Selasa, 29 Mac 2011

CREAM PUFF/PASTRI CHOUX



ADUNAN PASTRI CHOUX
Sumber : Chef Noraini Sidek



BAHAN-BAHAN:

250ml air 125gm tepung gandum

secubit garam

100gm mentega

3 biji telur

1/2 tsp gula castor

CARA-CARA:

1. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

2. Masak air, mentega dan gula hingga mendidih.

3. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.

4. Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.

5. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan rata. Adunan mesti kelihatan berkilat. Boleh juga menggunakan mixer eletrik.

6. Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle pilihan samada open star atau bulat biasa pun ok.

7. Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis dan bakar pada suhu 200 darj cel selama 20min - 25min.

8. Sejukkan pastri choux di atas dawai penderai. Pastri choux yang telah siap, kita belah di bahagian tengahnya tapi jgn sampai putus dan kita isikan filling. Terpulang kepada kita sama ada hendak isikan cream custard, whipping cream, coklat ataupun cream custard berperisa yang lain-lain.


CREAM CUSTARD

BAHAN-BAHAN:

1 tbs tepung gandum

1 tbs tepung jagung

3 tbs gula castor

1 cup susu segar

1 biji telur gred A

1 tbs mentega

CARA-CARA:

1. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.

2. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.

3. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil-bintil.

4. Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat.

5. Isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dalam pastri choux yang telah dibelah tadi.

1 ulasan:

EvaNatasha berkata...

Salam..nak tanye..sukatan cream puff ni untuk berapa biji yer?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...