Jumaat, 11 Jun 2010

Nasi Rempah Udang Dan Ayam Masak Merah

Salam Jumaat..harini kat sini cuti..tapi tak pergi mana pun buat masa ni sebab pasaraya kebanyakannya tutup dari pukul 12 tgh hari sampai 4 petang.Tengoklah nanti kena keluar juga sebab barang2 dapur dah habis.Makan tengah hari tadipun masak lauk ala kadar..habiskan stok yg ada kat rumah.Cuma masak kurma telur,goreng udang dengan kangkung goreng belacan je.Oklah resepi kat bawah Nasi Rempah Udang ni su buat semalam.Su cilok dari Resepidiana .Resepi ni untuk ramai juga orang makan,so su kurangkan sukatan..jadi pandai2lah ejas dia punya sukatan.Yang kat bawah ni su copy..sape2 ahli keluarga tak ramai tu pandai2lah sukatannya kalau just nak masak sikit.Untuk kawannya su cuma tambahkan ayam masak merah...sempoiii

NASI REMPAH UDANG


Bahan-bahan2 - (su buat sikit je..dlm 2 pot beras)

1 kilo beras basmathi - su guna beras biasa je
1100 ml air - su main agak2 je
20 ekor udang besar - dibersihkan
4 sudu besar rempah kari daging
½ cawan sos tomato
¾ cawan pes halia dan bawang putih
3 biji bawang - dihiris bulat
1 cawan gajus -ni x isi xde stok..su ganti kismis
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
¾ cawan minyak sapi
½ cawan minyak - secukupnya
daun ketumbar secukupnya
daun pudina secukupnya
bawang goreng
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka

CARA -CARA :

1. Untuk menyediakan Nasi Rempah Udang, udangnya digaul dengan sedikit garam dan digoreng selama 2 minit. Angkat, toskan dan ketepikan. Jangan goreng udang terlalu lama nanti terlalu kering isinya tak berapa sedap.

2. Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk nasi diatas api, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau, masukkan pula pes bawang putih dan halia yang telah dikisar. Masukkan sekali gajus

3. Tumis sehingga rempah naik bau dan gajus bertukar warna keperangan sikit. Masukkan pula sos tomato, serbuk kari daging, garam dan serbuk perasa. Gaul sehingga bahan-bahan tersebut sebati

4. Tuang air dan diikuti dengan beras basmati. Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Angkat periuk nasi dan letak didalam rice cooker dan tekan cook. Taburkan dengan secukupnya daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Untuk Nasi Rempah Udang, udang yang telah digoreng tadi anda susun diatas nasi dan tutup periuk nasi dan biarkan nasi betul-betul tanak

*Untuk persediakan Nasi Rempah Udang, minyak yang digunakan untuk goreng udang boleh digunakan semula untuk menumis rempah, rasanya akan lebih ummpphh dengan manis dari udang tersebut dan minyak pun tidak terbuang. Anda hanya perlu tambahkan dengan minyak sapi.



AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam -potong ikut sesedap mata memandang
1 labu bwang besar (dipotong bulat)
2 sudu besar sos cili
garam dan perasa
serbuk kunyit
minyak

Bahan kisar
10 tangkai cili kering-kalau nak pedas boleh tambah
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 batang serai
1 biji tomato

Cara Memasak:-
1. Potong ayam (su guna 1 ekor tapi ayam sini kecil je) kalau kat malaysia mungkin separuh ayam.kat sini kalau ayam fresh 900gram dah kira paling besar la tu.. . Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam. Gorengkan hingga masak(x yah garing sangat). Angkat dan letak tepi.
2. Panaskan minyak , tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan naik minyak.Masukkan cili sos, ayam, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.Kalau nak berkuah boleh tambah air/fresh milk sikit.Dah masak..boleh hidang.Kalau nak bau best masukkan daun sup/celeri sikit.




















Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...