Menu tertunggak..bistik ayam ni aku masak pada hari isnin.Semalam satu hari aku cuti memasak.My hubby bagi cuti satu hari..Semalam Qatar cuti sempena Sports day.Aku tak pergi jenjalan manapun cuma makan2 di Club dalam Community ni je.Pagi2 aku order nasi dagang dari kawan (siap buat delivery pagi2) pastu tengah harinya(nak masuk petang juga lerrr) hubby aku ajak makan di Club.Kenyang sampai malam sebab terrrrlebih makan.Next entry aku masukkan apa yang kitorang melantak dekat Club.Berbalik pada bistik ayam ni..boleh masuk list menu lepas ni.Ok pada tekak kitorang.Aku nampak resepi ni di blog kak nor secubit garam.Terus ambil resepi dan buat sebab di rumah ni memang stok ayam sentiasa ada dalam peti.Sampai buntu dah nak masak apa dengan ayam.Mehhh layan resepi ni..
BISTIK AYAM
Resepi:ovenkecil
Sumber:kak nor
Bahan-bahan perap :1/2 ekor ayam (lebih kurang 5-6 ketul)
3-4 sudu besar sos lada hitam (aku ganti sos tiram campur lada hitam ditumbuk)
2 sudu besar tepung gandum
** Ayam dibersihkan, dibasuh dan ditoskan hingga kering. Gaul ayam dengan tepung gandum dan sos lada hitam atau lada hitam biji yang ditumbuk. Perap di dalam peti sejuk selama 30 minit.
Bahan-bahan tumis :
4 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 labu bawang besar - dimayang bulat
2 inci kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga
2 sudu besar majerin
Bahan-bahan lain :
2 biji kentang - dikupas dan dibelah 6
2 sudu kecil lada hitam biji - ditumbuk
2 biji cili hijau - dihiris
3 sudu besar puri tomato
2 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
1 cawan air (250 ml)
2 biji buah tomato - dibelah 4
Sedikit kacang pis (optional)-x isi
Sedikit daun sup untuk hiasan (optional)-x de
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 memasak:
-Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng kentang hingga masak dan kekuningan. Ketepikan.
-Goreng pula ayam yang telah diperap tadi hingga 3/4 masak. Tak perlu garing. Angkat dan ketepikan.
-Kurangkan minyak menggoreng tadi sekadar cukup untuk menumis. Masukkan majerin dan biar hingga cair. Kemudian tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau dan garing.
-Masukkan lada hitam tumbuk, puri tomato, kicap masin, kacap manis dan sos cili. Kacau rata. Masukkan air.
-Masukkan ayam goreng dan kentang goreng tadi. Biar hingga kuah mendidih dan pekat seperti yang diingini. Kacau sesekali biar rata. Perasakan garam dan gulanya.
-Masukkan lada hijau hiris, buah tomato dan kacang pis. Biar seketika agar kacang pis dan buah tomato sedikit empuk.
-Tutup api dan hidangkan. Hiaskan dengan daun sup sekiranya suka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan