMA...

Musim panas dah hampir kemuncaknya.Minggu ni memang terlalu panas.Kurma pun keseluruhan di pokok sudah bertukar warna kehitaman.Pokok kurma ni biasanya bagi petanda untuk musim panas
Pokok kurma baru mengeluarkan bunga.Ini bermakna musim sejuk dah berakhir dan sedang beralih cuaca.Masa ni cuaca memang best arr.Tak terlalu sejuk dan banyak aktiviti luar boleh dibuat.

Putik2 buah kurma dah mula keluar.Masih dalam cuaca yang tak berapa panas tapi dah terasa la haba sikit2.Masa ni lebih kurang macam cuaca malaysia arrr...

 Dah mula berbuah hijau.Kurma tak berapa boleh makan lagi masa ni sebab kelat/pahit lagi.Masa ni angin panas dah mula bertiup agak kuat la.Sandstorm pun dah mula datang sesekali.Waktu ni nak buat aktiviti luar masih ok lagi.

 Buah kurma dah kekuningan.Nak makan dah boleh dah masa ni..tapi terasa la pahit2 lagi.Abah aku suka sangat..balik kampung je mesti aku bawa balik juga sikit.Tapi tahun ni tak sempat sebab kurma dah masak.Oh ya..sini ada dua jenis kurma.kuning dan merah.

Kurma pun macam buah rambutan kat malaysia gak.Setandan tu kadang ada separuh kuning..pastu separuh lagi masih menghijau.
Buah yang dah menguning keseluruhannya.Masa ni kurang sesuai aktiviti luar sebab sandstorm.Tengok daun tu kena tiup dan cuaca yang kelam.Cuaca camni memang ramai yang kurang sihat.Biasanya batuk dan demam selesema.

Lebat giler buah2 kurma ni.Nilah pemandangan dalam tempat tinggal aku.Sepanjang jalan dan dekat2 tepi rumah penuh pokok kurma.

Inilah keadaannya pokok kurma terkini.Kebanyakkan buah,tukang kebun dah balut/bungkus takut buah jatuh sebab angin terlalu kuat (buah kurma yang masak kehitaman mudah gugur). Buah dah mula menghitam dan masa ni memang cuaca ditahap kemuncak.Malam2 panas(humid)Tingkap basah je dengan wap.
*yang herannya..bila kurma dah depan mata je,tak teringin la pulak nak makan.Hurmmm nape yeeee.

Isnin, 11 Julai 2011

JOM BERSARAPAN...

Tajuk entry tu khas untuk mereka diQatar je ye..Malaysia rasanya sekarang ni dah nak makan tengah hari.Arini makan yang agak berat dan berkalori  sikit.Malam tadi godek2 apa yang patut pastu pagi tadi cuma tebar roti dan buat kuah kari,Pagi ni melantak murtabak..untuk anak2 aku buat roti canai sebab diorang takkan sentuh murtabak ni.Kulit murtabak aku buat sama resipi roti canai.Cik abang cicah dengan kuah kari dan aku pulak lebih suka kuah bawang.Kelam kabut punya pasal..warna merah terover ler sikit.Kari aku buat kari kosong tanpa santan.Inti murtabak pulak..

daging dipotong halus/kecil2-agak2 je lah
2 ulas bawang putih-kisar
sedikit halia-kisar
3 biji bawang merah-kisar
1 sudu rempah kari daging
2 sudu rempah kurma
bawang besar 2 biji-1 dadu kecil..satu lagi potong nipis
kentang-dadu kecil
garam,gula dan perasa
-Daging perapkan dengan rempah kurma dan rempah kari daging.Masukkan sedikit air...ketepikan.Panaskan sedikit minyak dalam periuk.Tumis bahan2 kisar.Dah layu sikit..masukkan daging yang telah diperap.Masak sampai daging agak lembut.Boleh tambah air sikit kalau daging masih liat.
-masukkan kentang.biar empuk jap pastu masukkan bawang yang didadu..garam,gula dan perasa.Masak sampai kering tapi jangan hangit pulak.Tutup api dan masukkan bawang  yang dihiris nipis.siap
*untuk buat murtabak..letakkan inti atas kulit..pecah telur sebiji.lipat dan masak macam buat roti canai


siap untuk dimakan


Ni pulak makan tengah hari aku sejak dua menjak ni..oat tambah fresh milk  dengan buah..

