Rabu, 16 Mac 2011

BENGKANG TUMIS

Pertengahan bulan 3 tetapi di qatar masih sejuk.Kebiasaannya tahun2 sebelum ni..penghujung bulan 2 dah muncul musim panas..oklah tu,tahun ni lama sikit sejuknya.Sehari dua ni angin dan debu teruk sangat2.Balkoni pagi sapu..tak sampai 2 jam..tebal seinci balik dengan debu.Oleh kerana itulah aku biar je balkoni tu..males nak basuh lagi.Tunggulah sandstorm ni berkurangan sikit.Bengkang tumis ni memang salah satu kuih wajib aku suruh mak buatkan bila balik kampung,Kalau yang mak buat..fuhhh tak sedar makan banyak.Sedappp sangat sangat bagi tekak aku.Aku buat taklah sesedap mak..tapi sape2 yang takut dengan lemak2 dan tengah diet..takyahla makan.Penuh dengan lemak dan berminyak..tapi bagi aku yang lemak2 ni lah sedap.Ha..ha..ha..itulah penyebabnya badan payah benar nak turun.Kali ni bengkang aku kurang cantik sikit sebab kuih belum sejuk aku dah potong pastu bawang tak berapa naik atas sebab aku guna api terkuat sikit.Puncanya adam meragam ..aku terlambat bakar kuih ni.Tengok jam abang dah nak balik kerja..apa lagi,kelam kabut naikkan suhu oven dan nampak suam sikit je..potong terus.

BAHAN2
10-15 biji bawang merah-hiris nipis2
1-2 sudu besar minyak masak
10 helai daun pandan(diblender dgn 1 cawan air..tapis)
3 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
secubit garam
pewarna hijau-optional.Aku tak isi
CARA2
-Campurkan semua bahan kecuali bawang merah dan minyak masak.Kisar dengan blender sampai sebati.Tapi kalau rajin macam aku..he..he..masukkan semua bahan kecuali bawang merah dan minyak dalam bekas pastu gaul dengan tangan sampai sebati dan hilang ketul2.Ni cara orang dulu2..ketepikan.
-panaskan minyak..goreng bawang sampai kekuningan tapi jangan terlalu garing.Tutup api pastu tuangkan bawang goreng beserta minyak kedalam loyang.
-Ambil adunan tepung tadi..tapiskan.Masukkan adunan dalam loyang berisi minyak dan bawang goreng.Bakar dalam oven 150 celcius sampai adunan nampak perang/garing.
*Adunan ni memang cair sikit..mak aku kata biar lekat ditangan je.Bengkang ni lembut dan lebih berlemak daripada kuih bakar.Pastikan betul2 sejuk baru potong
*Api oven jangan terlalu kuat sebab nanti bawang goreng tak naik keatas keseluruhannya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...