Khamis, 3 Mac 2011

BINGKA ROTI BERLAUK

Usha dari blog : kak ummi kuantan

BAHAN2 BINGKA ROTI
10-12 keping roti putih
800 ml santan
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar mentega-dicairkan
3 biji telur
garam
BAHAN2 LAUK
400 gm daging cincang/ayam
2 biji bawang besar-cincang
1 biji kentang-kupas dan dadu kecil
1 biji lobak merah-dadu kecil
2 ulas bawang putih-tumbuk halus
1/2 inci halia-tumbuk halus
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
500 ml air
serbuk lada hitam-optional(aku tak isi)
garam dan perasa
BAHAN2 HIASAN (aku tak isi)
hirisan daun sup
hirisan daun bawang
hirisan cili merah
bawang goreng

CARA2
1.UNTUK BINGKA ROTI
-Panaskan oven pada suhu 190c dan lengser tin berukuran 10x10 inci.Ketepikan.
-Roti disiat siat kecil dan rendam dengan santan hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam dan kacau hingga sebati.Perasakan dengan sedikit garam dan tuang dalam tin yang telah dilengser tadi.Bakar dalam 30 minit.
2.LAUK
-Panaskan sikit minyak dalam kuali..tumis bawang besar dan bahan tumbuk hingga harum.Masukkan rempah kari,sos tomato dan sos cili.Kacau rata dan masukkan daging/ayam,kentang dan lobak merah
-Masukkan air dan masak hingga kentang serta lobak lembut.Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering.Kalau suka tambah lada hitam.Angkat dan sejukkan.
3.UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK
-Keluarkan bingka dari oven tadi.Tabur bahan lauk diatas bingka dan ratakan.Kalau boleh,baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan.Sambung membakar selama 30-35 minit lagi.Bila masak sejukkan sepenuhnya.Taburkan dengan bahan hiasan dan boleh dipotong
*aku buat untuk sarapan pagi.Tak sempat sejukkan sepenuhnya..terus je potong.Itu yang tak berapa comel bila potong.Minya dari bahan lauk dah cuba tapis tapi bila bakar kali ke2..ada juga sikit2 minyak keluar.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...