Oklah layan pulak apam yang dah terlalu ramai mencuba.Aku buat apam polkadot ni untuk diberikan pada budak2 mengaji.Jiran indonesia aku ada mengajar agama dan mengaji kepada budak indonesia dan malaysia sepanjang cuti summer ni.Orang yang mengajar ni taknak apa2 bayaran..jadi aku selalulah buatkan makanan/kuih2 untuk budak2 ni makan.
APAM POLKADOT
Sumber : myresipi
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
- 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150 ml susu segar@susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette
- filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
- pewarna
Cara-cara
- masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
- masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
- picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahajaletakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
- picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
Aku tak isi filling sebab anak2 aku tak suka.
Inilah along anak mama yang amat2 manja.Berbanding dengan adik..along sangat sensitif.Selalu dibuli adik tapi tak pernah melawan sebab terlalu sayangkan adik.Adik lebih berdikari berbanding along yang terlalu berharap pada mama.Semoga anak mama dilindungi selalu.
Sibuk mengira takut tak cukup untuk diberikan pada kengkawan dia.Saaayanggg anak mama..mmmuahhh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan