Isnin, 19 Mac 2012

SEMUDAH A..B..C...

Kuasa yang Maha Esa..cuaca boleh berubah dalam sekelip mata.Kalau ikutkan sekarang ni dah sepatutnya masuk musim panas..tapi perkara sebaliknya yang berlaku.Minggu lepas..hari khamis, cuaca dah mula ke arah musim panas.Siang dah mencecah 36 celcius..tetapi tiba2 semalam cuaca jatuh merudum.Bayangkan dari 36 celcius kepada 10 celcius pagi semalam.Terkejut juga..tapi kuasa Allah..siapa yang tahu.Sekarang ni pun..angin kuat..sandstorm dan sejuk.Hubby aku balik keje semalam bagitau rasa pening sebab sandstorm terlalu kuat.Berbalik pada tajuk entry..semudah a..b..c.. sebab bahan yang diperlukan cuma dua sahaja.Crabstick/jejari ketam dan minyak.Crabstick sini agak kasar pastu boleh tarik selai2 dengan sangat2 mudah.

 Basuh pastu biarkan kering/lap .Pisah2kan crabstik.


Panaskan minyak dalam kuali pastu goreng.Nampak garing..boleh angkat dan toskan.Ada sesetengah orang isi bahan tambah sebagai perasa tapi aku biar kosong je sebab crabstick dah cukup lengkap dengan pelbagai rasa.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...