Ahad, 30 Januari 2011

TAHNIAH ALONG..

Along turun sahaja dari bas..kelam kabut dia buka beg,terus hulur mama sijil ni.Tak menyempat nyempat nak masuk rumah.Ya Allah bangganya mama..satu perasaan yang memang tak boleh digambarkan.Mungkin bagi orang...apalah dia ni,benda camni pun nak kecoh.Aku tak kisah apa orang nak cakap..yang aku tahu"mama sangat2 bangga dengan along".Pertamanya..along bersekolah international school.Jadi dia terpaksa bersaing dengan budak2 dari pelbagai negara serta bahasa yang digunakan adalah sepenuhnya inggeris.Alhamdulillah anak mama dapat bersaing dan menjadi yang terbaik.Keduanya..along masa mula2 sekolah selalu teacher dia tegur kitorang sebab dia ni terlalu pasif.Along tak mahu berkawan dengan orang..tak berani bersuara..kena buli..sering menangis dan bahasa inggeris dia zeeeroooo.Pendek kata dia anti sosial.Tapi masuk tahun kedua ni..segalanya berubah dan yang dibawah inilah hasilnya.Semoga anak mama akan terus berjaya dan dapat bersaing dengan kawan2 yang lain.Mama dan abah bangggaaa sangat dengan along.

Jumaat, 28 Januari 2011

KARIPAP PUSING

sumber:lyn myresepi
DOH BERMINYAK
-100 gram marjerin
-50 gm shortening
-300 gram tepung gandum
DOH BIASA
-700 gram tepung gandum
1 sudu kecil garam
air-dalam 2-3 cawan (agak2..boleh bentuk doh)

CARA2
Campur bahan doh biasa dan uli sehingga licin.Bahagikan doh kepada 8 bahagian.
Campurkan bahan2 doh minyak.Uli sehingga doh licin dan tak melekat.Doh seelok eloknya diuli sampai seolah olah nampak berminyak.Kalau tak uli dengan betul..nanti doh seolah olah pecah dan bila digoreng nanti doh jadi berderai.Bahagikan doh kepada 8 bahagian.

Ambil doh biasa..canaikan dan letak doh berminyak atasnya.Balut semula dan jadikan 1 doh besar.

Canaikan doh hingga nipis seperti roti canai.

Belah di tengah doh dan ambil satu bahagian..gulung seperti menggulung tikar.


Ini bermakna satu doh akan dapat 2 gulungan

Ambil satu doh dan terap/canai lagi dalam bentuk melonjong dan nipis..berhati hati semasa mencanai.Setelah dapat bentuk seperti di gambar..gulung semula seperti gulungan tikar

Doh yang telah digulung dipotong kepada 4 bahagian.Kalau nak saiz karipap besar sikit boleh potong 3 bahagian je..terpulang.

Setelah doh dipotong..canaikan semula.Proses seterusnya sama seperti membuat karipap biasa.Selepas canai..letakkan inti dan klim seperti biasa.Pastu..bolehla digoreng dengan api yang sederhana.


Rupa pertama kali buat karipap pusing.Sila abaikan klim kat tepi tu sebab ni first time cuba klim sendiri tanpa acuan.Memang gagal..tapi pasni akan belajar lagi mengelim sampai berjaya.Yang penting rasanya..abang kata passss




Rabu, 19 Januari 2011

JEM STRAWBERRY

Musim sejuk..strawberry pun ala2 sale juga.Harga makin murah.Oleh sebab aritu terbeli banyak..so daripada membazir aku buat jem.Resepi ni usha kat myresepi..mudah dan sedap.

BAHAN2
Strawberry 300 gram (aku punya lebih)
Gula pasir 90 gram
lemon jus-1/2 biji

Terbeli dua bekas.satu bekas kalau kat malaysia dekat2 RM5 kot
Basuh buah strawberry..pastu keringkan (lapkan buah tu).Masuk dalam periuk,gaul dengan gula dan biarkan dalam 10 minit.Nanti akan ada air keluar sendiri dari buah.Pastu..panaskan api kecil.Kacau selalu supaya tak hangus.Bila air dah keluar banyak..besarkan api untuk keringkan air.Kacau tanpa henti sambil pecah pecahkan buah.Bila air tinggal sikit..masuk lemon jus dan tutup api.

Siap..aku makan dengan ciskek pastu malam tadi buat strawberry muffin untuk bekal along pagi ni.(kat gambar nampak gelap dari warna sebenar.mungkin sebab aku guna handphone je kot)

Selasa, 18 Januari 2011

MEE GORENG MAMAK


sumber:sukamasak
BAHAN2 -8-10 orang makan
10 biji bawang merah-kisar
6 ulas bawang putih - kisar
1 mangkuk daging-rebus dan simpan airnya
udang,sotong..ikut sukalah nak isi bhn2 lain
1 sudu cili kisar/cili boh
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 senduk kicap
1 sudu serbuk kari daging
3 biji tomato-potong dadu/belah 4
4 biji telur-buat scramble egg
2 ketul tahu goreng-potong dadu
sedikit cucur bawang-potong dadu
1 ikat sawi
tauge
3 peket mee kuning

CARA2
-Panaskan minyak,tumis bahan2 kisar hingga naik bau dan garing sedikit
-Masukkan cili kisar,biar sampai pecah minyak
-Pastu masukkan serbuk kari daging.Kacau dan biarkan ia masak sekejap.Bila serbuk kari agak garing sikit..masukkan sos tiram,sos tomato dan sos cili.Pastu masukkan kisap dan kacau sebati
-Masukkan daging dan air rebusannya..masukkan juga udang dan sotong ,biar masak jap.Masukkan pula sawi dan tauge.Kacau jap pastu masukkan tomato,cucur bawang,telur hancur,tahu goreng,cili hijau dan bawang besar dadu.kacau sebati dan last masukkan mee.
-Bolehla hias dengan bawang goreng.kacang hancur dan daun bawang.

Rabu, 12 Januari 2011

JOM TENGOK ASIAN CUP

Sekarang kat Qatar tengah demam bola. 7/1/2011 asian cup bermula dengan tuan rumah jadi pembuka tirai tapi sayang kalah.Aku pun tak jangka qatar akan menang sebab negara ni baru lagi dalam sukan bola ni..tapi tulah dapat juga jadi tuan rumah world cup 2022.Sempat lagi ke aku kat sini masa world cup..best juga kalau dapat tengok kan.mesti meriah gilerrr.Tiket kat bawah ni laki aku dapat free.Bagus company laki aku..semua staff dapat 2 tiket sorang.Abang ambil tiket untuk malam ni..rasa2nya dia jadi penyokong qatar kot.Stadium bola ni sebelah shopping complex (villagio) so malam ni cik abang bawa along pergi tengok bola..aku pulak bawa si kecik merayap aka shopping2.Aku sukaaa..tambah2 bab2 mengabiskan duit ni..he..he..jom sesaper nak ikut aku pi menipiskan dompet...


Kan best kalau malaysia dapat masuk..comfirm ramai penyokong sebab sini orang malaysia dah melebihi 2000 orang.Bilalah gamaknya ye..harap2 impian jadi kenyataan.Aminnnn

Isnin, 10 Januari 2011

APAM BERAS

Resepi ni dah jadi peberet anak2.Rasanya lebih kurang je macam apam tapai tu..tapi yang ni lagi senang.Tak payah isi tapai dan eno.Hasilnya sama je..tetap gebusss dan lembut gilerrr.Tima kasih la kat pemberi resepi.Resepi ni aku usha kat blog sinar kehidupan.


APAM BERAS

BAHAN2
2 Cawan nasi
21/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh yis
*aku gantikan gula perang dgn gula pasir


CARA2
-Masukkan nasi,air dan gula kedalam pengisar dan kisar halus.Ketepikan
-Dalam mangkuk besar,campurkan tepung gandum,tepung beras dan yis.Gaul rata
-Masukkan bahan2 yang dikisar kedalam mangkuk berisi campuran tepung2 dan kacau sebati.Gaul rata supaya adunan tak bergentel.
-Bahagikan adunan kepada warna2.Aku agak kemalasan..so belasah satu warna je.
-Rehatkan 3 jam (aku bancuh malam..paginya kukus).Sapu minyak pada acuan dan kukus dalam 15 minit.Aku mula2 buat dalam acuan kecil tapi disebabkan kesuntukan masa..belasah masuk dalam loyang besar.





Khamis, 6 Januari 2011

GRRRRRRR..SEJUKKK

Ciaaannn sikecik sebab pepagi terpaksa bangun ikut mama hantar along sekolah.Harap2 janganlah sikecik kena selesema lagi..penat weeeiii nak berjaga malam2.Tapi tulah herannya..penat2 pun badan aku mantain je 'sihat'.Musim sejuk ni paling best menternak lemak sebab memanjang rasa nak tido..perut pulak asyikkk laporrrr je.Adoiiii..control..controlll nafsu.
Posing jap depan rumah sebelum pi sekolah Yang ni gambar semalam.


Orang nak ambil gambar..along sibuk suruh tangkap beg dia.nyampahhh betul...

Sikecik ni memang suka benor berposing.Suka betul orang ambil gambar dia.


Haaa..yang ini gambar pagi tadi.tangan tu bukan apa..sibuk minta handphone nak tengok gambar dia.Dah tengok sengih2 macam kerang busuk.Elllehhh perasan hemsem la tuu..lagi satu pantang nengok cermin...kuat bergaya si kecik ni....Esok cuti..yeyeyeyyyy aku suka sebab tak payah meredah kesejukan pagi2.



Isnin, 3 Januari 2011

LEMANG DARURAT....

Tanak beras pulut bersama dengan santan pekat dan sedikit garam.Masukkan 2 helai daun pandan(kalau suka).Tanak sampai masak tapi jangan terlalu lembik.

Setelah pulut siap ditanak..biar sejuk/suam2 pastu ambil sedikit pulut dan diuli seperti gambar.Pastikan adunan betul2 padat..kalau tak nanti masa potong,hancur lerrr jawabnya.Ikut sukalah nak tebal dan panjang mana.

Pulut yang dah siap diuli tadi..masukkan pula dalam daun pisang.Gulungkan kemas2.


Dah siap digulung dalam daun pisang..masukkan pula kedalam aluminium foil dan digulung elok.Pastikan gulungan betul2 kemas sebab takut nanti bila dikukus masuk air.

Pulut yang dah dibungkus dengan aluminium foil tadi..masukkan semula dalam periuk pengukus.Kukus sebentar.Kalau nak garing..ala ala makan lemang betul,masukkan dalam oven..bakar sekejap.


Taaarrrraaa siap..tapi tak berapa comel sikit sebab daun pisang kat sini...bapakkknyelaaahhh keras.Dah layur pun tetap keras ketung semacam je.Mana daun pisang lah gamaknye diorang import.





Sabtu, 1 Januari 2011

2011

Uwaaaa...nak nangis jap.Ok ke dah tua tua macam aku ni nak nangis..buruk betui rasanya muka kalau aku nangis.Kenapa aku nak nangis?sebab 2010 dah berlalu dan korang mesti pelik..apa pulak kena mengena 2010 dengan aku.Sebabnya..azam aku semua hancus sebab tak terlaksana.Rasa macam nak stopkan masa..jangan melangkah ke tahun 2011..boleh ke gitu.Rasanya 2011 ni aku malas nak buat azam baru..cuma nak selesaikan azam lama je...aci tak macam tu?Yang paling..paling..paling..paling tak terlaksana adalah membuang segala selulit dan lemak2 degil dan amat tepu di badan ni.Turun lah juga berat tapi ciputtttt sangat.So 2011 ni aku memang takleh main2 dah..aku akan pastikan aku berjaya mengucapkan SELAMAT TINGGAL WAHAI KENGKAWAN LEMAKKU.Harap2 kalini azam diet aku ni tak hangat hangat tahi ayam.Masalahnya..bila dah masak..ishhhh rugilah pulak tak makan..he..he..Mak aku ajar masa kecik2 dulu supaya jangan membazir makanan.
Lagi satu penyebab aku saaayaaanggg sangat nak tinggal 2010..uhuk huk huk..dah hilang angka 2 dari angka umur aku.Oh tidakkkk 2011 aku dah masuk 30TAHUN.
Tapi walau apapun..masa tetap berlalu...takdenya nak boleh stop..stop.Pejam celik pejam celik..anak2 aku dah besar.Tau2 nanti dah jadi anak teruna pastu kawin (ishhh sempat ke aku nengok diorang kawin..harap2 umor panjanglah)oklah aku pun takde idea nak bebel dan merapu malam2 buta ni.Selamat tahun baru untuk semua.
WELCOME 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...