Khamis, 7 Julai 2011

CH LAGIIII...

Baru2 ni keluar merayap.Aktiviti biasa hujung minggu kitorang sekeluarga.Kali ni target aku nak cari minyak wangi.Masuk je kedai minyak wangi..aku blurr jap nak beli jenis apa la pulak kali ni.Telek punya telek..bau punya bau..last2 CH juga yang aku pilih.Sebelum ni dah dua kali aku beli Ch..suka aku dengan CH ni sebab baunya tak terlalu kuat..lembut je.Dior sebelum ni aku pakai ok gak la tapi yang latest punya bagi aku kuat sangat baunya.Memang kalau terwangi sangat2 ni..awal2 aku tolak ketepi.Nina Ricci memang outlah dalam senarai aku.Dulu beli sekali sebab aku tertawan dengan botol yang ala2 buah epal.

Rasanya ni CH yang paling latest kot.Budak jual tu offer botol besar..minta maaflah sebab yang kecik ni pun entah bila habis.Cepat habis bagus sikit sebab boleh aku merayap cari yang lain pulak..he..he..Ha yang hitam tu..cik abang punya.Rupa2nya diapun tergoda dengan CH.Ni pertama kali aku tengok dia pakai brand CH.Kitorang laki bini ni taste dengan perangai lebih kurang je.warna baju pun sama je minatnya.Saiz kasut kitorang pun sama tauuuu....

ROTI CANAI LAGI...

Jom menternak lemak lagi.Kali ni aku cuba ubah sikit..resipi masih sama seperti sebelum ni tapi aku tukar marjerin kepada shortening.Percubaan pertama menggunakan shortening/lemak sayuran...alhamdulillah roti canai lebih lembut.
 Aku kurangkan penggunaan minyak semasa menggoreng.Sini kitorang pakai minyak bunga matahari.

 Walaupun kurang minyak..roti tetap lembut.Alhamdulillah menjadi
Ini shortening yang aku guna.Bukan lemak sayuran sepenuhnya sebab yang tu agak susah untuk jumpa di Qatar ni.Yang ada butter flavor banyak dan senang sikit untuk jumpa.

Rabu, 6 Julai 2011

TEPUNG PELITA

Baru sudah masak makan tengah hari.Arini aku masak nasi carrot,ayam panggang ala kenny rogers dengan dalca sayur.Pastu buat sos ala2 sos nasi ayam untuk makan dengan ayam panggang .Sementara ada kesempatan ni..aku masukkan dulu tepung pelita yang aku buat untuk makan petang 2 hari lepas.Resepi ni aku ambil dari yani myresipi.Sedappp..Laki aku makan suam2.Aku pula suka yang sejuk2 dari peti..tapi apapun resipi ni memang best.

BAHAN2
  • 1 cawan tepung beras

  • 1 cawan gula

  • 5 cawan air

  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)

  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan

  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air

  • sedikit kapur dan sedikit garam

  • Cara-cara

    -Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati
    -Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
    -Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
    -Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
    -Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
    -Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.Sejukkan
    *Atas lapisan hijau aku taburkan sedikit gula pastu baru letak lapisan putih.
            Lembut...manis..lemak..wangi..dan semestinya..sooodappp


    ni mangkuk adam.dia taknak yang lapisan putih.belasah makan yang hijau ni je sebab manis

