Masukkan dulu entry ni sementara tunggu along balik sekolah.Jap lagi nak buat kek gulung kasih kak dayangjack.Tengok je gambar kat entry kak dayang tadi..terus jatuh cinta.Hero 2 orang tu pulak memang hantu kek.Harap2 menjadilah..layan resepi ringkas ni.Kadang2 buntu tak tahu nak masak apa terutamanya untuk along.dia cerewet sangat2.Banyak yang tak makan dari makan.Ikan susah sangat nak sentuh..setakat ni yang dimakannya ikan merah dengan kerapu je.Harap2 besar nanti dia berubah..kalau tidak susahla along nak masuk asrama.Oh ya..hari ni cuaca di alkhor,qatar macam pelik sikit.Sepatutnya dah masuk musim panas tapi tetiba harini angin kuat dan sejuk.Cuaca pun macam mendung...Berdebar juga sebab teringatkan banyak bencana sekarang ni.Rumah aku betul2 tepi laut ni.Harap2 dijauhkanlah dari segala malapetaka.Insyaallah.
SOSEJ MASAM MANIS
BAHAN23-4 sosej-rebus kejap,toskan dan potong 3
nanas-hiris dadu
lobak merah-potong memanjang
lada benggala/lada merah/lada hijau
limau nipis/lemon-perah ambil jus
1/2 biji bawang besar-potong dadu/cincang
2 ulas bawang putih-cincang halus
sedikit halia-hiris memanjang halus
1 kiub ayam
1 sb sos tiram
1 sb sos cili
2 sb sos tomato
CARA2-Panaskan sedikit minyak.Tumis halia,bawang putih dan bawang besar sampai layu dan berbau harum.
-Masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram...kalau nak berkuah boleh tambahkan sedikit airKacau rata dan masukkan pula kiub ayam, nanas,lobak merah dan lada benggala.Akhir sekali..masukkan sosej yang telah direbus tadi dan jus limau nipis/lemon.Kacau rata.Rasa..kalau kurang masin tambahkan garam.Siap..ringkas dan mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan