Isnin, 28 Jun 2010

Sandstorm

Kebelakangan ni kerap betul sandstorm.Nasib baiklah cuti sekolah dah nak bermula..taklah risau sangat.Cuma kesian abang...takut datang balik batuk2.Hari sabtu masa keluar pergi Lulu Di Gharaffa..memang tak berapa nampak untuk jarak yang jauh sebab tengah sandstorm.Masa balik ke Al Khor pun ada sesekali terpaksa perlahankan kereta sebab tak nampak jalan.Hari ni alhamdulillah angin je kuat tapi debu tak teruk sangat.Kat bawah ni gambar su ambil masa tunggu along balik sekolah .Waktu tengah hari..panas terik tapi disebabkan sandstorm..bangunan kat tepi umah su pun tak berapa nampak.Sorrylah gambar guna handphone jerrr..Balkoni tak payah cakaplah.Basuh tak sampai sejam penuh balik debu..tingkap memang tak boleh buka sangat sekarang ni.Risau juga anak2 kena batuk..alhamdulillah setakat ni selesema je.Kalau takde hal..memang malas nak keluar.

Disebalik sandstorm tu ada bangunan..tapi tengoklah..sampai hilang bangunan diselaputi sandstorm.Pokok pun dah semacam je ditiup angin.Adoiii..mahal lagilah ikan2 kat pasar.Makan ayam dengan daging jelah jawabnya...

Bas pun tak nampak..tetiba je muncul disebalik 'kegelapan'.Dah masuk rumah dapat sms dari sekolah kata bas akan sampai lewat..terutamanya yang tinggal didoha kerana sandstorm.Biasanya bas terpaksa berhenti untuk mengelakkan kemalangan.Nasib baik malaysia tak kena macam ni..kalau tak????takdelah gerai2 jual kuih2 ngan goreng pisang tepi2 jalan....he..he..

Kuih Keria/Gelang

Hari ini genap 3 tahun abang tersayang meninggal dunia.Rasa macam sekejap je masa berlalu..terbayang lagi gelak tawa dan senda gurau abang.Rindu????hanya Allah yang maha mengetahui.Dialah insan paling rapat dengan su dan juga pendengar yang amat setia.Kalaulah masa dapat diputar kembali.Ya Allah tempatkanlah dia bersama orang yang Kau redhai.Hmmmm..tak payahlah cerita panjang2..takut air mata ni menitis lagi.

Yang kat bawah ni antara kuih tradisional yang sampai sekarang memang amat diminati oleh semua orang.Su buat untuk makan petang.Kalau kecil2 dulu mak selalu buat sebab ubi keledek banyak kitorang tanam belakang rumah.Kalau family su kitorang panggil kuih gelang.Mak masa masih kuat dulu dia selalu buat kuih ni pastu hantar kat kedai makan.Mak memang rajin memasak..Aruah abang pula,yang paling terer masak antara adik beradik.Su no 2 kot..he..he...Sape2 nak tengok cara2 menyira kuih keria ni boleh pergi sini.Lengkap penerangan sekali gambar.


KUIH KERIA /GELANG
Bahan-bahan:
2 biji ubi keledek saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
secubit garam
Untuk menyira:
1 cawan gulapasir
1 cawan air

Cara-cara:
1. Keledek dibuang kulit, dipotong kecil-kecil dan direbus empuk.
2. Lecek ubi keledek.
3. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul dan menekan-nekan adunan agar bercampur.
4. Boleh ditambah tepung sekiranya adunan masih terlalu lembut tetapi dikira sesuai apabila adunan sudah tidak terlalu melekat di tangan. Jangan terlalu berlebihan menambah tepung kerana ini akan menjadikan keria keras. Adunan keledek dan tepung juga tidak perlu terlalu sebati bercampur. Cukup sekadar boleh dipegang dan dibuat gegelang seperti donut.
5. Gegelang keria yg sudah siap hendaklah di letak di atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung utk mengelak dari melekat.
6. Goreng keria hingga kuning keemasan dan ketepikan.
Untuk menyira:
1. Tuangkan air dalam kuali dan masukkan gula.
2. Masak sehingga larut dan mendidih. Biarkan larutan berbuih sehingga keseluruhannya nampak keputih-putihan dan kelihatan bertai-tali jatuh apabila dilelehkan dari senduk. JANGAN TERLALU LAMA SEPERTI HENDAK MEMBUAT GULA HANGUS. Bila ini terjadi gula akan bertukar keperang-perangan dan ia tidak akan mengeras dalam bentuk gula berwarna putih sebaliknya akan melekit dan mengeras seperti kaca!!!
3. Masukkan keria yg telah digoreng dan terus kacau sehingga gula mengeras dan berwarna putih. Padamkan api dan teruskan mengkaupbalik keria.
4. Segera keluarkan dari kuali dan hidangkan.

Khamis, 24 Jun 2010

Pau Sambal/Burger Malaysia

Adoi masih terasa sakit mata terkena debu masa ambil along tadi.Teruknyalah sandstorm harini.Rumah Blok hujung pun sampai tak nampak dilindungi sandstorm.Macammanalah abang kat tempat kerja.Along yang sepatutnya 12.15 tgh hari sampai..harini dekat 12.30.Driver bas tak berapa nampak jalan kot.Su ada juga ambil gambar masa sandstorm tadi tapi guna handphone jelah...Nanti su cuba masukkan.Resepi kali ni su cilok dari kak Ann.Best sebab lembut sangat.Dah lama goreng pun masih lembut je pau ni.Doh ni su buat untuk 2 resepi.Pau sambal untuk makan petang dan pau goreng (inti kelapa) untuk sarapan.

