Rabu, 23 Jun 2010

Nasi Daging

Cuaca makin hari bertambah panas.masak..masak..masak..kitorang.Kadang2 cecah 55 celcius.Nasib baik dalam rumah aircond..masak pun buka aircond kat dapur.Kalau tak..mau migrain.Tapi walau apapun yang paling kesian abang dengan alonglah sebab diorang banyak kat luar.Abang balik je..letih sangat tengok muka dia.Kesian abang terpaksa berdepan cuaca yang amat panas untuk memberi kesenangan kepada su dan anak2.Terima kasih abang.Along pun balik je sekolah..muka merah semacam je.Tapi budak2..biasalah.Panas2 pun belasah main kat luar juga.Minggu depan along dah last sekolah sebab 1 julai ni dah mula cuti summer sampai bulan 9 nanti.Nanti naik term baru along dah masuk year 1.Besar dah anak mama ni...Cuti sekolah????alamak riuh rendah dan bersepah lah rumah sebab adam ada geng..he..he..he..maka mama pun akan mula menjadi tarzan.Oh ya sampai lupa pasal menu kat bawah ni.Resepi ni su ambil dari FP Kak Rinn.Sesapa nak tengok bolehlah jengah FP Kak Rinn.Menu dia memang best2 dan yang penting seeedapppp.Setahu su kalau orang utara diorang ada rempah khas untuk buat nasi daging sebab ada jiran su (di kampung) selalu buat dan dia guna rempah yang dibeli dari kedah.Kalau sape yang takde rempah tu pun boleh buat ..guna je resepi ni.....

NASI DAGING


NASI DAGING
Bahan-bahan:
3 pot beras (pot=tin susu pekat... )
1/2 cwn tomato puree cair
1 cawan susu cair
Bahan-bahan utk stok daging :
500gm daging
2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar rempah kurma
1 camca teh lada putih
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Air 5 cawan..ditambah sehingga daging lembut
* Rebus kesemua bahan di atas untuk mendapatkan air stok daging.
Bahan-bahan tumis :
1/2 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, dimayang halus
1 inci halia, dihiris nipis
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 sudu besar minyak/mentega untuk menumis

Cara-cara:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau wanginya.
3. Masukkan beras dan kacau seketika.
4. Tuang air stok daging secukupnya untuk menanak nasi tersebut.
5. Bila beras agak kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau semua hingga rata dan biar nasi masak. Tutup periuk sehingga nasi betul-betul tanak. Sesekali elok dikacau nasi.
* Boleh menggunakan rice-cooker atau masak di dalam periuk di atas dapur.

Cara hidangan :
1. Daging yang telah direbus empuk tadi, dipotong2 nipis. Boleh dihidang dengan air asam

Air asam :
Perahan air asam jawa
Bawang besar hiris
Buah tomato segar, dipotong kecil-kecil
Hirisan cili merah atau cili hijau(su tumbuk..baru kick)
Belacan bakar
Garam dan gula secukup rasa
Perahan air limau nipis/kasturi



Sebagai pelengkap su buat dalca sayur dan acar/jelatah.Dalca terlupa lah pulak nak ambil gambar.Lain kalilah su masukkan gambar dan resepinya.Acar ni pulak simple jer..tapi su cuma tambahkan kacang tanah tumbuk (kenduri kat kg su diorang mesti buat macamni)


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...