Isnin, 5 Mac 2012

KUIH LAPIS...

Sekejap je masa berlalu.Dalam tak sedar..dah 5 tahun aku berada di negara padang pasir ni.Alhamdulillah dah boleh membiasakan diri dengan cara hidup dan suasana disini.Untuk balik terus Malaysia..tak pasti lagi bila.Suami aku disini pekerja tetap..ikut suka dia bila nak berhenti.Tapi setakat ni memang belum ada perancangan lagi untuk tinggalkan negara Qatar ni.Mungkin rezeki masih disini.Hmmm 5 tahun disini..tahun ni agak pelik sikit cuacanya.Kebiasaannya pertengahan bulan 2,cuaca mula bertukar ke musim panas tapi tahun ni sebaliknya.Masuk je Mac..cuaca bertambah sejuk la pulak.Hari ni..pagi tadi 13 celcius.Masa penghujung bulan 2 aritu..dah bertukar panas sikit dalam 18 celcius..bunga2 pokok kurma pun dah mula keluar.Pastu tetiba sandstorm kuat..terus cuaca jatuh balik.Dunia akhir zaman..macam2 boleh jadi kan...Panjang pulak melalut.Kuih lapis ni kuih kegemaran kat rumah aku.Aku buat seloyang kecik je sebab kat rumah ni 4 mulut je.Kali ni aku ambil resepi dari Kak An..periuk tanah.Sedap dan yang best boleh tarik selapis demi selapis.

BAHAN2
1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...