Selamat berhari minggu.Seperti biasa..aktiviti aku harini merayap cuci mata dan merabakkan poket suami.Sebelum keluar..aku masukkan dulu kek yang dah selamat pun dimakan.Baru2 ni aku ada usha blog ini dan sangat2 tergoda dengan kek yang ditayang.Bahan2 dan cara2nya pun sangat2 simple.Kebetulan bahan2 semua ada..aku terus masuk dapur dan godek.Maka terhasil lah kek untuk makan petang.Resepi asal dari myresipi.Resepi asal warna putih..oleh sebab nampak kurang menarik,aku gatal2 tambah warna merah sikit.Resepi dari blog masam manis pulak ada manik berwarna..aku takde stok,so tak letak.Hubby aku dah suruh bersiap siap nak keluar.Oklah aku nak pergi bersiap sebelum kena ceramah free...
Resepi asal : myresipi
Diolah oleh :blog masam manis
BAHAN2
250 g butter ~ suhu bilik
1 cawan gula halus
6 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu pekat
1/2 cawan air ~ ita gantikan 1/2 cawan susu segar
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah
1/2 cawan manik gula berwarna ~ X isi
Panaskan kukusan
Sediakan loyang berukuran 9 inc
Oles loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper
Dalam bekas mangkuk mixer, pukul butter dan gula hingga kembang dan memutih
Masukkan ovalate dan pukul lagi hingga rata.
Masukkan telur sebijik demi sebijik ~ pastikan telur telah bergaul sempurna baru masukkan satu lagi telur
Tambahkan esen vanila dan pukul adunan hingga rata
Masukkan susu pekat manis dan terus memutar
Tutup mixer
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, kaup balik hingga adunan bergaul sempurna.
Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit hingga 1 jam
Bila kek dah masak tunggu ia sejuk sebentar
Keluarkan dari loyang dan sedia di nikmati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan