Aduhai..terlambat bangun la pulak hari ni.Along tak sekolah sebab mama terbangun dah dekat pukul 7 pagi..bas sekolah dah terlepas.Abah pun kelam kabut tak sempat sarapan terus berkejar pergi kerja bawa kereta harini.Sebabnya???Adam Zakwan la punya angkara...ish..ish..ish.. tak pasal2 adam dapat nama kan..kih..kih.kih.Tak tahulah kenapa si kecik malam tadi mengamuk.Jap..jap..bangun.Mama memang langsung tak cukup tidur..abah pun samalah kan sebab dah namanya sebilik.Tambah pulak adam ni suara dia..fuhhh pitching boleh kalah amy search.Suara nyaring nak mampuih..Dek kerana terlalu mengantuk dan letih mama ngan abah sampai terlewat bangun.Yang geramnya..lepas je abah pergi kerja rilek je dia tidur balik.Ni tak bangun2 lagi..nyenyak pulak tu.Ish..ish..budak ni saja nak bagi mama tak tidur malam.Nak suruh mama kurus la tu..hik..hik..hik..Along bangun2 mengamuk nak juga pergi sekolah.Puas mama pujuk..last2 dia pi main PS2 .Nasib baik ada game...Habis dah citer pasal harini..ni cerita pasal masak2 pulak.Resepi yang dah ke berapa kali su buat pun tak ingat sebab dah selalu buat.Ni resepi dari blog
kak ummi.Layannn..rasa macam nak sambung tidur jap.Pening sebab tak cukup tidur..ada tengah hari ni main order fast food je...he..he..he..
GULAI LEMAK MERAH UDANG & NANAS
Bahan:-1/2 kilo udang sederhana besar - bersihkan, x perlu buang kulit.
1/4 biji nenas - potong kecil
2 sudu besar cili kering kisar
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm kunyit hidup - tumbuk
1 cm lengkuas - ketuk
2 batang serai - ketuk
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3 sudu besar minyak masak
garam
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan cili kering. Perlahankan api dan masak hingga cili benar2 masak dan naik minyak. Masukkan lengkuas dan santan cair (*tak perlu banyak, kerana nenas akan mengeluarkan air lagi). Masukkan nenas dan garam, kacau sebentar. Masukkan udang, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau dan bila mendidih sikit, tutup api sambil dikacau-kacau lagi agar santan tidak berkepala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan