Selasa, 7 Februari 2012

NASI KERABU

Layan nasi kerabu pulak..aku mengendap resepi ni di blog  hanamemories yang dah terlalu lama menyepi.Sibuk kot sejak balik malaysia.Nasi ni nampak leceh tapi bila makan..kejap je licin.Kali ni takde daging bakar sebab tak de stok daging dirumah ni.Belasah goreng ayam sebab along dia tak sentuh ikan sangat terutamanya ikan kembong.Along sangat2 cerewet dan memilih orangnya..




Utk Nasi - Aku buat nasi biru gunakan pewarna je..

3 cawan beras
4 cawan air
1 batang serai dketuk
2 helai daun limau purut-aku tambah
10 kuntum bunga talang - ditumbuk dan dperah airnya. aku x isi
sedikit pewarna biru
> Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai,daun limau purut ,air bunga talang dan pewarna biru.

Utk Sambal Kelapa/Ikan

  • 1/2 biji kelapa parut - ditumbuk sedikit
  • 2-3 ikan kembung/selayang - dipanggang/bakar
  • 4 ulas bawang merah
  • 1.5cm halia
  • 1 batang serai - hiris
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa
> tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
> kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai ngan api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.

Utk Kuah Sambal

  • *5 batang cili kering
  • *5 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 inci belacan- bakar dulu
  • *1.5 inci halia
  • 1 batang serai - titik
  • gula merah n serbuk perasa jika suka
  • 2 cawan santan
  • asam keping
  • garam
> tumbuk bahan yg bertanda *.
> didihkan santan hingga pecah minyak n pekat.
> masukkan bhn tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
> didihkan lagik hingga kuah agak2 pekat n kering.
> suaikan rasa dan angkat.

Utk Solok Lada

  • 10 biji lada hijau - potong jgn putus n buang biji
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1.5 cm halia
  • lada itam skit
  • 2-3 ekor ikan kembung - ambil isi sahaja(aku bakar dulu)
  • sedikit garam,gula dan perasa
> Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
> tumbuk lagik hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak. *hana rebus ngan santan jer!

Utk Daging Panggang - bleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka

  • daging lembu gred A @ daging btg pinang
  • garam
  • lada hitam
> gaulkan daging dengan garam n lada hitam
> panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau hingga daging masak. jgn lama sgt nnti tak juicy!

Ulam-ulaman & bhn lain

  • kacang panjang
  • taugeh 
  • timun
  • daun kesum-x de
  • kubis
  • telur masin
  • keropok ikan
  • sambal belacan
Ikan celup tepung
tepung beras
air kapur
air
kunyit
garam

1 ulasan:

Irfa berkata...

rajinnya..saya yg asal dr negeri nasik kerabu ni pun tahu makan je tp x penah buat pun..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...