Malam ni ada perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia dgn Indonesia di padang berdekatan Al Khor International School.Macam biasa cik abang antara salah seorang pemainnya.Mula2 ingat nak pergi menonton juga tapi badan rasa semacam je..anak2 pun selesema dan ngantuk.Setahu aku ada dua perlawanan hari ini..di Al khor Malaysia lawan indonesia manakala di Doha pula diadakan perlawanan antara Al Jazeera dengan Malaysia.Abang pilih yg di Al Khor sebab siang tadi kerja,jadi malas campur letih nak pergi Doha.Berbalik kepada tajuk di atas..nilah menu makan petang hari ni..kuih lapis.Hajat nak buat kuih lapis kacang merah macam kak Madiha tapi pes kacang merah takde la pulak.Kuih lapis biasa pun jadilah dari takde..Resepi ni ambil dari FP Kak Rinn
KUIH LAPIS (sumber:copy dari kak rinnchan)
Bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn gula pasir..(su isi 1 cawan)
3 cwn santan..tambah jika perlu (su guna santan dalam tin..setin)
1 camca teh garam
Pewarna merah
1/2 camca teh esen ros (optional)
Cara-cara:
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dgn sedikit minyak. Masuk loyang dlm kukusan.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen ros.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada dua bahagian.
4. Satu bahagian warnakan dengan merah dan campurkan juga esen ros. Satu bahagian lagi tanpa warna.
5. Mulakan lapisan bawah dgn warna putih. Biarkan selama 6min-8min atau hingga masak baru tindih dgn lapisan seterusnya. Ini tip utk membolehkan lapisan dikopek selapis demi selapis. Lakukan hingga habis.
*TIPS utk mendaptkan hasil kukusan yg tidak keras atau tidak terlalu lembik:
(i)Sekiranya sukatan semua tepung adalah 2 cwn, maka adunan yg telah dicampur santan hendaklah menjadi 4 cwn. Maksudnya jumlah adunan cair adalah 2 kali ganda jumlah adunan tepung.
(ii)Gunakan cwn yg sama utk semua sukatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan