Jumaat, 4 Mac 2011

DAGING KESUMA

usha di sini : kak madiha

BAHAN2
500 gm daging lembu-hiris nipis
1 senduk kecil minyak masak
2 cawan santan pekat
1/2 sb asam jawa + 1 cwn air-diramas
1 sudu teh lada putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
2 batang serai-diketuk
2 labu bawang besar-dihiris
1 inci halia-hiris halus memanjang
3 biji cili hidup merah/hijau-belah 2 tapi jangan putus
garam dan perasa

CARA2
-Gaul daging bersama sama serbuk ketumbar,serbuk lada putih,serbuk jintan manis dan putih.perapkan dalam 15 minit.
-Panaskan minyak lalu masukkan daging yang diperap.Masak hingga daging mengeluarkan air dan agak kering.Masukkan serai,bawang dan halia...masak hingga bawang layu.
-Masukkan santan,air asam jawa,garam,perasa dan gula(jika suka).Lalu masak hingga kuahnya pekat.Last sekali masukkan cili hidup merah/hijau dan kacau2 sebentar.Boleh dihidangkan.

*kalau korang perasan..semua pinggan aku takde yg kaca..sebabnya asyik hancur dihempas anak2.So..jalan selamat,pakai yang tak mudah pecah selagi bebudak ni belum besar dan cerdik..he..he..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...