Khamis, 10 Mac 2011

TAU SAR PIAH

Yeeeeesssssss...berjaya juga akhirnya.Asyik bertangguh je nak buat kuih kegemaran aku ni..semalam walaupun adam meragam,aku tak kira..nak buat juga.Air liur dah meleleh tengok gambar kat blog kak madiha.Buat tau sar piah ni taklah terlalu susah tapi disebabkan halangan2 tertentu..mengambil masa hampir satu hari menyiapkannya.Pagi2 buat inti..masa tu lah adam merengek rengek minta dukung..aku pun sebelah tangan dukung pastu sebelah lagi mengacau inti (udahlah badan dia berat..adoiii)Dah siap inti dia mengamuk ajak tengok tv...ingatkan pastu oklah.Tinggal jap adam tengok tv..akupun pergilah uli doh.Sedang uli doh..adam terkedek kedek datang dapur nak uli sama..hu..hu..habis banyak juga adunan aku dia kerjakan.Takpe..aku kan penyabar..he..he..Baru siap adunan doh air,adam mengamuk nak tidur.Alhamdulillah lepas dia tidur..sempatlah aku nguli doh minyak pulak.Tengok2 jam dah lewat..masak makan tengah hari dulu.Pastu turun jemput along balik sekolah..masuk rumah je,adam dah bangun tidur.Lepas selesaikan makan tengah hari bebudak ni..aku sambung balik buat tau sar piah.Tengah asyik menggelek doh..bebudak ni bergaduh berebut mainan la pulak.Macam biasa,along yang menangis sebab adik pukul dia dengan kereta.Si kecik tu memang brutal..abang pulak kuat mengalah dan manja.Ini betul2 menguji kesabaran.Terpaksalah berenti jap buat kuih..pastu sibuk pulak buat makan petang.Hu..hu..last2 lepas maghrib baru siap membakar.Nasib baik menjadi..kalau tak mesti aku yang menangis sebab kuciwaaa.Walaupun lama proses..tapi doh takdelah keras sebab aku letak tuala lembab kat atas doh tu..ha..ha..sorrylah banyak pulak membebel kali ni.Nak tengok langkah demi langkah boleh usha kat blog kak madiha..akak saya dah tolong bahasa melayukan secara ringkas..tima kasih resepi yang best ni.

Sumber:usha blog kak madiha

TAU SAR PIAH
A)Doh minyak
250 gm tepung gandum
70 gm shortening
70 gm minyak masak
B)Doh air
500 gm tepung gandum
130 gm minyak
130 gm shortening
1 sudu teh gula
200 gm air
1 sudu teh jus lemon(optional)-aku tak isi
*adunan agak lembik..aku tambah tepung
INTI
200gm minyak
18 biji bawang merah-hiris nipis,goreng dan hancurkan
330 gm gula
3 1/2 sudu teh garam
3 sudu teh lada sulah
600 gm kacang hijau tanpa kulit
1 sudu teh kulit lemon-parut/cincang halus(aku tambah)
LAIN2
3 sudu makan bijan panggang-aku guna bijan biasa je
1 biji kuning telur
CARA2
-Rendam kacang hijau semalaman.Kukus hingga lembut dan lenyek sampai hancur atau kukus pastu kisar kacang sampai hancur.
-Masukkan gula,garam,lada sulah dan parutan kulit lemon dalam kacang yang telah dihancurkan tadi.
-Panaskan minyak,goreng bawang sampai garing dan ramas(jangan terlalu hancur).Keluarkan bawang dan ketepikan
-Masukkan Adunan kacang tadi kedalam kuali dan masak/goreng sampai agak kering(boleh buat bebola)Matikan api dan masukkan bawang goreng tadi dan gaul rata.Setelah inti sejuk,bulat2kan inti kepada 16 gm sebiji sebanyak 100 biji
-Campurkan semua bahan2 untuk doh A dan rehatkan 20 minit (aku tutup doh dengan kain lembap).Bahagikan doh kepada 100 biji
-Adunkan doh B hingga sebati,rehat 20 minit dan bulatkan kepada 100 biji bebola kecil.
-Ambil sebiji doh B,leperkan dan letak sebiji doh A ditengah tengah.Balut doh A dengan doh B untuk satukan kedua dua doh.Gelek hingga leper..kemudian gulung dan buat proses yang sama sebanyak 3 kali
-Akhir sekali gelekkan sampai leper dan masukkan inti..bulatkan.Buat proses yang sama hingga habis semua doh.Langkah demi langkah boleh tengok disini.
-Sapukan kuning telur dan tabur dengan bijan.Bakar 20 minit atau hingga kuning keemasan dengan kepanasan 180 celcius

2 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

serupalah ngan akak masa buat dulu.. seharian jugak dok siapkan kuih ni sbb dok selang seli ngan layan kerenah anak2 & masak2 bagai mcm sue jugaklah..heheh.. tp alhamdulillah hasilnya sgt puas hati & sedap!! makan satu nak dua, tiga, empat.. tau2 dah tinggal separuh.. anak2 ngan abg akak pun suka gak.. haii.. bilalah ada kerajinan lg nak buat kuih ni..

mekasih rajin translate tu.. apa kata akak c&p yg sue translate tu boleh? hehe..

samsulaili berkata...

biasalah ada anak kecil ni kak..tapi resepi ni memang sedap..boleh je c&p tapi ada ayat2 su pandai2 tambah..he..he..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...