Isnin, 7 Mac 2011

KARI IKAN

Masakan yang agak ringkas harini..kari ikan dan sambal belacan.Petangnya aku terajin sikit..mee udang yang mendapat pujian dari abang.Sedappp katanya.Resepi mee udang aku masukkan kemudian.Kari ni..aku main agak2 je sebab dari kecik dah biasa buat pastu masakpun main campak2 je.Ye lah..mak aku ajar masak2 takdenya dia bagi sukatan.Tengok je dia masak pastu kita agak2 jelah banyak mana bahan2 nak isi.Itulah rahsia orang dulu2..tapi walaupun campak2 tanpa sukatan..masakan orang tua kita memang sedappp.

KARI IKAN

BAHAN2
3 ekor ikan kembong/apa2 jenis ikan lain
3 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
sedikit halba campuran
daun kari-takde stok
rempah kari ikan-campur dgn sedikit air
asam jawa-ramas dengan sedikit air
1 sudu cili kisar-optional
garam dan perasa
santan
1 biji tomato-belah 4
bendi/timun sayur
minyak masak

CARA2
-Panaskan minyak pastu tumis bawang merah,bawang putih dan halba campuran.Biar sampai berbau harum pastu masukkan setangkai daun kari dan cili kisar(untuk sape suka pedas macam family aku).
-masukkan rempah kari yang telah dicampurkan dengan sedikit air.Tumis sampai rempah agak garing dan wangi ..bolehlah dimasukkan air asam jawa.Renehkan dengan api perlahan.Biar sampai pecah minyak .Nampak je dah pecah minyak.. masukkan santan.Masukkan juga ikan,bendi/timun sayur,garam dan perasa.
-Bila kuah dah agak mendidih dan ikan pun dah masak,masukkan tomato.Biar jap..bolehla tutup api.Kalau nak kari bertahan lama,rempah pastikan betul2 masak.


Yang ni pulak saja selingan.Anak2 aku suka sangat tengok keretapi candy ni.Macam2 jenis gula2 dia jual..Cantikkan keretapi ni..menarik perhatian pelanggan.Kreatif betul

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...