Jumaat, 2 Mac 2012

FRUIT TART..Strawberry habis la pulak...

Fruit tart..peberet anak2 kesayanganku.Nak buat tak susah mana tapi kadang2 kerajinan tu yang bermasalah.Yang ni aku buat untuk dibawa ke kelas toodler adam.Nampak kurang menarik kan??Hubby aku agak sibuk sekarang ni..jadi agak susah untuk keluar mencari barang.Strawberry ada aku nampak di kedai kawasan community ni,tapi warna pucat dan dah lebam semacam je.Last2 ni jelah yang ada..kiwi yang dah memang wajib selalu ada dalam peti dengan peach dalam tin.Jadilah tu kot.Tadi along merengek suruh buat lagi..insyaallah la kot sebab jap lagi hubby ajak keluar jalan2 ,bolehlah cari bahan2 untuk buat tart sekali.Resepi kali ni aku ambil dari blog Che Mat Gebu..jom layannn..



BAHAN KULIT TART :-)
150 gram tepung gandum pun
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Buah strawberry - takde
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu, dicairkan (cooking chocolate also can lah!)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT TART :- Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
  3. UNTUK FRESH FRUIT TART :- Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Tujuan menyapu coklat cair ialah bagi mengelakkan kulit tart menjadi lemau terkena kastard dan jus dari buah2an segar tadi.


ambil gambar jarak dekat sikit..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...