PAU SAMBAL/BURGER MALAYSIA


Bahan-bahan Doh:
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh ragi kering(mauripan) dibancuh dengan 1/4 cawan air suam yang dicampur dengan 1 sudu besar gula. Biarkan dalam mangkuk hingga berbuih(5-10 minit)
2 sudu besar margerin
1 biji telur
1 biji kentang, direbus dan dilecek halus
1/2 cawan air dicampur secubit garam
*** ada juga yang mencampur adunan dengan lemak sayuran ( boleh dapat di kedai bahan-bahan kek tapi K.An suka campur kentang je... dah cukup lembut)
*Su masukkan 1 sudu besar shortening-jenama crisco

Cara-cara:
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Buat lubang di tengah-tengah. Masukkan telur, campuran ragi, margerin,shortening dan kentang ke dalam lubang tu.
2. Campurkan semua bahan menggunakan tangan dan uli perlahan-lahan. Uli hingga adunan licin dan tambah air sikit-sikit, jika adunan terlampau kental.
3. Uli lagi hingga adunan sebati dan licin. Biarkan di dalam mangkuk dan tutup dengan kain. Biar 15 minit.
4. Buka tutup dan tumbuk adunan untuk mengeluarkan udara. Uli lagi dan bentuk bulat-bulat dan tekan sedikit agar bentuk pau sedikit leper. Boleh juga dicanai setebal 1 sm dan diterap bulat-bulat.
5. Sediakan dulang yang ditabur rata sedikit tepung. Letakkan pau di dalam dulang dan biar 10 minit sebelum digoreng.
6. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Perlahankan api bila minyak panas. Goreng pau sambil diterbalikkan sentiasa agar pau masak rata. angkat bila warna pau keperangan.
7. Belah pau dan isikan sambal ikan bilis dan timun. (Sambalnya, macam biasa cuma ikan bilisnya ditumbuk halus sebelum dimasukkan ke dalam cili yang ditumis) ** Adik K.An, Raidah yang ajar.. dia jual pau sambal kat kampung

PAU GORENG INTI KELAPA

Inti Kelapa:
Kelapa parut
gula merah/melaka
sedikit tepung gandum
sedikit air
daun pandan
-campurkan semua..kacau sampai agak kering.

Rabu, 23 Jun 2010

Nasi Daging

Cuaca makin hari bertambah panas.masak..masak..masak..kitorang.Kadang2 cecah 55 celcius.Nasib baik dalam rumah aircond..masak pun buka aircond kat dapur.Kalau tak..mau migrain.Tapi walau apapun yang paling kesian abang dengan alonglah sebab diorang banyak kat luar.Abang balik je..letih sangat tengok muka dia.Kesian abang terpaksa berdepan cuaca yang amat panas untuk memberi kesenangan kepada su dan anak2.Terima kasih abang.Along pun balik je sekolah..muka merah semacam je.Tapi budak2..biasalah.Panas2 pun belasah main kat luar juga.Minggu depan along dah last sekolah sebab 1 julai ni dah mula cuti summer sampai bulan 9 nanti.Nanti naik term baru along dah masuk year 1.Besar dah anak mama ni...Cuti sekolah????alamak riuh rendah dan bersepah lah rumah sebab adam ada geng..he..he..he..maka mama pun akan mula menjadi tarzan.Oh ya sampai lupa pasal menu kat bawah ni.Resepi ni su ambil dari FP Kak Rinn.Sesapa nak tengok bolehlah jengah FP Kak Rinn.Menu dia memang best2 dan yang penting seeedapppp.Setahu su kalau orang utara diorang ada rempah khas untuk buat nasi daging sebab ada jiran su (di kampung) selalu buat dan dia guna rempah yang dibeli dari kedah.Kalau sape yang takde rempah tu pun boleh buat ..guna je resepi ni.....

NASI DAGING


NASI DAGING
Bahan-bahan:
3 pot beras (pot=tin susu pekat... )
1/2 cwn tomato puree cair
1 cawan susu cair
Bahan-bahan utk stok daging :
500gm daging
2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar rempah kurma
1 camca teh lada putih
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Air 5 cawan..ditambah sehingga daging lembut
* Rebus kesemua bahan di atas untuk mendapatkan air stok daging.
Bahan-bahan tumis :
1/2 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, dimayang halus
1 inci halia, dihiris nipis
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 sudu besar minyak/mentega untuk menumis

Cara-cara:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau wanginya.
3. Masukkan beras dan kacau seketika.
4. Tuang air stok daging secukupnya untuk menanak nasi tersebut.
5. Bila beras agak kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau semua hingga rata dan biar nasi masak. Tutup periuk sehingga nasi betul-betul tanak. Sesekali elok dikacau nasi.
* Boleh menggunakan rice-cooker atau masak di dalam periuk di atas dapur.

Cara hidangan :
1. Daging yang telah direbus empuk tadi, dipotong2 nipis. Boleh dihidang dengan air asam

Air asam :
Perahan air asam jawa
Bawang besar hiris
Buah tomato segar, dipotong kecil-kecil
Hirisan cili merah atau cili hijau(su tumbuk..baru kick)
Belacan bakar
Garam dan gula secukup rasa
Perahan air limau nipis/kasturi



Sebagai pelengkap su buat dalca sayur dan acar/jelatah.Dalca terlupa lah pulak nak ambil gambar.Lain kalilah su masukkan gambar dan resepinya.Acar ni pulak simple jer..tapi su cuma tambahkan kacang tanah tumbuk (kenduri kat kg su diorang mesti buat macamni)


Ahad, 20 Jun 2010

Selamat Hari Bapa...

Selamat hari bapa untuk semua lelaki yang dah bergelar bapa.Terutamanya ucapan ini aku khaskan untuk 3 lelaki teristimewa dalam hidupku.Pertama buat suami tersayang..Terima kasih abang kerana menjadi seorang abah yang tegas tapi penyayang.Abang memang kuat pendiriannya dan kalau sekali melangkah susah untuk berpaling...tapi mudah bertolak ansur.Abang sanggup merantau ke negara orang..susah payah mencari rezeki demi kesenangan ayang dan juga anak anak.Bukan semua orang mampu melakukannya kecuali mempunyai mental dan fizikal yang kuat.Kasihan melihat abang terutama di musim panas ni..balik kerja baju basah lencun.Banyak betul keringat abang yang dikeluarkan demi hidup keluarga kita.Apa saja cabaran..dugaan....kesusahan dan kepenatan abang lalui demi memastikan anak anak dapat hidup senang.Alhamdulillah rezeki anak anak..moga2 mereka takkan alami kesusahan seperi mana yang kita lalui sewaktu zaman kecil kita.Semoga apabila besar anak2 mama dapat menghargai pengorbanan abah..ketahuilah ayang akan sentiasa berada di sisi abang pada waktu senang dan juga susah.Abang adalah separuh dari nyawa ayang..terima kasih abang untuk segala galanya.



Insan kedua adalah ayahku.Kasihan abah kerana sering uzur kebelakangan ini.Semenjak kematian abang Lah..abah sering sakit.Aku tau abah terlalu rindukan aruah.Maafkan kak li abah kerana tidak dapat menjaga abah sewaktu sakit..apakan daya kakli jauh di perantaun.Hanya doa dan pemberian wang yang mampu kak li berikan..tapi dalam hati ini hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya melihat keadaan abah.Alhamdulillah bila melihat gambar terbaru abah yang semakin sihat.Abah seorang yang kuat berjenaka..sama seperti aruah abang.Mungkin sebab itu semua cucu terlalu manja dengan abah.Abah bukanlah seorang yang garang..terlalu lembut dengan anak2 tetapi jangan bagi dia betul2 marah.Cari pasallah tu.Semoga abah bertambah sihat dan kita dapat berjumpa nanti..insyaallah.



Ini pulak bapa mertuaku.Abang banyak juga memiliki ciri2 bapanya.Pendiam tapi tegas.Ayah mentua su memang sporting..terasa macam ayah sendiri.Setiap kali balik..air mata dia mengiringi kedatangan dan kepulangan kami sekeluarga.Sedih pulak kalau time nak balik semula ke sini.Bapak memang seorang yang tegas dan berpendirian..jadi pandai2lah kita untuk mencari jalan melembutkan hati dia.Setakat ni insyaallah..


Semoga insan2 yang aku sayangi ini sentiasa sihat dan berbahagia selalu.Tanpa mereka semua..hilanglah sebahagian kebahagian dan kemanisan hidup aku dan anak2.Salam sayang dari sue,along dan adam untuk mereka...mmmmmuahhhh

Gulai Lemak Merah Udang & Nanas

Aduhai..terlambat bangun la pulak hari ni.Along tak sekolah sebab mama terbangun dah dekat pukul 7 pagi..bas sekolah dah terlepas.Abah pun kelam kabut tak sempat sarapan terus berkejar pergi kerja bawa kereta harini.Sebabnya???Adam Zakwan la punya angkara...ish..ish..ish.. tak pasal2 adam dapat nama kan..kih..kih.kih.Tak tahulah kenapa si kecik malam tadi mengamuk.Jap..jap..bangun.Mama memang langsung tak cukup tidur..abah pun samalah kan sebab dah namanya sebilik.Tambah pulak adam ni suara dia..fuhhh pitching boleh kalah amy search.Suara nyaring nak mampuih..Dek kerana terlalu mengantuk dan letih mama ngan abah sampai terlewat bangun.Yang geramnya..lepas je abah pergi kerja rilek je dia tidur balik.Ni tak bangun2 lagi..nyenyak pulak tu.Ish..ish..budak ni saja nak bagi mama tak tidur malam.Nak suruh mama kurus la tu..hik..hik..hik..Along bangun2 mengamuk nak juga pergi sekolah.Puas mama pujuk..last2 dia pi main PS2 .Nasib baik ada game...Habis dah citer pasal harini..ni cerita pasal masak2 pulak.Resepi yang dah ke berapa kali su buat pun tak ingat sebab dah selalu buat.Ni resepi dari blog kak ummi.Layannn..rasa macam nak sambung tidur jap.Pening sebab tak cukup tidur..ada tengah hari ni main order fast food je...he..he..he..

GULAI LEMAK MERAH UDANG & NANAS




Bahan:-
1/2 kilo udang sederhana besar - bersihkan, x perlu buang kulit.
1/4 biji nenas - potong kecil
2 sudu besar cili kering kisar
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm kunyit hidup - tumbuk
1 cm lengkuas - ketuk
2 batang serai - ketuk
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3 sudu besar minyak masak
garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan cili kering. Perlahankan api dan masak hingga cili benar2 masak dan naik minyak. Masukkan lengkuas dan santan cair (*tak perlu banyak, kerana nenas akan mengeluarkan air lagi). Masukkan nenas dan garam, kacau sebentar. Masukkan udang, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau dan bila mendidih sikit, tutup api sambil dikacau-kacau lagi agar santan tidak berkepala.

Popia Goreng Bercili

Selamat bercuti..Kat Qatar esok hari bekerja..Jap lagi nak merayap kejap tapi macam tak berapa syok nak keluar sebab perut ni tengah meragam.Dari malam tadi asyik ulang alik keluar masuk tandas.Apahal la perut ni..badan pun lemah semacam je sebab dah terkena demam selesema.Tapi biasalah surirumah,sakit macam manapun rutin harian tetap berjalan macam biasa.Mana ada istilah mc kan..hu..hu..hu..Ni nak tayang menu makan petang.Su jumpa resepi ni masa skodeng dapur kak ummi...tapi asalnya dari blog kak Liza.Lama dah su salin dalam buku..kerap juga dah buat.Memang best..kalah yang jual kat pasar malam...kih...kih..kih..

