Isnin, 28 Mac 2011

LABU MASAK LEMAK CILI API

Masakan yang cukup ringkas dan senang je.Semua main lebur je dalam periuk.Labu ni kalau sesape yang banyak angin dan sakit urat tu...boleh pandang je lah kot.Macam aku ni..memang takde apa2 pantang.Semua main belasah je makan..alhamdulillah takde apa2.Sesape yang 'alah' dengan labu ni tapi teringin nak makan..cubalah isi lada hitam sikit. LABU MASAK LEMAK CILI API

BAHAN2

Labu-1/2 biji (potong kecil)

cili api-6 biji-tumbuk

santan

serbuk kunyit

3 biji bawang merah-tumbuk

1 sudu teh lada hitam-tumbuk

serai-x isi pun ok (ketuk)

sedikit ikan bilis

garam dan perasa

sedikit air/santan cair

CARA2

-masukkan air/santan cair,labu,serai,serbuk kunyit dan bahan2 yang ditumbuk kedalam periuk.Panaskan api dan biar kejap sampai labu agak empuk (jangan sampai lembik..nanti labu hancur)


-Nampak je labu tu agak empuk..masukkan santan,ikan bilis,garam dan perasa.Perlahankan api supaya santan tak 'berkepala'..biar mendidih kejap.Nampak labu tu empuk je..tutup api.siappp

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...