Ooooo yehhh..aku suka sesangat sebab winter dah datang.Syok giler wehhh sebab boleh merayap keluar rumah dengan seronoknya.Dah seminggu aku mulakan aktiviti berjogging(takdelah lari2 tapi jalan laju2 sambil tolak stroller adam).Bila badan dah menggebusss barulah insaf nak mengeluarkan peluh.Harap2 kali ni azam nak kurus tak separuh jalan.Bila masuk musim sejuk ni..maghrig memang makin awal ler.Sekarang ni dalam 5.10 dah maghrib.Pukul 4 petang dah mula gelap...kalau pukul 5,memang dah gelap sepenuhnyalah.Pagi2 pun sekarang dah mula berkabus.Sejukkk..syokkk wooo.
Pagi ni aku buat sarapan yang masa aku kecik2 dulu memang mak suka sangat masak.Bahasa biasanya dipanggil lempeng kelapa tapi kalau family aku di kampung..diorang panggil lempeng nyoq/tempek nyoq.Sarapan yang dari dulu sampai sekarang tetap menjadi pilihan ramai orang.Masa kerja di kuantan dulu..aku suka makan lempeng kelapa yang di restauran depan padang bola dekat masjid besar kuantan tu.Alaaa masjid dekat dengan wisma negeri tu.Restauran tu dia memang khas jual lempeng kelapa..pagi2 penuh orang makan lempeng kat situ.
Aku suka buat garing2 sikit..baru ada ummmm.Pastu cicah ngan sambal ikan bilis.Laki aku belasah 2 ketul sebelum pi keja.Aku???tak kira lagi sebab tengah membelasah la ni sambil2 nengok komputer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan