Isnin, 28 Jun 2010

Kuih Keria/Gelang

Hari ini genap 3 tahun abang tersayang meninggal dunia.Rasa macam sekejap je masa berlalu..terbayang lagi gelak tawa dan senda gurau abang.Rindu????hanya Allah yang maha mengetahui.Dialah insan paling rapat dengan su dan juga pendengar yang amat setia.Kalaulah masa dapat diputar kembali.Ya Allah tempatkanlah dia bersama orang yang Kau redhai.Hmmmm..tak payahlah cerita panjang2..takut air mata ni menitis lagi.

Yang kat bawah ni antara kuih tradisional yang sampai sekarang memang amat diminati oleh semua orang.Su buat untuk makan petang.Kalau kecil2 dulu mak selalu buat sebab ubi keledek banyak kitorang tanam belakang rumah.Kalau family su kitorang panggil kuih gelang.Mak masa masih kuat dulu dia selalu buat kuih ni pastu hantar kat kedai makan.Mak memang rajin memasak..Aruah abang pula,yang paling terer masak antara adik beradik.Su no 2 kot..he..he...Sape2 nak tengok cara2 menyira kuih keria ni boleh pergi sini.Lengkap penerangan sekali gambar.


KUIH KERIA /GELANG
Bahan-bahan:
2 biji ubi keledek saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
secubit garam
Untuk menyira:
1 cawan gulapasir
1 cawan air

Cara-cara:
1. Keledek dibuang kulit, dipotong kecil-kecil dan direbus empuk.
2. Lecek ubi keledek.
3. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul dan menekan-nekan adunan agar bercampur.
4. Boleh ditambah tepung sekiranya adunan masih terlalu lembut tetapi dikira sesuai apabila adunan sudah tidak terlalu melekat di tangan. Jangan terlalu berlebihan menambah tepung kerana ini akan menjadikan keria keras. Adunan keledek dan tepung juga tidak perlu terlalu sebati bercampur. Cukup sekadar boleh dipegang dan dibuat gegelang seperti donut.
5. Gegelang keria yg sudah siap hendaklah di letak di atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung utk mengelak dari melekat.
6. Goreng keria hingga kuning keemasan dan ketepikan.
Untuk menyira:
1. Tuangkan air dalam kuali dan masukkan gula.
2. Masak sehingga larut dan mendidih. Biarkan larutan berbuih sehingga keseluruhannya nampak keputih-putihan dan kelihatan bertai-tali jatuh apabila dilelehkan dari senduk. JANGAN TERLALU LAMA SEPERTI HENDAK MEMBUAT GULA HANGUS. Bila ini terjadi gula akan bertukar keperang-perangan dan ia tidak akan mengeras dalam bentuk gula berwarna putih sebaliknya akan melekit dan mengeras seperti kaca!!!
3. Masukkan keria yg telah digoreng dan terus kacau sehingga gula mengeras dan berwarna putih. Padamkan api dan teruskan mengkaupbalik keria.
4. Segera keluarkan dari kuali dan hidangkan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...