Rabu, 16 Jun 2010

Chicken Golden Bleu

Susahnyalah nak bergerak..si Adam asyik merengek minta dukung je.Puncanya takde kawan sebab along sibuk main PS2.Kesian adam..mama pun lagi kesian sebab susah nak buat kerja.Alhamdulillah sempat juga masak makan tengah hari.Menu di bawah ni dah banyak kali su buat tapi ni baru ada kesempatan nak masukkan..masa ambil gambar ini su terlumpa nak ambil gambar coleslaw sekali.
CHICKEN GOLDEN BLEU

CHICKEN GOLDEN BLEU / CHICKEN CORDON BLEU
Sumber : Kak Amal copy dari kak madiha
Bahan2
Untuk Ayam
3 ketul dada ayam
3 batang sosej ayam
2 keping keju slice
garam secukupnya
lada sulah secukupnya
sedikit sos tiram (su ganti dengan sos BBQ)
tepong jagung secukupnya
bread crumb secukupnya
1 biji telur
minyak yang banyak untuk menggoreng deep fry
Sos perang / Sos cendawan secukupnya
* Side Dishes Tambahan yg Lain
1 tin kacang panggang Salad atau boleh jugak buat coleslaw
Side dish berasaskan kentang spt mashed potato/curly fries/ french fries
Cara2 Menyediakannya
1. Bersihkan ayam, buangkan kulit serta tulang2nya. Gunakan isi sahaja. (tapi terpulang masing2 jika anda suka bahagian kulitnya tak perlu buang) Buatkan lubang ditengah2 dada ayam agar dapat dimasukkan sosej dan keju slice.
2. Balutkan keju slice pada sosej lalu sumbatkan ke dalam lubang yang dibuat ditengah2 dada ayam tadi. Jika ada bahagian yang nampak terbuka boleh cucukkan dengan lidi satay yang tajam supaya nampak kemas. (pastikan lepas goreng, buangkan balik lidi satay tersebut. Buatkan cara yang sama pada dada ayam yang seketul lagi.
3. Taburkan garam, lada sulah & juga sos tiram/bbq pada dada ayam tadi dan gaul rata. Biarkan sebentar.
4. Pukul telur lalu ketepikan sebentar. Sediakan tepong jagung di dalam sebuah pinggan. Sediakan serbuk roti di dalam sebuah pinggan yang lain. Ambil dada ayam tadi lalu masukkan ke dalam tepong jagung dan ratakan keseluruhan dada ayam. Celupkan pula ke dalam telur hingga rata lalu masukkan pula ke dalam serbuk roti dan balik2kan agar seluruh dada ayam tersalut dengan serbuk roti. Ketepikan. Ulang yang sama untuk dada ayam yg satu lagi.
5. Panaskan minyak yang banyak dengan api yang kecil/sederhana. Goreng ayam tadi sehingga garing & masak.
6. Sediakan pula sosnya. Su guna resepi sos yg biasa su buat sebab dah jadi peberet family....minta maaf ye tuan punya resepi sebab ubah2 pula resepi...sape nak resepi asal boleh pergi sini
7. Semasa menghidang. Kepingan ayam tu di potong 2 (1 ketul boleh utk 2 set). Dalam pinggan yang besar, susunkan ayam, hashbrown, salad dipicitkan sos thousand island & sudukan kacang panggang. Tuangkan sos cendawan di atas ayam & sedia untuk dinikmati semasa panas2
SOS LADA HITAM (sumber-acik yarn myresepi)
Bahan-bahan
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan ikut selera masing2
tepung jagung(standby) -su tak isi sebab bila sejuk sos ni pekat
Cara-cara
1.Cairkan butter dengan api kecil.
2.Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3.Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4.Masukkan kiub ayam dan kacau.
5.Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati. 6.Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7.Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8.Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9.Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10.Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...