Khamis, 8 Mac 2012

NASI TOMATO...

Entry tertunggak lagi.Nasi tomato ni aku buat minggu lepas.Belek2 folder..baru perasan yang Gambar ni belum dipublish lagi.Masukkan awal sikit entry harini sebab jap lagi nak bersilat buat nasi kerabu.Malam tadi pergi beli lauk2..jumpa ikan kembong yang sangat2 fresh.Terus teringat nak buat nasi kerabu..kena awal sikit mula masak sebab rencah2 nasi kerabu ni agak leceh sikit nak buat.Jom zass resepi dari dapur sinar kehidupan ni..tapi resepi asalnya dari mat gebu aku kurangkan tomato sebab anak2 bujang aku takleh nampak 'sampah' dalam nasi diorang.Habis diorang kutip buang...


 BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit toskan-aku guna beras biasa
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 camca besar minyak sapi
  • 2 camca besar minyak masak- saya tambah
  • 2 1/2 camca besar sos tomato
  • 1 kiub ayam "maggi"
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Kismis dan kacang peas untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih- Yatie letak 2 je
  • 3 biji buah pelaga- Yatie letak 2 je
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 inci halia, diketuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji tomato masak ranum, buang biji dan cincang halus
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, halia, bawang besar, bawang putih, 1 helai daun pandan dan tomato, masak hingga semua layu.
  2. Tambah sos tomato dan kacau rata.
  3. Masukkan beras, gaul rata dan goreng sekejap.
  4. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang air, susu, hancurkan kiub pati ayam (jika guna) dan tambah garam secukup rasa, kacau rata dan tanak nasi seperti biasa..
  5. Bila nasi masak, tabur kismis atasnya, bila nasi elok kering dan masak, gemburkan dengan chopstick.
  6. Hidangkan dengan menabur kacang pis, hirisan daun bawang dan bawang goreng...

Ni sarapan aku pagi ni..low fat brown bread.Dalam tu isi telur dadar..sayur dengan sos.Hubby aku buat kuah dal dan paratha..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...