POPIA GORENG BERCILI



Bahan:-
Kulit popiah secukupnya
minyak utuk menggoreng
1 sudu besar tepung gandum + 3 sudu besar air = bancuh untuk gam popia
Inti Popia:-
200 gm udang - hiris halus
1 batang carrot - sagat/racik halus2
1 mangkuk kobis - hiris2 halus
5 batang kacang panjang - potong halus (*ummi x isi ni)
1 tangkai cili merah - potong halus2
1 labu bawang besar - cincang halus
1 ulas bawang putih - cincang
1 biji telur - su tambah
1 sudu besar minyak
garam
Cara Membuat:-
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan udang dan carrot. Kacau rata. Masukkan kobis, kacang panjang dan garam. Kacau. Bila sayur telah lembut, pecahkan telur..kacau rata pastu tutup api. Tuangkan bahan ke dalam tapisan, biarkan kuah sayur turun. Ambil kulit popiah, dan letak intinya. Gulung seperti menggulung kuih ketayap. Gam dihujungnya dengan bancuhan tepung tadi. Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan angkat.

Bahan Sos Cili:-
2 sudu besar cili mesin
1 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula (*ummi letak hampir 2 sudu besar)
3 sudu besar minyak
garam
bijan untuk tabur (jika suka)
Cara Membuat:-
Panaskan minyak dan tumis cili dan bahan-bahan lain. Masak hingga pekat dan naik minyak. Masukkan popiah yang telah digoreng tadi. Taburkan bijan dan kacau rata. Angkat dan hidangkan.


Yang kat bawah ni saja nak tayang.Sesekali layan bubur sedap juga kan..bagus untuk penghadaman ni..Anak2 su suka sangat sebab pisang memang peberet diorang pastu kena pulak dengan kuah yang lemak..lemak..manis..fuhhhh nikmatnya.


Khamis, 17 Jun 2010

Solok Lada Dan Butter Prawn

Sekejap je masa berlalu..dah hari khamis.Esok abang dengan along cuti..riuh rendah la rumah.Hari ni masih teruskan berpuasa.Kalau ikutkan kawan ajak main badminton tapi sayang pulak kalau tak puasa hari ni.Takpelah tunggu bendera merah nanti baru pergi main.Dalam kepala tengah memikir apalah nak masak hari ni..takkanlah nak buat menu ulang tayang lagi.Bosan wehhh.Satlagi lah usha2 blog masakan..kot2 ada yang berkenan.Menu kat bawah ni rasanya ramai yang tahu buat tapi su tayang jugalah dalam blog ni..mana tau kot2 satu hari nanti along nak belajar memasak untuk mama..wakaka..ada anak jantan suruh masak.Tak kiralah kan..dah takde rezeki anak pompuan lagi..zaman sekarang kadang2 lelaki lagi pandai memasak dari pompuan.Meh layan resepi tapi su tak ingat pulak dari mana sumber sebab dah lama buat pastu tulis dalam buku je..kira halal la kot..he..he..he..

SOLOK LADA

Bahan Bahan
10 biji lada hijau
1 ulas bawang putih
2 ekor ikan kembung~dibakar dan diambil isinya
lada hitam
1 1/2 biji kelapa-1/2 inti solok, 1 biji untuk santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
3 ulas bawang merah
bahan perasa

Cara Cara
1. Cili hijau dibelah tengah dan dibuang bijinya
2. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
3. Kemudian dalam lesung yang sama, tumbuk isi ikan, kelapa, garam dan gula sehingga sebati semua bahan~ sudah jadi inti solok
4. Sumbatkan inti solok ke dalam cili yang dibelah sehingga penuh. Buat sampai habis.
5. susun cili solok itu di dalam periuk. Pastikan inti solok di bahagian atas (jangan kasi tumbang. Kalau tumbang isinya akan hancur).
5. Tuang santan pekat ke dalam periuk secara perlahan-perlahan. Pastikan tidak mengenai isi solok tersebut (yg ni su terkena isi solok..tapi rasa sama je..he..he..).
6. Tutupkan periuk dan dimasak di atas api yang perlahan.

BUTTER PRAWN

Bahan-bahan
300gm udang sederhana besar-buang kepala dan belah belakang
4 sudu besar butter
2 biji telur kuning-dipukul sedikit (su guna 2 kuning dan 1 telur putih)
2 cili api-dipotong2
2 tangkai daun kari(x isi sebab takde stok)
1/4 cawan susu cair
2 ulas bawang putih-dicincang
gula,garam,bhn perasa
sedikit tepung beras (optional)
Cara-cara
1. Panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tambah butter selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih. kacau.
3. Masukkan telur, kacau selalu..su guna garfu
4. Masukkan daun kari, susu cair, cili api ,perasa2 dan tepung beras (utk rangup)sambil kacau selalu.
5. Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing.
6.Angkat boleh makan..along suka makan macamtu je tanpa nasi.

