Khamis, 17 Jun 2010

Solok Lada Dan Butter Prawn

Sekejap je masa berlalu..dah hari khamis.Esok abang dengan along cuti..riuh rendah la rumah.Hari ni masih teruskan berpuasa.Kalau ikutkan kawan ajak main badminton tapi sayang pulak kalau tak puasa hari ni.Takpelah tunggu bendera merah nanti baru pergi main.Dalam kepala tengah memikir apalah nak masak hari ni..takkanlah nak buat menu ulang tayang lagi.Bosan wehhh.Satlagi lah usha2 blog masakan..kot2 ada yang berkenan.Menu kat bawah ni rasanya ramai yang tahu buat tapi su tayang jugalah dalam blog ni..mana tau kot2 satu hari nanti along nak belajar memasak untuk mama..wakaka..ada anak jantan suruh masak.Tak kiralah kan..dah takde rezeki anak pompuan lagi..zaman sekarang kadang2 lelaki lagi pandai memasak dari pompuan.Meh layan resepi tapi su tak ingat pulak dari mana sumber sebab dah lama buat pastu tulis dalam buku je..kira halal la kot..he..he..he..

SOLOK LADA

Bahan Bahan
10 biji lada hijau
1 ulas bawang putih
2 ekor ikan kembung~dibakar dan diambil isinya
lada hitam
1 1/2 biji kelapa-1/2 inti solok, 1 biji untuk santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
3 ulas bawang merah
bahan perasa

Cara Cara
1. Cili hijau dibelah tengah dan dibuang bijinya
2. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
3. Kemudian dalam lesung yang sama, tumbuk isi ikan, kelapa, garam dan gula sehingga sebati semua bahan~ sudah jadi inti solok
4. Sumbatkan inti solok ke dalam cili yang dibelah sehingga penuh. Buat sampai habis.
5. susun cili solok itu di dalam periuk. Pastikan inti solok di bahagian atas (jangan kasi tumbang. Kalau tumbang isinya akan hancur).
5. Tuang santan pekat ke dalam periuk secara perlahan-perlahan. Pastikan tidak mengenai isi solok tersebut (yg ni su terkena isi solok..tapi rasa sama je..he..he..).
6. Tutupkan periuk dan dimasak di atas api yang perlahan.

BUTTER PRAWN

Bahan-bahan
300gm udang sederhana besar-buang kepala dan belah belakang
4 sudu besar butter
2 biji telur kuning-dipukul sedikit (su guna 2 kuning dan 1 telur putih)
2 cili api-dipotong2
2 tangkai daun kari(x isi sebab takde stok)
1/4 cawan susu cair
2 ulas bawang putih-dicincang
gula,garam,bhn perasa
sedikit tepung beras (optional)
Cara-cara
1. Panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tambah butter selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih. kacau.
3. Masukkan telur, kacau selalu..su guna garfu
4. Masukkan daun kari, susu cair, cili api ,perasa2 dan tepung beras (utk rangup)sambil kacau selalu.
5. Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing.
6.Angkat boleh makan..along suka makan macamtu je tanpa nasi.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...