Jumaat, 11 Mac 2011

AYAM GORENG KUNYIT

sumber sini

BAHAN2
300 gm isi ayam
1 ct serbuk kunyit
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji lada merah
1 ct sos ikan
1 ct tepung jagung
1/2 ct garam
4 batang kacang panjang/1/2 batang carrot
1 cawan minyak masak

CARA2
-Isi ayam dipotong dadu/kecil.Perap isi ayam bersama sama sos ikan,serbuk kunyit,garam dan tepung jagung.
-Potong kacang panjang sepanjang 1 inci(sama juga dgn carrot).Bawang besar dihiris tebal2.Lada merah dihiris memanjang tebal.
-Masukkan minyak,ketuk bawang putih dan tumis sebentar sahaja.
-Masukkan ayam yang telah diperap.Kacau goreng dengan api yang besar selama 10-15 saat sehingga ayam garing.
-Kecilkan api,masukkan bawang besar,lada merah,kacang panjang/carrot.Kacau gaul lagi sekejap.Toskan minyak..sedia untuk dihidang
*Tujuan menggoreng ayam menggunakan api yang besar adalah supaya ayam garing diluar tetapi lembut dan berjus didalam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...