Hari ni hati aku agak resah dan teringatkan keluarga di kampung.Abah dan mak aku agak teruk kesihatan diorang tapi apakan daya..aku jauh beribu batu dari tanah air sendiri.Abah aku dah hampir 5 tahun sakit.Kali pertama dia sakit adalah selepas kematian abang aku.Sejak kematian abang (satu2nya anak lelaki dalam keluarga) kesihatan abah terus merosot.Masa tahun ke 2 aku disini..abah pernah masuk icu dan jiran2 ramai menjangka kan abah takkan lama.Sedih sangat rasa hati..tapi alhamdulillah abah masih boleh bertahan.Masa aku balik baru2 ni kesihatan dia ok..boleh berjalan sikit2.Tapi semalam aku call..dah 4 hari abah tak boleh bergerak.Timbul bengkak2 nanah di bahagian betis dan kuman dah makin merebak..ditambah pulak berita mak aku jatuh dan kesihatan dia juga makin teruk.Ya Allah berikanlah aku kekuatan.Sememangnya aku dah bersedia kerana kesihatan mereka yg agak teruk..tapi entahla susah aku nak bayangkan.Kehilangan abang tersayang 5 tahun lalupun terasa lagi kepedihannya.Semoga aku masih diberi kesempatan untuk berjumpa kedua orang tua aku.Insyaallah..Kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan.
Oklah..berbalik pada tajuk di atas..ini salah satu lauk kegemaran laki aku.Biasanya aku masak pedas sikit sebab laki aku memang laju jer makan kalau masakan berasas cili api ni.Sekarang ni ikan tenggiri sedang jatuh harganya.Murah je harga sekarang..haaa tunggu musim panas nanti comfirm harga melambung semula.
Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri
Santan-aku guna santan serbuk1-2 asam keping
2 batang serai-ketuk
daun kunyit
garam dan gula
tomato/nanas/terung-optional
minyak untuk menumis
Bahan2 kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
kunyit hidup-aku guna serbuk
cili api-ikut tahap kepedasan korang - nak pedas boleh tambahkan
CARA2:
1.Panaskan sedikit minyak.Tumiskan bahan2 kisar dan serai,tumis hingga naik minyak
2. masukkan santan,nanas dan asam keping.Biar mendidih sikit pastu masukkan ikan,daun kunyit garam dan perasa.Kuah perlu dikacau selalu.
3. Last sekali masukkan tomato yang dibelah 4.Boleh tutup api.Sedia untuk dimakan.Api jangan kuat sewaktu memasak sebab takut nanti kuah berkepala.. tak cantik.Lagi satu kalau ikutkan mak aku..dia main lebur je semua dalam periuk..tak perlu gunakan minyak untuk tumis dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan