Khamis, 1 Mac 2012

DANGAI..

Kuih yang menggunakan sedikit bahan tetapi rasanya tetap ummphh setanding kuih2 tradisional yang lain.Sebelum ni aku dah pernah buat tapi macam terlebih tepung sedikit.Kali ni aku kurangkan kuantiti tepung tapi lebihkan kelapa parut.Walllaahhh..lupa jap diet.Aku takde acuan kuih dangai ni..so bakar dalam loyang je lah.Bakar pun cara moden..masuk dalam oven je..

Setelah dipotong..


DANGAI

2 Cawan tepung pulut
4 cawan kelapa parut
secubit garam
sedikit gula

Bahan tabur
gula pasir/brown sugar
CARA2
-Gaul kelapa parut,tepung pulut,garam dan sedikit gula.Gula isi sikit je sebab nanti nak tabur lagi di tengah2nya.
-Dah gaul sebati..ambil separuh masukkan dalam loyang yang dah disapu sedikit minyak (aku letak baking paper je)Tekan adunan tu padat2.Ambil gula,tabur rata atas adunan yang dah ditekan padat.Kalau nak comel..boleh ganti gula pasir dengan brown sugar
-Ambil baki adunan pastu tekan2 padat atas gula tadi.Boleh bakar dalam oven...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...