Ringkas je nasi minyak untuk abang.Almaklumlah masa pagi2..kelam kabut sikit
Ni pulak bekal anak bujang aku.Apam mekar..peberet adik ngan along.Yang ni,aku buat malam sebab kalau pagi tak sempat.Sini sekolah diorang bukan macam diMalaysia..takde kantin.Semua student dari sekolah rendah sampai menengah wajib bawa bekal dari rumah.Makan pun dalam kelas je..takde macam seolah malaysia..masa rehat boleh keluar dan merayap makan diluar kelas.Budak2 sini memang tak bawa duit ke sekolah dan bas sekolah pun disediakan percuma untuk anak2 kitorang.Ini dah menjimatkan duit mak bapak.
Ni aku rasa yang budak2 malaysia mesti jeles giler..Cuba korang tengok,pi sekolah anak aku bawa buku macam ni je.Buku parent notice tu untuk cikgu dengan mak bapak tulis apa2 maklumat la.Kadang2 kalau kitorang ada apa2 pertanyaan..tulis je pastu nanti cikgu dia jawab.Cikgu dia pulak tulis maklumat pasal persekolahan dan pelajar.Yang reading book tu..hari2 dia akan bagi pelajar buku cerita berlainan.pastu dia tulisla dalam buku tahap pembacaan pelajar.Budak2 sini takde buku2 teks berat2 macam di malaysia.Aku rasa mana2 sekolah luar negara dan sekolah antarabangsa macam ni.Tak tahulah macam mana along kalau kitorang balik terus ke Malaysia.Kena pandai2lah dia sesuaikan diri.Hari2 ini jelah yang diorang bawa keseolah kecuali hari yang ada kelas renang diorang kena bawa extra beg renang.
Stail budak ngantuk campur takde mood.Beg galas tu isi bekal je.Ini baju sekolah untuk hari PE dan renang.Diorang ni kat sini 3 hari baju sekolah biru muda berkolar dengan seluar kelabu dan dua hari lagi macam gambar diatas.Along pakai seluar pendek je tu sebab sekarang musim panas.Sekolah sini bab pakaian agak longgar peraturan.Topi wajib pakai tapi kaler macam2 pun tak kisah.Tudung sekolah pun aku tengok macam2 kaler dan jenis yang diorang pakai.Kalau musim sejuk lagilah..macam2 warna dan jenis baju sejuk diorang pakai.Layan jap citer2 kosong aku pagi ni.Jap lagi aku masukkan entry masak2 tapi nak pi sambung tido dulu..ngantuk gilerrrr.Cau cin cauuuu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan