Salam pagi isnin.Beberapa hari aku tak dapat nak masukkan entry baru disebabkan kesihatan yang kurang mengizinkan.Harini pun masih selesema dan batuk yang agak teruk.Habis satu family kena penyakit yang sama.Cuaca masih takde perubahan..pagi2 kalau bercakap,ada ler asap keluar.Lepas hantar along sekolah..cepat2 lari masuk rumah.Sejukkkk..Jom layan menu yang best ni..Sejak dua menjak ni..kat umah ni,banyak pula stok udang.Puas ngintai resepi di blog2 orang.Last2 aku terjumpa resepi di
blog kak dayang....Wallaaa..tak sedar kejap je licin makan udang ni.Jom cuba...try..test
UDANG BLACKPEPPER
1/2 kilo udang segar (dibersihkan)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 cm halia (dihiris)
1 labu bawang besar (dimayang)
1-2 sk serbuk lada hitam
1-2 sb kicap pekat
1 sb sos tiram
2 sb kicap manis
sedikit hirisan daun ketumbar -X isi
4-5 biji cili padi (diketuk)-aku tambah cili merah dan capcicum
1 sb madu + 50 ml air + 1 sb jus lemon (dibancuhkan)
1 sudu makan sos cili
Cara-cara : Gaulkan udang bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 30 minit. Sediakan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga perang. Kemudian masukkan bwg besar dan sos tiram. Kacau sebati. Kemudian, masukkan udang, kicap manis, cili, sos cili dan daun ketumbar. Gaul2kan. Setelah udang 1/2 masak, tuangkan bancuhan madu tadi. Kacau hingga masak. Boleh tambah garam jika perlu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan