Khamis, 2 Februari 2012

BUTTER PRAWN........

Alhamdulillah..rezeki lebih sikit bulan ni.Rezeki anak2..syarikat husband bagi duit ganjaran untuk 5 tahun bekerja.Disini setiap 5 thn..company akan bagi duit imbuhan atas kesetiaan kita.Jumlahnya..tak perlu aku nyatakan.Aku cakap pada husband..apa kata kita tinggal sini lagi 5 tahun...he..he..bukan senang nak dapat duit sebanyak itu.Rezeki bulan ni..duit tiket..duit ganjaran..duit bonus dan kenaikan gaji.Alhamdulillah,semua pemberian dari Yang Maha Esa.Orang Qatar lagi untung.Tahun ni kerajaan bagi diorang kenaikan gaji 60%.Aku ULANG...60%.Untung dapat pemerintah macam qatar ni kan...kitorang orang luar ni,kenaikan tak sampai 5%.Oklah tu janji naik juga walaupun sikit.Kalaulah malaysia macam ni..fuhhhhh berdesup kitorang terbang balik malaysia.Tapi rasanya umpama mimpi dalam mimpi kot..he..he..Qatar memang sangat2 utamakan orang dia.Contoh kerja sama je jawatan dgn laki aku tapi dia punya gaji 3 kali ganda lebih.Dahla kerja bukannya buat sangat.Datang lewat tapi balik awal..hemmmm..takpelah,negara diorang.Melalut pulak citer panjang2.Jom layan resepi butter prawn versi lain pulak.Aku suka resepi ni sebab ada isi rempah kari.Korang boleh jenguk blog ni sebab dia siap buat penerangan bergambar lagi.


BUTTER PRAWN
Tak berapa cantik..tapi bolehla kan.Namanya baru belajar kannn


BAHAN2

4 biji kuning telur
100 gram butter
1 sudu serbuk kunyit
500 gram udang-buang kepala dan bersihkan
4 ulas bawang putih-cincang halus
6-10 biji cili api-potong kecil2
3 pelepah daun kari-takde stok.aku ganti daun kunyit hiris halus
1 sudu serbuk kari daging
5 sudu susu cair/fresh milk
garam dan gula secukupnya

CARA2:
-Kuning telur dimasukan dalam bekas.Pukul kejap je..sebab kalau pukul lama nanti hancur.
-Panaskan kuali dengan api sederhana..masukkan butter.Apabila butter cair,masukkan kuning telur.Tuang telur dari jarak yang tinggi (resepi asal ada tunjuk caranya secara bergambar) dan tuang sikit2 secara berterusan.Kacau seperti membuat putaran.Setelah kesemua telur habis dituang..baru berhenti kacau.
-Masukkan pula 1 sudu serbuk kunyit dan kacau sama rata.Selepas telur berwarna kuning keemasan..matikan api dan angkat  dengan menggunakan penapis besi.Lebihan butter cair tu dibuang.
-Panaskan kuali..masukkan 4 sudu minyak masak.Setelah minyak panas,masukkan bawang putih dan cili api.tumis hingga naik bau.Masukkan 1 sudu serbuk kari daging dan sedikit air.Masak hingga naik minyak.Masukkan 5 sudu susu cair
- Masukkan pula udang,daun kari dan separuh kuning telur yang dah dimasak tadi...separuh lagi ditaburkan untuk hiasan semasa hidangan.Kacau semua bahan hingga sama rata.Masukka garam,gula dan perasa.
-Last,letak butter prawn dalam pinggan dan taburkan separuh lagi kuning telur ketasnya..siap.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...