Isnin, 14 Mac 2011

TEPUNG GOMAK/KUIH HABUK HABUK

Salah satu kuih peberet aku dari kecik2 lagi.Dari dulu..kini..dan selamanya memang menjadi pujaanku.Kuih ni aku gentel2 malam tadi...pastu pagi aku rebus je dan golekkan dalam tepung kacang hijau.Ikutkan hati malas nak buat sebab abang tak makan..pelik bagi dia kot sebab tak pernah jumpa di sabah.Entah kenapa,dua tiga hari ni..teringin sangat nak makan tepung gomak ni.Malam tadi tahap keinginan dah tak boleh tahan..terpaksalah buat juga.Melampaukan nafsu makan ni.Kuih ni mak aku panggil kuih habuk2.Teringat masa kecik2 dulu ..aku panggil kuih ni suci dalam debu sebab masa tu lagu kumpulan iklim tengah popular.Kalau korang usha di blog2..kuih ni banyak versi intinya.Tapi aku dari kecik dah biasa jumpa inti kelapa je..so inti2 lain memang aku tak layan.Tak kena dengan selera aku...
TEPUNG GOMAK/HABUK HABUK
BAHAN2
2 cawan tepung pulut
secubit garam
air-secukupnya
tepung kacang hijau secukupnya-untuk menggolek
INTI
1 biji kelapa parut
1 keping gula melaka/3 sb gula merah
1-2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil tepung gandum
*gula tu boleh agak2 kemanisannya.Saper tak suka manis boleh kurangkan sukatan gulanya.
-Masak gula merah/melaka dan putih sehingga gula larut.Masukkan kelapa parut..kacau sebati.Nampak macam kering2 sikit..masukkan tepung gandum.Kacau sekejap sampai kering(jangan kering sangat..biar nampak lembap2 sikit baru sedap).Angkat dan sejukkan.

CARA2
-Campurkan/gaul tepung pulut dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang boleh dibentuk..jangan terlalu lembik.Sama macam aduanan nak buat buah melaka/onde2.
-Ambil sedikit adunan..bulatkan dan kemudian leperkan.Masukkan inti dan dibulatkan serta ditekan leper sedikit.Ulang proses yang sama sehingga habis.
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih dan masukkan adunan yang telah siap dibentuk tadi.Apabila timbul..angkat dan toskan (macam proses buat buah melaka/onde2).Golekkan dalam tepung kacang hijau..siap dimakan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...