Isnin, 30 Januari 2012

MAMA ...DALAM SYURGA ADA APA?

MAlam tadi,2 beradik bergaduh..Last2 adik ambil remote tv baling kepala along.Kesian along..bengkak kepala dia.Nangis teruk along..mama pergilah pujuk.Teresak esak dia bagitau tak mau kawan adik."mama..adik jahat.nanti along pukul dia".cakap je tu..padahal adik belasah dia teruk2..jarang dia balas sebab sayangkan adik."along...adik tak jahat,tapi naughty sikit je.tak baik pukul adik..nanti berdosa masuk neraka".Along terus tanya..neraka tu apa mama?.Cammanalah nak terangkan dalam ayat mudah untuk budak2 ye.AKu pun bagitau..along,dalam neraka ada fire...hot sangat fire tu.kalau along buat jahat,nanti hari2 along kena fire yang hot tu..sakit sangat2.So..along takleh buat jahat.Kalau along baik nanti along boleh masuk syurga."Mama..syurga tu apa?".."Syurga tu..tempat untuk orang baik2 la along..best kat situ"..Last2 soalan cepumas anak aku keluar."Mama..dalam syurga ada apa?".Cammana aku nak cerita bagi semangat untuk dia berbuat baik .Kalau cerita panjang2 bukan budak baru 7 tahun faham pun.Dengan nafas yang cukup panjang aku lepaskan "Along..dalam syurga tu,syokkk sangat.Along boleh main game,makan yang sedap2,main2 dari pagi sampai malam dengan adik dan along takkan kena marah.Situ semua orang sayang along tau"...Wahhh sengih2 anak aku.Terus jawab nak jadi budak baik dan taknak pukul adik.Terus dia lari keluar bilik pastu ajak adik main.Hmmm selesai satu bab..Mesti ada orang cakap aku ni bagi penerangan salah.Yuppp memang salah tapi itu jelah penerangan yang bebudak kecik paham.Insyaallah bila besar nanti diorang akan tahu sendiri.Yang penting dia seronok jadi baik...

Published with Blogger-droid v2.0.3

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...