Rabu, 16 Jun 2010

Chicken Golden Bleu

Susahnyalah nak bergerak..si Adam asyik merengek minta dukung je.Puncanya takde kawan sebab along sibuk main PS2.Kesian adam..mama pun lagi kesian sebab susah nak buat kerja.Alhamdulillah sempat juga masak makan tengah hari.Menu di bawah ni dah banyak kali su buat tapi ni baru ada kesempatan nak masukkan..masa ambil gambar ini su terlumpa nak ambil gambar coleslaw sekali.
CHICKEN GOLDEN BLEU

CHICKEN GOLDEN BLEU / CHICKEN CORDON BLEU
Sumber : Kak Amal copy dari kak madiha
Bahan2
Untuk Ayam
3 ketul dada ayam
3 batang sosej ayam
2 keping keju slice
garam secukupnya
lada sulah secukupnya
sedikit sos tiram (su ganti dengan sos BBQ)
tepong jagung secukupnya
bread crumb secukupnya
1 biji telur
minyak yang banyak untuk menggoreng deep fry
Sos perang / Sos cendawan secukupnya
* Side Dishes Tambahan yg Lain
1 tin kacang panggang Salad atau boleh jugak buat coleslaw
Side dish berasaskan kentang spt mashed potato/curly fries/ french fries
Cara2 Menyediakannya
1. Bersihkan ayam, buangkan kulit serta tulang2nya. Gunakan isi sahaja. (tapi terpulang masing2 jika anda suka bahagian kulitnya tak perlu buang) Buatkan lubang ditengah2 dada ayam agar dapat dimasukkan sosej dan keju slice.
2. Balutkan keju slice pada sosej lalu sumbatkan ke dalam lubang yang dibuat ditengah2 dada ayam tadi. Jika ada bahagian yang nampak terbuka boleh cucukkan dengan lidi satay yang tajam supaya nampak kemas. (pastikan lepas goreng, buangkan balik lidi satay tersebut. Buatkan cara yang sama pada dada ayam yang seketul lagi.
3. Taburkan garam, lada sulah & juga sos tiram/bbq pada dada ayam tadi dan gaul rata. Biarkan sebentar.
4. Pukul telur lalu ketepikan sebentar. Sediakan tepong jagung di dalam sebuah pinggan. Sediakan serbuk roti di dalam sebuah pinggan yang lain. Ambil dada ayam tadi lalu masukkan ke dalam tepong jagung dan ratakan keseluruhan dada ayam. Celupkan pula ke dalam telur hingga rata lalu masukkan pula ke dalam serbuk roti dan balik2kan agar seluruh dada ayam tersalut dengan serbuk roti. Ketepikan. Ulang yang sama untuk dada ayam yg satu lagi.
5. Panaskan minyak yang banyak dengan api yang kecil/sederhana. Goreng ayam tadi sehingga garing & masak.
6. Sediakan pula sosnya. Su guna resepi sos yg biasa su buat sebab dah jadi peberet family....minta maaf ye tuan punya resepi sebab ubah2 pula resepi...sape nak resepi asal boleh pergi sini
7. Semasa menghidang. Kepingan ayam tu di potong 2 (1 ketul boleh utk 2 set). Dalam pinggan yang besar, susunkan ayam, hashbrown, salad dipicitkan sos thousand island & sudukan kacang panggang. Tuangkan sos cendawan di atas ayam & sedia untuk dinikmati semasa panas2
SOS LADA HITAM (sumber-acik yarn myresepi)
Bahan-bahan
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan ikut selera masing2
tepung jagung(standby) -su tak isi sebab bila sejuk sos ni pekat
Cara-cara
1.Cairkan butter dengan api kecil.
2.Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3.Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4.Masukkan kiub ayam dan kacau.
5.Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati. 6.Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7.Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8.Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9.Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10.Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.

Prosperity Burger

Agak kurang bermaya sikit hari ni sebab su berpuasa.Faham2 jelah puasa di musim panas pastu si adam pulak masih menyusu badan...kuat pulak tu walaupun dah mula makan macam2.Dugaan..dugaan.Kali ni su masukkan menu yang dah ramai sangat orang buat.Su usha2 blog dan Fotopages majoritinya dah ada menu ni..Yang ini su usha dan copy dari Fotopages Kak Madiha.Kak Madiha pulak copy dari Blog Midza.Su buat sarapan..bahan tambahannya mushroom sup segera(jenama maggi) dengan kentang goreng.


PROPERITY BURGER


Bahan2nya


1. Roti Burger
2. Burger Daging
3. Bawang Holland ~ di hiris
4. Salad & Tomato (jika suka)


Bahan Sos Lada Hitam
Sumber : Hana

1. 2 cawan stok ayam (su ikut kmadiha guna 1 cawan air + 1 kiub ayam)
2. 1/2 cawan susu segar
3. 1-2 sudu besar lada hitam ~ di tumbuk kasar
4. 1/2 biji bawang besar - cincang
5. 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
6. 1 sudu sos tiram
7. 1 sudu mentega/ marjerin
8. 2 sudu besar tepung jagung ~ dibancuh dengan sedikit air
9. garam dan gula - jika perlu


Cara-cara
1. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam & susu segar. Didihkan.
2. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki. 4. Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
5. Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap. (su bakar atas non stick pan je)
6. Letakkan sayuran kegemaran pada roti.. Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam dan taburkan bawang besar yang di hiris & tutup dengan bahagian atas roti. Sedia dihidang.

Isnin, 14 Jun 2010

Surat buat mak...

Assalamualaikum...
Mak,abah,kakpiah,kak yati dengan adik2 apa khabaq...mesti sihatkan.Masak apa hari ni mak...mesti sedap kan?Rindu sungguh ceq nak makan masakan mak.Paling terliuq sangat ikan masak cuka,sayuq lemak pucuk ubi kayu dengan kerabu salom.Ceq anak beranak kat sini sihat2 selalu.Ceq tau mak mesti dapat membaca surat ceq ni sebab adik selalu buka blog..Insyaallah mak ..ceq balik bulan 10 nanti..takyah sedih2 la sebab masa sat ja berlalu...pejam celik pejam celik masuklah bulan 10.Terlanjur bagitau pasai nak balik bulan 10 nanti..ni ceq nak ngadu sikitlah kat mak.Kesian kat ceq mak,banyak barang dalam stok dah nak habis.Nak suruh pos macam tak berbaloi pulak sebab dah tak lama nak balik ni..tu lah lain kali ceq beringat bawak stok banyak2 sikit.Dadih segera dah habis langsung..along ngan adam suka sangat makan dadih..menyesai ceq bawa sikit haritu.Nasi impit pun dah wassalam..raya ni terpaksalah buat nasi impit sendiri.


Ni lah yang paling ceq risau mak..dah tinggal banyak ni ja ceq punya kicap.Kat rumah ni dahlah yang ni paling peberet..goreng2 mee..bihun..nasi..semua guna kicap.Belum campuq buat masak kicap lagi.Kat sini mak..inilah benda paling berharga sebab kat sini takdak jual pastu nak bawak dari malaysia berat pulak tu.Tak kira..balik kali ni ceq nak bawa kicap lebih..lantaklah berat pun...kih..kih..kih.
Ni ha..asam keping yang mak bagi pun dah tinggal sikit..kat sini ada juga ceq nampak jual tapi macam was2.Entah dari mana pun tak tau.Mak simpan stok banyak2 no..balik nanti ceq nak angkut.Banyak songeh anak mak ni kan..elleh adik2 hangpa jangan jelesla..kak kan anak emas mak dengan abah..he..he..he..
Keropok keping pun dah tinggal sikit ni je mak..nipun yang mak angkat sham bagi aritu.Bubuq cha cha tu tinggal sebungkus ja..pasni ceq kena buat sikit2 jelah..takut takdan puasa nanti.Kadang2 ceq buat juga bubuq tepung macam mak ajaq tapi tulah..budak2 ni suka lagi bubuq cha cha.Esen ceq pun dah banyak habis.Esen pisang tinggal sikit je..bukan apa..along suka sangat suruh ceq buat ayaq jimmy asmara.Suka betui dia.Esen pandan tu pulak ceq rajin guna kalau takdak stok daun pandan.Tak taulah dan ke tak nak tunggu balik bulan 10 ni.

Yang kat bawah ni pulak..paling kritikal cabai kering.Rumah ceq ni hantu cabai..kalau tak pedas rasa macam tak best je.Kat sini ada jual tapi tak best.Pedas nak mampuih tapi warna tak merah.Tak syokla kalau buat masak2 ni..tak mengancam langsung.Rempah rasanya cukup sebab banyak lagi tu.Asam jawa pun tinggal dua je..ish..ish..ish..tak taulah cukup ke tak ..Banyak lagi nak ngadu..tapi panjang pulak nak kena tulis..ehhh silap..taip.Nantilah ceq ngadu lagi kat mak.Adik hang jangan lupa buka blog ni pastu tolong baca kat mak ngan abah..bukan apa,depa rabun sikit tak berapa nampak tulisan kecik2.pastu kirim salam kat semua..habaq kakli rindu sayanggggg semua..
Ikhlas dari kak li di perantauan......Insyaallah kita akan berjumpa.Nantikan kepulangan kakli..abang sham..along dan adam..









BEEF STEAK

Baru balik dari gelanggang badminton..lenguh juga rasa kaki dengan lengan ni.Bukan apa dah hampir 12 tahun tak pegang raket badminton..ni barulah terasa nak main balik.Tupun nasib baik ada member..Pasni bolehlah booking gelanggang main selalu..boleh juga membuang lemak2 yang cukup tepu kat badan ni.Ni baru siapkan bahan2 untuk masak tengah hari.Sementara tu su masukkan jap masakan yang bila entah su buat..Layan jelah...Beef Steak sumbernya dari Kak Noreen.Sape nak tengok sos mushroom boleh jelajah blog kak noreen sebab su tukar guna sos dari myresepi.




BEEF STEAK

Bahan-bahan:

Beberapa keping beef steak
4 sudu makan sos blackpepper - Su guna jenama HP
Sedikit lada hitam-tumbuk kasar (ini su tambah)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit mentega untuk menumis

Bahan2 kisar:

6 ulas bawang putih atau 1 sudu kecil crushed garlic
1 inci halia atau 1 sudu kecil crushed ginger
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
2 sudu makan madu

Cara-Cara :

Satukan bahan2 kisar dan sos blackpepper di dalam mangkuk dan gaulkan sebati.Kemudian masukkan beef steak kedalam dan gaulkan sebati.Perapkan sekurang kurangnya 2 jam..(su perap semalaman).Panaskan kuali non-stick dan letakkan sedikit minyak dan mentega.Kemudian gorengkan beef steak tadi selama 12-15 minit.Angkat dan ketepikan.

SOS LADA HITAM (sumber-acik yarn myresepi)

Bahan-bahan ( su buat separuh dari resepi)
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby) -su tak isi sebab bila sejuk sos ni pekat
cendawan butang dihiris-ini su tambah

Cara-cara
1.Cairkan butter dengan api kecil.
2.Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3.Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4.Masukkan kiub ayam dan kacau.
5.Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati. 6.Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7.Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau .Masukkan mushroom.
8.Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9.Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10.Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat


Jumaat, 11 Jun 2010

Nasi Rempah Udang Dan Ayam Masak Merah

Salam Jumaat..harini kat sini cuti..tapi tak pergi mana pun buat masa ni sebab pasaraya kebanyakannya tutup dari pukul 12 tgh hari sampai 4 petang.Tengoklah nanti kena keluar juga sebab barang2 dapur dah habis.Makan tengah hari tadipun masak lauk ala kadar..habiskan stok yg ada kat rumah.Cuma masak kurma telur,goreng udang dengan kangkung goreng belacan je.Oklah resepi kat bawah Nasi Rempah Udang ni su buat semalam.Su cilok dari Resepidiana .Resepi ni untuk ramai juga orang makan,so su kurangkan sukatan..jadi pandai2lah ejas dia punya sukatan.Yang kat bawah ni su copy..sape2 ahli keluarga tak ramai tu pandai2lah sukatannya kalau just nak masak sikit.Untuk kawannya su cuma tambahkan ayam masak merah...sempoiii

NASI REMPAH UDANG


Bahan-bahan2 - (su buat sikit je..dlm 2 pot beras)

1 kilo beras basmathi - su guna beras biasa je
1100 ml air - su main agak2 je
20 ekor udang besar - dibersihkan
4 sudu besar rempah kari daging
½ cawan sos tomato
¾ cawan pes halia dan bawang putih
3 biji bawang - dihiris bulat
1 cawan gajus -ni x isi xde stok..su ganti kismis
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
¾ cawan minyak sapi
½ cawan minyak - secukupnya
daun ketumbar secukupnya
daun pudina secukupnya
bawang goreng
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka

CARA -CARA :

1. Untuk menyediakan Nasi Rempah Udang, udangnya digaul dengan sedikit garam dan digoreng selama 2 minit. Angkat, toskan dan ketepikan. Jangan goreng udang terlalu lama nanti terlalu kering isinya tak berapa sedap.

2. Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk nasi diatas api, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau, masukkan pula pes bawang putih dan halia yang telah dikisar. Masukkan sekali gajus

3. Tumis sehingga rempah naik bau dan gajus bertukar warna keperangan sikit. Masukkan pula sos tomato, serbuk kari daging, garam dan serbuk perasa. Gaul sehingga bahan-bahan tersebut sebati

4. Tuang air dan diikuti dengan beras basmati. Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Angkat periuk nasi dan letak didalam rice cooker dan tekan cook. Taburkan dengan secukupnya daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Untuk Nasi Rempah Udang, udang yang telah digoreng tadi anda susun diatas nasi dan tutup periuk nasi dan biarkan nasi betul-betul tanak

*Untuk persediakan Nasi Rempah Udang, minyak yang digunakan untuk goreng udang boleh digunakan semula untuk menumis rempah, rasanya akan lebih ummpphh dengan manis dari udang tersebut dan minyak pun tidak terbuang. Anda hanya perlu tambahkan dengan minyak sapi.



AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam -potong ikut sesedap mata memandang
1 labu bwang besar (dipotong bulat)
2 sudu besar sos cili
garam dan perasa
serbuk kunyit
minyak

Bahan kisar
10 tangkai cili kering-kalau nak pedas boleh tambah
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 batang serai
1 biji tomato

Cara Memasak:-
1. Potong ayam (su guna 1 ekor tapi ayam sini kecil je) kalau kat malaysia mungkin separuh ayam.kat sini kalau ayam fresh 900gram dah kira paling besar la tu.. . Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam. Gorengkan hingga masak(x yah garing sangat). Angkat dan letak tepi.
2. Panaskan minyak , tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan naik minyak.Masukkan cili sos, ayam, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.Kalau nak berkuah boleh tambah air/fresh milk sikit.Dah masak..boleh hidang.Kalau nak bau best masukkan daun sup/celeri sikit.




















Khamis, 10 Jun 2010

Cucur Badak dan Homemade Bebola Ayam

Baru berjaya menyiapkan makan tengah hari.Hari ni agak mood kemalasan sikit..masak nasi ayam je pastu untuk petang nanti buat bee hoon goreng singapore.Agak banyak hari juga tertunda nak update sebab adam baru2 ni demam keluar gigi geraham..baik je demam terus manja semacam je..kuat merengek betul.Ish..ish..ish..takkan nak adik kot..he..he..minta jauh2 la dulu sebab adam kecik lagi.Tunggulah dia 2 atau 3 tahun dulu.Kalau ikut abah..dua pun dah cukup..mama je gatal2 nak tambah lagi sebab rasa dua sikit sangat..kui..kui..kui.Oklah sambung cerita bab makan2..ni memang cucuq peberet su dan sekarang salah satu cucuq peberet abang juga..cucuq badak(cammanalah diorang dapat nama ni kan???)Jenis su ni masak memang tak pernah ikut sukatan..ikut sesedap hati dan rasa je.Sebenarnya masak2 ni simple je..campak2 insyaallah jadi tapi terpulang pada selera masing2.Ada setengah tu bagi kita sedap tapi bagi orang lain tak kena dengan selera dia.Sebenarnya bukan salah resepi tapi selera masing2.Macam orang utara suka santan..orang pantai timur pulak kurenggg sikit.So bila orang utara masak bersantan dia kata sedap..orang pantai timur????singgang juga jadi pilihan..Kesimpulannya semua resepi masakan tu sedap2 belaka cuma pandai2lah ikut selera masing2.Ehhh..apa2 entah pulak aku membebel ni kan..kih..kih..kih..oklah layan resepi sempoi ni....





CUCUR BADAK


Bahan-bahan untuk doh/kulit

1 biji keledek saiz besar -nak cun guna keledek merah
1/2 cawan tepung gandum(pandai2 agaklah ye)
secubit Garam

utk inti
1 atau 1/2 biji kelapa parut (kelapa sini kecil)
segenggam udang kering
1/2 biji bawang besar
1 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
sedikit cili kering.. (ikut kepedasan masing2)
sedikit udang potong kecil (optional)
Garam dan gula
Bahan perasa


Untuk doh/kulit:
-Rebus ubi keledek dengan air.Campurkan garam sedikit.Dah nampak ubi tu lembut,buang air masukkan ubi keledek rebus dalam bekas..pastu lenyekkan(buat masa panas/suam baru senang hancur).Pastu masukkantepung gandum sikit2 sambik lenyek.Adunan jangan terlalu banyak tepung nanti tak sedap..agak2 boleh dibentuk/diuli.

Untuk Inti:
Blender/tumbuk cili kering,serai,udang kering dan bawang.Campur air sikit (kalau su suka tumbuk sebab kasar2 sikit..baru yummyyy) , Kalau kelapa agak kasar masukkan kelapa parut.. blender sekali.Su tak blend kelapa sebab su parut sendiri kelapa..kelapa dah cukup halus.Masukkan semua bahan2 dalam kuali..tambahkan kunyit,garam,gula,ajinomoto(optional) dan udang yang dipotong kecil2.Kacau sampai inti nampak kering2 sikit.

*Ambil doh/kulit buat bentuk bebola kecil1(ikut suka nak saiz besar mana)...pastu leperkan,ambil inti sikit letak kat tengah2 doh/kulit.Tutup doh rapat2 pastu tekan sikit doh bagi leper sikit..baru comelll..bolehla goreng tapi jangan guna api terlalu panas nanti doh dalam tak berapa masak..kat luar dah garing.Guna api sederhana je..kalau guna keledek merah baru cuuunnn tapi su takde pilihan..kat sini banyak keledek putih,,,belasahhhhh jelah.



Dalam kerajinan(padahal terpaksa sebab nak makan) su buatlah bebola ayam.Kat sini bukan macam Malaysia takde jual sangat bebola ayam..kalau ada jarang jumpa dan buatan dari negara yang kadang2 kita agak ragu2 nak makan walaupun ada tulisan halal.Bentuk bebola ayam su buat ni taklah cantik sebab tak pandai nak membentuk tapi rasa..wallllaahhhhh.Jom try kalau sesape rasa tangan tu terajin nak buat.Resepi ni sikit2 su ambil dari blog kak ijayuji tapi su ada tambah bahan sikit2...



HOMEMADE FISHBALL (su gantikan dengan ayam)

Bahan2
500 gm isi ikan/ayam
1 tsp serbuk lada sulah
1 biji bawang putih
1 ketul pati udang ikan bilis-su guna ayam so isi kiub ayam
2-3 ketul ice
*1/4 sudu kecil soda bikabornat-su tambah
*2-3 sudu besar tepung jagung - inipun su tambah

Cara2:
Semua bahan dikisar hingga halus, kemudian basahkan tangan dan bulat2 kan pes ikan/ayam dan susun dlm shallow dish yg diisi sikit air (utk elak kan bebola melekat) buat hingga habis ketepikan.pastu rebus dalam air mendidih..dah timbul angkat.boleh simpan..buat sup ,goreng atau makan macamtu je pun sooodapppp.

Khamis, 3 Jun 2010

APAM MEKAR

Salah satu peberet along dan juga adam..sebenarnya dah kerap buat tapi ni baru ada kesempatan nak enterprem kat blog.Along dia pelik sikit..kuih pun pilih warna.Awal2 dia dah pesan taknak green colour..adoii pening mama sebab warna tulah yg cun dan ngam dengan kuih apam mekar ni.Anak punya pasal ikut jelah..nanti kalau buat warna dia tak suka..dia takkan sentuh kuih tu.Padahal rasa sama je..along..along..Adam pulak?dia ni tolak kayu ngan batu je..he..he..he..






APAM MEKAR : COPY dari Rossitamz MyResepi

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )
250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate (su lebihkan jadi 1 1/2 sudu)
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya


Cara-cara
1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

Rabu, 2 Jun 2010

Nasi Beriani

Jumaat ni Pasar Malam di Embassy..harap2 cik abang takde hal..bolehla pergi jap.Seronok juga sesekali merasa pasar malam di Qatar ni,terasa macam ada kat Malaysia.Resepi di bawah ni su cedok dari myresepi (apahal la myresepi dari semalam takleh buka)..su buat minggu lepas.Nasi tu tak comel sangat sebab su guna beras biasa je..tapi rasa..ok sama je(nama pun beras kan..kecuali teksturnya jelah)

NASI BERIANI BATU PAHAT - Sumber & Copy :Mrs Dayat myresepi

Bahan-bahan ( 4org )
3 cwn beras basmathi (su guna beras biasa)
sedikit rempah tumis
*6 ulas bwg merah (blend)
*5 ulas bwg putih (blend)
*2"halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)

sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup (daun pandan-su tambah)
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani (su guna rempah beriani pakistan)
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair

Cara-cara
1. panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
2. masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg
di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
3. masukkan air..tunggu sampai didih
4. masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
5. pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak
6. bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya
titikkan pewarna..kacaukan.
7. masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
8.masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...

Daging Baryani - copy mrs dayat myresepi
*su gantikan dengan ayam
Bahan-bahan ( 4 org )
setengah kg daging lembu (potong kiub)
setengah biji bawang besar (hiris)
baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend
1 biji tomato saiz besar (belah 4)
3-4 biji cili hijau
2tbsp tomato puree
1tbsp sos tomato
1/4 cwn susu cair
sedikit ghee
sedikit rempah tumis
3 tbsp rempah baryani
garam,gula,ajinomoto secukup rasa
sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
1 tbsp yogurt


Cara-cara
1. gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
2. tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
3. masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau
4. masukkan daging..gaulkan.
5. masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
6. masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
7. tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut.
8. ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
9. bila daging dah empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacau dan biar lagi atas dapur..
10. last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..

Oleh kerana ayam beriani tu tak berkuah su tambahkan dalca daging.Selamat menjamu selera

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...