BAHAN-BAHANNYA :-)
1.5 kg umbut kelapa, disagat nipis dan rendam (aggaran sahaja)
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
2 - 3 batang serai, dititik
1200 ml santan cair
300 ml pati santan
2 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula secukup rasa
sedikit ikan bilis-aku tambah
CARA MEMBUATNYA :-)
- Toskan umbut tadi dan masukkan ke dalam periuk bersama2 udang kering, bawang besar, bawang putih, lada hitam dan serai. Kacau rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih.
- Perlahankan api dan masak lagi hingga umbut lembut. Tambah santan pekat,ikan bilis, garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata dan biar mendidih perlahan untuk 2 - 3 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan masih atau ikan goreng...
Inilah umbutnya.Nampak comel je tapi bila dah dibelah...agak kecewa la juga.nasibbaik masih boleh diselamatkan.Balik ni..nak suruh mak korbankan pokok kelapa sebatang bagi aku lepas hajat..he..he..pokok penuh keliling rumah.Aku gengkan masak lemak putih umbut kelapa ni dengan sambal tumis ikan bilis(laki aku wajib ada menu pedas) dan ayam goreng kunyit.
2 ulasan:
Assalamualaikum...tak sangka pulak kat sana pun ada jual umbut kelapa. kalau kat tempat akak ni pun jarang2 ada jual di pasar. nampak sedap & cukup lemak kuahnya tu.. :))
waalaikummussalam kak..sini banyak barang kita.Diorang import dari thailand..filipina ngan malaysia.Daun kesum pun ada.
Catat Ulasan