    MASAK MERAH IKAN BAWAL

    Mood jeles tahap gaban sekarang ni.Bukan jeles kat laki aku tapi kat kengkawan.Uwaaa..dah ramai yang mula balik kampung sempena cuti summer ni.Hari2 ada je yang update status kat Facebook diorang dah nak bertolak balik kampung.Aku sebulan lebih lagi..lama je rasanya nak menunggu bulan 8.Esok last sekolah untuk term ni..mula buka sekolah semula 11 september nanti.Kebanyakan kawan2 aku disini diorang balik kampung dengan anak2 sampai lepas raya.Masing2 tinggalkan suami.Aku takleh buat camtu..memang terasa nak cuti lama2 tapi bila teringatkan suami sorang2 kat sini..kesian la pulak.Sape nak jaga makan dan pakaian dia.Laki aku ni jenis makan kat umah..payah betul nak makan kedai.Tapi sebab utamanya..kitorang memang jenis susah nak berpisah.Nak berkepit selalu..sehari tak jumpa pun rinduuu gilerr rasanya.Ha..ha..kalau adik aku baca mesti dia muntah darah.Romantiklah konon2nya tu..he..he..Panjang pulak melalut.Masak merah ikan bawal ni peberet anak bujang aku yang sulung.Kalau masak camni..memang menambah nambah la nasi.Along ni makan kuat sangat2 tapi badan cekeding.Korang bayangkanlah..umur 7 thn berat baru 18 kg.tu pun sebab dia tinggi budaknya.susah hati tengok badan.Kalau lemak kat badan aku yang berkilo kilo ni boleh derma,dah lama aku bagi..he..he..

    MASAK MERAH IKAN BAWAL

    BAHAN2
    2 ekor ikan bawal-bersih..gaul dgn garam dan kunyit
    2 ulas bawang kecil-mayang
    1 ulas bawang putih-mayang
    1 inci hali-mayang
    1 biji bawang besar-kisar
    3 ulas bawang putih-kisar
    1 inci halia-kisar
    1-2 sudu makan cili kisar
    1 sudu makan sos cili
    santan-ikut kepekatan yang diingini
    sedikit gula
    garam dan perasa
    daun sup-potong panjang(macam isi dalam sup)

    CARA2
    -Panaskan minyak dalam kuali..goreng ikan bawal sampai masak.tapi jangan terlalu garing.Angkat dan ketepikan.
    -Masukkan minyak dalam periuk..agak2 dalam 3 sudu besar.Bila minyak dah panas,tumiskan bahan2 yang dimayang.Dah kekuningan sikit..masukkan bahan2 kisar dan cili kisar.Tumis sampai pecah minyak.
    -Masukkan sos cili,santan,gula,garam dan perasa.Mengelegak/mendidih kuah..terus masukkan ikan bawal yang digoreng tadi.Last masukkan daun sup(aku tak isi sebab takde).Biar jap je pastu terus tutup api.


    Selasa, 5 Julai 2011

    MEE JAWA

    Terlambat sedikit masukkan entry.Mee jawa ni aku buat petang semalam..sangattt sedap ditekak aku tapi banyak bahan yang takde stok.So aku masak guna apa yang ada dirumah ni je...Meh sama2 skodeng dapur lama chef hanieliza kita..Silalah usha di FP kak liza..hilang diet aku sebab makan terlebih sikit..he..he..

    MEE JAWA
    Bahan-Bahan:


    1 kg mee kuning (dicelur)
    1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
    300 gm tauge (buangkan kakinya) -x ada
    2 tangkai daun bawang (dihiris)-x ada
    5 biji cili merah (dihiris)
    3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)-x ada
    3 biji telur rebus (dibelah)
    3 biji limau nipis (dibelah)
    Sedikit bawang goreng
    Isi ayam yg direbus-siat2 kecil (aku tambah)

    Bahan Kuah:
    1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
    3 ulas bawang putih -kisar
    5 ulas bawang merah-kisar
    3 batang serai -kisar
    Sedikit halia -kisar
    sedikit lengkuas -kisar
    100 gm udang kering-kisar.x de.aku ganti kiub udang
    2 s/b cili kisar
    3 s/b serbuk kari daging
    air rebusan daging
    Sedikit garam
    Sedikit minyak masak
    Sedikit gula

    Caranya:
    1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
    2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
    3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
    4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.


    Mee jawa aku sengaja aku pekatkan kuahnya..bila makan bersalut je.Sape suka cair..boleh lebihkan air

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...