Khamis, 2 Februari 2012

KUIH GETAS..LIAT TAPI SYOKKK

Tekak mengada ngada orang demam.Tetiba je berasa nak makan kuih orang lama ni.Dulu aku selalu sangat beli di gerai yang buka di pasar besar kuantan.Disebabkan tekak ni nak sangat makan..akupun godek2lah apa yang patut dan taraaaa..jadi juga kuih getas aku.Resepi kali ni aku ambil dari blog kak Badaria.Korang boleh jenguk blog kak badaria untuk tengok cara2 sira gula...Kak badaria siap bagi penerangan bergambar.Aku sira gula macammana buat kuih keria je.Sebenarnya banyak versi buat kuih ni.Ada sestengah orang dia hanya isi tepung pulut semata mata tapi aku kurang suka sikit sebab liat macam gigit getah.So kali ni aku cuba resepi kak badaria yang dicampurkan sedikit tepung gandum.Alhamdulillah satu pun tak meletup semasa digoreng.


KUIH GETAS




Bahan-bahannya:-
  • 250gm tepung pulut
  • 20gm tepung gandum
  • 150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
  • 130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara-caranya:-
  1. Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.
  2. Biarkan sebentar selama 10 minit
  3. Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper. 
  4. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  5. Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
  6. Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah
  7. Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.
Menyira gula kuih

Bahan-bahannya:-
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
Cara-caranya:-
  1. Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana....pastu akan nampak buih2 dari bahagian tepi merebak ke bahagian tengah
  2. Biarkan ia selama 7 minit.Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
  3. Terus matikan api dapur .Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira kedalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.
  4. Angkat kuih.Sejuk sikit boleh ngap


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...