Rabu, 28 Disember 2011

Nasi Serai Dan Ayam Masak Kuzi

Asyik bertangguh je nak masak nasi serai.Dah banyak kali telan air liur bila terpandangkan di blog2 diorang tayang nasi serai ni.Dengan penuh semangat akhirnya aku berjaya juga merajinkan diri dan ternyata sangat2 berbaloi sebab memang sodapppp wehhh nasi serai ni.Aku layan pulak dengan dalca dan ayam masak kuzi.Tak ingat diet kejap..punah diet aku tak makan nasi sebulan.Akhirnya terjamah juga nasi..tapi dapat control jugalah.Janji lepas kempunan kannn.Resepi ni aku ambil dari blog sinar kehidupan


Dalca , Nasi Serai dan Ayam kuzi.Acar takde kali ni

NASI SERAI

- 4 cwn beras (saya guna beras Faiza monghul basmathi, cuci dan rendam 20 minit)
- 6 cawan air
- 1 labu bawang besar ~ didadu kecil
- 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
- 2 helai daun pandan
- 1 btg kayu manis
- 2 bj buah pelaga
- 1 kuntum bunga lawang
- 5 btg serai ~ dititik/ketuk
- 2 kiub pati ayam-
- garam
- 3 sudu besar minyak sapi

CARA2
  1. Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
  2. Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  3. Masukkan serai dan kacau lagi.
  4. Goreng lagi hingga wangi dan masukkan beras.
  5. Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
  6. Masukkan kiub pati ayam dan garam. Masukkan semua kedlm rice cooker dan on kan.
  7. Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
  8. Bila nasi dah masak gemburkan sedikit guna chopstick, jngn kacau lama2 bagi mengelakkan nasi patah2.
ayam masak kuzi

Bahan A
- 1 ekor ayam- di potong 12, cuci dan toskan
- 3 ulas bwng putih tumbuk dan sedikit kunyit utk goreng ayam
- 3 sudu besar minyak sapi
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan kismis hitam
- 1 1/2 cawan bawang goreng
- 1/2 cawan badam cincang
- 3 sudu makan tomato puri
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk goreng ayam
Bahan Kisar
- 20 tangkai cili kering/ 1 cawan cili kisar
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 3 biji buah keras

Bahan B (Rempah Kuzi )
- 2 sudu makan ketumbar*
- 1 sudu makan jintan manis*
- 1 sudu makan jintan putih* (* di sangai dan kisar kering)
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 btng kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 1 kuntum bunga lawang
- 5 tangkai bunga cengkih

Cara Memasak
  1. Bersihkan ayam. Gaulkan garam , kunyit dan bawang putih tumbuk. Goreng hingga kekuningan pada kedua-dua bahagian dan angkat.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk, masukkan semua bahan A , bahan kisar dan bahan B.
  3. Tutupkan periuk dan masak dengan api yang kecil. Masak hingga ayam empuk.
  4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Boleh tambah buah tomato yg di belah 6.
  5. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
  6. Sedap di makan bersama nasi kegemaran.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...