Sekejap je masa berlalu.Pejam celik dah tahun 2012..umur pun makin bertambah.Di qatar pada masa sekarang masih musim sejuk lagi tapi dah tak terlalu sejuk macam bulan lepas.Takde idea aku nak menulis arini..otak agak kosong ,ermmm mungkin sebab tak sarapan lagi kot.Oklah layan gambar2 tak seberapa semasa diadakan perlawanan futsal di kalangan rakyat malaysia yang tinggal di Qatar.Sempena perlawanan tu juga,diadakan pasar malam.Makanan macam2 dijual..bolehla hilang rindu pada pasar malam malaysia.Aku tak beli banyak sangat sebab harga yang dijual..adoiii boleh dikatakan mahal.so terpaksalah agak memilih dan beli yang betul2 rasa nak makan.Rasa...tak berani nak kata lebih2..terpulang pada tekak dan selera masing2 kot.Ramai juga warga2 malaysia yang datang..syok gak sesekali jumpa reramai camni.Laki aku dia macam biasalah..wajib masuk bertanding sebab memang kaki bola.Team my hubby dapat no 2..Pasukan lawan dia lebih muda dan bujang2 lagi.Team laki aku ni,semuanya dah kawin..umurpun semua 30 ke atas.Takpelah no 2 pun..main suka2 je untuk mengeratkan hubungan. banyak juga aku membebel..he..he..oklah jom layan gambar pulak.Aku guna hp dan kamera digital biasa jer...
Yang tudung hitam tu..kak syam.busy dia sebab ramai serbu gerai.Aku beli kebab ayam (sedap wehhh) dan kue teow yang belum dimasak.Macam2 dia jual.murtabak,laici kang,air soya,mee goreng dan aneka kuih talam.
Haaa ni gerai kak idah.Gerai yang mula2 sekali makanan licin.Dia memang femes dengan sate.Selain sate,dia jual kue teow dan mee goreng.
Di tengah2 diorang letak khemah khas untuk sape2 yang nak makan disitu.Makan2 sambil lepak2 dan gossip2.
Pasar malam tepi gelanggang futsal je.penonton ditepi padang yg terdiri dari rakyat2 malaysia.
Perlawanan sedang berlangsung.ni meja urusetia.
Ada juga gerai yang jual barang2 malaysia.
Macam2 gelagat yang membeli
Team laki aku sedang beraksi.
Ni lah my laling tercinta.cehhh badan makin tough sejak2 masuk gym ni.takleh jadi..aku kena lawan ni.dia nak gemuk..aku nak kurus.kita tukar ye laling...ha..ha..
sesekali berjumpa..macam2 nak diceritakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan