Petang semalam aku dapat info dari kawan melalui Facebook mengenai salah seorang teman sekampung yang dianugerahkan gelaran Dato.Bangganya aku dengan abg Azizan (dlm gambar dia yg paling rendah)..dia ni muda lagi baru 30 an...sebaya dan geng aruah abang aku.Sebelum ni dia aku kenal sebagai peguam..sekarang...dah jadi setiausaha politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan.Dia telah menerima pengurniaan Darjah Kebesaran,Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh KDYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato' Azizan bin Che Omar. Berita mengenai nya ada disiarkan di utusan malaysia Sini.Dia ni rajin..tiap2 tahun buat open house untuk orang kampung...harap2 satu hari boleh jadi YB Bera.Bertambah maju bera nanti...
Sapa kata anak felda takleh berjaya...teringat aku masa orientasi dulu(zaman2 belajar dulu) ada sorang mamat senior yg kerek nak mampus...dia sound direct je kat kitorang anak2 felda suruh belajar jangan buat hal sebab segala punca masalah (dadah,bohsia,samseng) datang dari bebudak felda,kurang hajau betul kalau ikut hati nak sekeh2 je kepala dia.Bukan semua anak felda bermasalah la..mentang2 dia anak bandar tapi bila aku dah lama baru tau dialah hantu segala masalah.Kaki pompuan..cakap tak serupa bikin betul.Sesape seangkatan pemikirannya ngan mamat sengal ni..tolonglah..tak semua anak felda bermasalah.oklah..apa apapun AKU BANGGA JADI ANAK FELDA.
2 ulasan:
tahniah kerana mengharumkan nama felda sebertak... akak pun bangga jd anak felda walaupun ada yg beranggapan anak2 felda ramai yg rosak.. tp hakikatnya buat semua okeh! ingat anak2 bandar semua baik2? yg jd perompak, jd pengedar dadah, bapak ayam, samseng jalanan tu apa bendanya?
(hik hik.. sori su lepaskan geram kat sini pulak)
hidupppppp anak feldaaaa
Catat Ulasan