Jumaat, 28 Januari 2011

KARIPAP PUSING

sumber:lyn myresepi
DOH BERMINYAK
-100 gram marjerin
-50 gm shortening
-300 gram tepung gandum
DOH BIASA
-700 gram tepung gandum
1 sudu kecil garam
air-dalam 2-3 cawan (agak2..boleh bentuk doh)

CARA2
Campur bahan doh biasa dan uli sehingga licin.Bahagikan doh kepada 8 bahagian.
Campurkan bahan2 doh minyak.Uli sehingga doh licin dan tak melekat.Doh seelok eloknya diuli sampai seolah olah nampak berminyak.Kalau tak uli dengan betul..nanti doh seolah olah pecah dan bila digoreng nanti doh jadi berderai.Bahagikan doh kepada 8 bahagian.

Ambil doh biasa..canaikan dan letak doh berminyak atasnya.Balut semula dan jadikan 1 doh besar.

Canaikan doh hingga nipis seperti roti canai.

Belah di tengah doh dan ambil satu bahagian..gulung seperti menggulung tikar.


Ini bermakna satu doh akan dapat 2 gulungan

Ambil satu doh dan terap/canai lagi dalam bentuk melonjong dan nipis..berhati hati semasa mencanai.Setelah dapat bentuk seperti di gambar..gulung semula seperti gulungan tikar

Doh yang telah digulung dipotong kepada 4 bahagian.Kalau nak saiz karipap besar sikit boleh potong 3 bahagian je..terpulang.

Setelah doh dipotong..canaikan semula.Proses seterusnya sama seperti membuat karipap biasa.Selepas canai..letakkan inti dan klim seperti biasa.Pastu..bolehla digoreng dengan api yang sederhana.


Rupa pertama kali buat karipap pusing.Sila abaikan klim kat tepi tu sebab ni first time cuba klim sendiri tanpa acuan.Memang gagal..tapi pasni akan belajar lagi mengelim sampai berjaya.Yang penting rasanya..abang kata passss




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...