Khamis, 24 Jun 2010

Pau Sambal/Burger Malaysia

Adoi masih terasa sakit mata terkena debu masa ambil along tadi.Teruknyalah sandstorm harini.Rumah Blok hujung pun sampai tak nampak dilindungi sandstorm.Macammanalah abang kat tempat kerja.Along yang sepatutnya 12.15 tgh hari sampai..harini dekat 12.30.Driver bas tak berapa nampak jalan kot.Su ada juga ambil gambar masa sandstorm tadi tapi guna handphone jelah...Nanti su cuba masukkan.Resepi kali ni su cilok dari kak Ann.Best sebab lembut sangat.Dah lama goreng pun masih lembut je pau ni.Doh ni su buat untuk 2 resepi.Pau sambal untuk makan petang dan pau goreng (inti kelapa) untuk sarapan.

PAU SAMBAL/BURGER MALAYSIA


Bahan-bahan Doh:
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh ragi kering(mauripan) dibancuh dengan 1/4 cawan air suam yang dicampur dengan 1 sudu besar gula. Biarkan dalam mangkuk hingga berbuih(5-10 minit)
2 sudu besar margerin
1 biji telur
1 biji kentang, direbus dan dilecek halus
1/2 cawan air dicampur secubit garam
*** ada juga yang mencampur adunan dengan lemak sayuran ( boleh dapat di kedai bahan-bahan kek tapi K.An suka campur kentang je... dah cukup lembut)
*Su masukkan 1 sudu besar shortening-jenama crisco

Cara-cara:
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Buat lubang di tengah-tengah. Masukkan telur, campuran ragi, margerin,shortening dan kentang ke dalam lubang tu.
2. Campurkan semua bahan menggunakan tangan dan uli perlahan-lahan. Uli hingga adunan licin dan tambah air sikit-sikit, jika adunan terlampau kental.
3. Uli lagi hingga adunan sebati dan licin. Biarkan di dalam mangkuk dan tutup dengan kain. Biar 15 minit.
4. Buka tutup dan tumbuk adunan untuk mengeluarkan udara. Uli lagi dan bentuk bulat-bulat dan tekan sedikit agar bentuk pau sedikit leper. Boleh juga dicanai setebal 1 sm dan diterap bulat-bulat.
5. Sediakan dulang yang ditabur rata sedikit tepung. Letakkan pau di dalam dulang dan biar 10 minit sebelum digoreng.
6. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Perlahankan api bila minyak panas. Goreng pau sambil diterbalikkan sentiasa agar pau masak rata. angkat bila warna pau keperangan.
7. Belah pau dan isikan sambal ikan bilis dan timun. (Sambalnya, macam biasa cuma ikan bilisnya ditumbuk halus sebelum dimasukkan ke dalam cili yang ditumis) ** Adik K.An, Raidah yang ajar.. dia jual pau sambal kat kampung

PAU GORENG INTI KELAPA

Inti Kelapa:
Kelapa parut
gula merah/melaka
sedikit tepung gandum
sedikit air
daun pandan
-campurkan semua..kacau sampai agak kering.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...