Rabu, 14 Mac 2012

KARI SOTONG..

Berdebar dada bila baca berita mengenai adik dirang.YaAllah sampainya hati manusia..budak sekecil itupun dibunuh kejam.Hairan betul aku..masa melakukan pembunuhan..diorang takde perasaan apa2 ke?Aku yang tengok ayam kena sembelih pun kesian..inikan pula manusia.Inilah dunia akhir zaman..segalanya makin hilang dari hati dan naluri sebagai manusia.Boleh disamakan dengan haiwan manusia2 kejam ni.Moga2 kita dijauhkan dari perkara2 buruk sebegini,,insyaallah.Baru2 ni aku ada masak kari sotong.Sini sotong kebanyakkannya diimport dari arab saudi.Tapi masih segar masa dibeli.Harganya bergantung kepada keadaan cuaca juga.Kalau cuaca kurang elok(sandstorm atau winter) biasanya harga melonjak jadi mahal.Sekarang ni ok lah harganya..tapi masih mahal berbanding Malaysia.Jom layan cara simple aku masak...


KARI SOTONG

BAHAN2

1/2 kilo sotong

1 peket kecil rempah kari ikan atau 2 sb

santan
2 biji bawang merah-mayang/tumbuk
2 ulas bawang putih-mayang/tumbuk
1 cm halia-mayang/tumbuk

1 sudu besar kerisik

1 kulit kayu manis
2 Buah pelaga
1 bunga lawang
Air asam jawa/asam keping

Garam dan perasa

sebiji tomato-belah 4
kentang

CARA MEMASAK :

1) Panaskan minyak dalam periuk,tumis bahan2 mayang/tumbuk dan kayu manis,bunga lawang serta buah pelaga sehingga layu dan harum .
2) bancuhkan rempah kari dengan sedikit air. Bila bawang dah layu dan keluar bau wangi , masukkan rempah kari serta air asam jawa/asam keping. kemudian terus kacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak.Gunakan api perlahan.
3) Kemudian masukkan ubi kentang, santan dan kerisik.kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih dan kentang empuk.Masukkan garam dan perasa.Last sekali masukkan sotong dan tomato yang telah dibelah 4 .Biar mendidih kejap..tutup api.Sotong jangan masak terlalu lama kerana nanti sotong tu keras/liat  .

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...