Selasa, 6 Mac 2012

MAKAN MAKAN DI THAI CHI.........

Ni sambungan cerita hari jumaat masa kitorang keluar jenjalan aritu (masa aku beli Fridge magnet).Sampai2 je di Villagio..memang terkejut giler sebab sangat2 sesak.Parking berapa kali pusing..baru dapat(sini parking free).Alhamdulillah selesai bab parking.Masuk2 kat dalam pulak..Adoiii bersesak orang kat dalam.Selalunya sinilah shopping complex yang best jalan2 sebab besar dan tak serabut.Hmmm baru teringat yang aritu awal bulan..cuti dan orang baru gaji.Nasiblah..redah juga walaupun orang ramai.Tempat pertama yang dituju adalah makan..Lagi sekali geleng kepala..

Panjangnyalah orang beratur.Semua fastfood sama je situasinya.. 


Sekejap je..lagi bertambah tambah umat manusia.Tempat duduk langsung takde kosong.Ramai yang berdiri dengan makanan.

Perut kitorang dah lapar..nak makan cammanalah ni.Sini fast food je yang kategori murah(makan burger 4 beranak dalam QR60-RM 50++.Dah takde pilihan..kitorang pergi Restauran bertentangan fastfood.Sini semua harganya hmmm..TGI friday kitorang tak nak masuk dah..tak sedap langsung.Mula2 masuk Pizza Express tapi tak jadi sebab rasa nak makan nasi.Kitorang berpindah ke sebelah..Restauran Thai Chi.Sini memang khas makanan2 Thailand.Sesekali boleh ler masuk..selalu bankrup cik abang..he..he..


 Duduk je..sementara tunggu order dia bagi free keropok  ngan dua jenis sambal.Sedapp..


 Ni dia kata pedas.Tapi bagi aku..takler pedas sangat.Cili api dan bahan2 lain goreng dulu pastu tumbuk dan tumis.


 Yang ni cilinya ada rasa pedas dan manis.Tapi dua2 sos memang best dan sedappp


Cekik darah..jus mangga saiz cawan biasa je.QR20-RM17-18.Sibbaik sedap.Ni along punya 


 Ekspresso..aku ngan laki aku order.Cawan cinonet..3 kali minum habis.Pekat giler sampai malamnya aku takleh tido.Cawan halus ni harganya QR15-RM13


 Oyster Beef..Yang ni tak ingat pula harganya.Rasanya dalam QR40++.Simple je bahan2 tapi sedap dan daging lembut giler..


 Tomyam ayam..Harga QR38-RM36.Dalam ni semata mata ada cendawan dengan ayam je.Tapi kuah memang sedap.


Nasi putih..sebekas QR10.Kalau kuat makan..sebekas sorang je.Kalau nak diet..boleh kongsi dua.


2 jenis lauk jer makan..Semua dalam QR 150++.Kitorang bertiga je makan..adam taknak.Makanan cukup2 je.Sape2 anak2 ramai korang ganda gandakanlah sendiri.Oklah tu harganya... sebab sini sara hidup mahal...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...