Isnin, 10 Januari 2011

APAM BERAS

Resepi ni dah jadi peberet anak2.Rasanya lebih kurang je macam apam tapai tu..tapi yang ni lagi senang.Tak payah isi tapai dan eno.Hasilnya sama je..tetap gebusss dan lembut gilerrr.Tima kasih la kat pemberi resepi.Resepi ni aku usha kat blog sinar kehidupan.


APAM BERAS

BAHAN2
2 Cawan nasi
21/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh yis
*aku gantikan gula perang dgn gula pasir


CARA2
-Masukkan nasi,air dan gula kedalam pengisar dan kisar halus.Ketepikan
-Dalam mangkuk besar,campurkan tepung gandum,tepung beras dan yis.Gaul rata
-Masukkan bahan2 yang dikisar kedalam mangkuk berisi campuran tepung2 dan kacau sebati.Gaul rata supaya adunan tak bergentel.
-Bahagikan adunan kepada warna2.Aku agak kemalasan..so belasah satu warna je.
-Rehatkan 3 jam (aku bancuh malam..paginya kukus).Sapu minyak pada acuan dan kukus dalam 15 minit.Aku mula2 buat dalam acuan kecil tapi disebabkan kesuntukan masa..belasah masuk dalam loyang besar.





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...