Khamis, 3 Mac 2011

TERINGAT ARUAH ABANG...

Aku baru terbaca entry dari mizwa tentang kehilangan ibu tersayang.Ya Allah menitis tetiba air mata ini mengingatkan sesorang.Aku betul2 rindukan abang tersayang.Dia satu2nya abang yang aku ada..insan yang teramat rapat dengan aku.Sejak dari kecil aku satu2nya adik yang amat manja dan terlalu rapat dengan dia berbanding yang lain.Segala masalah dan rahsia aku curahkan pada dia kerana dia pendengar yang amat setia.Apabila aku bercerita dia akan diam khusyuk mendengar sampai habis tanpa mencelah sedikitpun.Bila aku sedang bercerita dia akan hanya memandang wajahku.Setelah aku habis bercerita baru dia akan bagi nasihat atau meluahkan pandangan.Rahsia???jangan risau kerana dia takkan pecahkan walupun kepada mak abah dan isterinya.Selepas habis belajar aku tinggal dengan abang di pandan jaya.Dengan menaiki motor awal2 pagi dia sanggup hantar aku bekerja di Pos Besar Shah Alam dan selepas itu dia berpatah balik ke tempat kerjanya di Kelana Jaya.Petangnya ambil aku..itulah rutin harian dia hari2.Sedikitpun dia tak pernah merungut..Banyak kenangan sewaktu kami tinggal di KL.Sama2 basah ditimpa hujan..motor buat hal..panas terik..biasalah kan sebab kami tinggal di kl dan aku jauh bekerja di Shah Alam.Abang sanggup bersusah payah dari membiarkan adik kesayangannya ini menaiki kenderaan awam sorang2.Sampai akhir hayat aku akan kenang pengorbanan dan jasa baik aruah.Masa aku kahwin..dialah orang paling kelam kabut.Terima kasih abang.Teringat sebelum abang meninggal dunia...2 minggu sebelum kematiannya tiba2 aku bermimpi ada jenazah diusung masuk kedalam rumah di kampung.Bangun tidur tetiba aku berdebar debar.Ya Allah..takut aku memikirkan jenazah siapa kerana mimpi aku sering menjadi kenyataan.Aku cuba lupakan mimpi tu.Pada hari kematian aruah..aku baru sampai dipejabat (masa ni aku bekerja disalah sebuah jabatan kerajaan dikuantan).Baru je aku duduk dikerusi tetiba adik call dengan suara tersekat sekat macam tengah menangis. "Hello kak li..abang lah eksiden..dia dah takdak" ..aku masih mampu ketawa "ishhh hang ni caah..jangan buat lawak pagi2 ni..malam tadi kak dengaq sora dia" tetiba esakan adik aku makin kuat "betui kak li..demi Allah ceq tak main2.abg lah meniggal pagi tadi..mayat ada kat hospital bentong lagi" Ya Tuhan..dugaan apakah ini.Mata aku rasa gelap dan tanpa sepatah kata aku terus minta izin untuk cuti.Kawan2 bertanya tapi aku tak mampu lagi nak bercakap.Terus aku drive keta pergi taska ambil along dan balik kampung.Pada waktu tu suami aku berapa di qatar dan aku seorang diri tinggal diKuantan.Syukur aku masih ada kekuatan untuk memandu keta.Dalam perjalanan aku tepon suami di qatar dan bagitau apa terjadi..dia pun terkejut sangat2 dan suruh aku hati2 memandu ..Hati2???masa memandu fikiran aku entah kemana..air mata mengalir laju dan bayangkanlah biasanya hampir 4 jam baru sampai kampung..aritu 2 jam aku dah ada kat kampung.Masuk rumah jenazah belum sampai..dalam sejam pastu barulah van yang membawa jenazah sampai.Lembik lutut aku..masa jenazah dimandikan aku hanya mampu membaca yassin.Selepas selesai..ahli keluarga dibenarkan melihat jenazah.Hilang tiba2 tangisan aku melihat wajah aruah..tersenyum seprti sedang tidur.Semua orang yang melihat terkejut..Subhanallah betul2 senyuman macam dia masih hidup.Abang periang dan kaki lawak orangnya.Dia suka sangat membantu orang tua..dia memang kuat ketawa.Kalau ada kematian..dialah orang pertama membantu gali kubur.Alhamdulillah masa pengkebumia dia..berebut rebut orang sambut jenazah dia sampai imam suruh separuh keluar dari kubur sebab ramai sangat.Teringat mak cerita..abang sebelum kematiannya sempat tolong gali kubur untuk jiran kitorang..dia bagitau kubur yang dia gali tu luas sangat.Mak kata mengarutlah..padahal rupa2nya yang luas itu adalah untuk dia.Memang banyak perubahan abag..kerap terlupa..kadang2 pakai baju terbalik..mula menyendiri dan tetiba jadi pendiam.Susah nak bercakap dengan dia..rupa2nya itu petanda dia nak pergi.Kalau lihat luaran memang takde kecederaan tapi abang meninggal sebab tulang rusuk dia patah dan tulang tu menyucuk organ dalaman dia.Sebulan selepas kematian dia,aku datang ke Qatar.Abah selepas kematian abang tiba2 jatuh sakit dan sehingga sekarang tak mampu berjalan sangat.Itulah satu2nya anak lelaki abah.4 tahun berlalu..abah masih tak mampu pergi kubur aruah.Aku redha dengan kematian dia tapi amat rinduuu....Al fatihah untuk abang..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...