Cuaca kat sini makin hari bertambah panas.Pukul 5 pagi matahari dah menampakkan diri..hantar along pukul 6.30 pagi pun dah terasa bahang panas.Adam gelisah je kalau keluar rumah sekarang..lagi suka dia dalam rumah sebab sejuk ada aircond.Along pun nasib baik sekolah ngan bas ada aircond..kalau tak masaklah anak mama.Kulit diapun dah bertambah gelap tapi apapun yang kesian cik abanglah..berpanas kat tempat kerja.Along mujurlah bulan depan last sekolah..1 julai dah mulai cuti untuk penggal persekolah baru bulan 9 nanti.Bolehla ajar dia puasa tahun ni sebab bulan puasa tahun ni ngam2 cuti sekolah.Panjang pulak bercerita..ini menu sekeluarga baru2 ni.Aku letak kat sini untuk rujukan masa akan datang..pasni bolehla buat lagi.Banyak blog ngan FP aku tengok diorang dah cuba..teringin juga.Yang ni aku copy dari FP KAK MADIHA
RESEPI NASI AYAM PENYET
NASI AYAM (cara su)
Bahan Bahan Nasi
3 cawan beras
4 cawan atau lebih sikit air rebusan ayam+1 cawan air biasa (ikut beras yang digunakan-pandai2lah agak )
1 kiub ayam
1 batang serai(diketuk)
daun pandan
garam
3 biji Bawang merah-mesin
2 ulas bawang putih-dimesin
sedikit halia - mesin
marjerin
Buah pelaga
Cara cara
1. Macam biasalah mula2 kena basuh beras pastu tos kejap. Dalam periuk panaskan sedikit marjerin pastu tumis buah pelaga,bahan2 mesin dan serai.
2. Dah nampak garing sikit masukkan air rebusan ayam, garam, kiub ayam dan daun pandan . Pastu masukkan beras.
3. Alihkan periuk kedalam ricecooker..masak macam biasa
SUP
Guna air rebusan tadi (sukahati nak buat byk mana.. agak2 jelah)
Sedikit serbuk rempah sup anggaran ½ sudu besar (MaDiHa guna Adabi)
Bawang putih ~ketuk
Halia ~ diketuk
bunga lawang
cengkih
kulit kayu manis
garam & aji
daun sup & daun bawang utk hiasan
Cara cara
1. Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup. & Masak hingga mendidih.
2. Dalam kuali panaskan sikit minyak & tumis bawang putih ketuk, halia & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah garam & aji.
3. Masa menghidang.. hias dengan hirisan daun bawang & daun sup.
Untuk Ayam Goreng Penyet
1 ekor ayam – potong 8 bahagian (MaDiHaA potong 4 je), rebus selama 10 ~ 15 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup & nasi)
* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam 2 keping tauhu 1 keping tempe (su x isi sebab takde)
Minyak masak untuk menggoreng.
Tepung beras
CARA CARA
1. Masukkan kesemua bahan bertanda * dalam pengisar, kisar hingga halus. Masa nak perap.. campurkan dengan sikit air & barulah perapkan ayam, tempe & tauhu
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman. (su perap dalam 3 jam je.. kena perap ayam dulu pastu baru prepare bahan2 lain.. last sekali barulah ayam perapan ni digoreng)
3. Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu dan sedikit(dalam satu sudu besar utk kremes)
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat & tos. Goreng pula tempe & tauhu ikut step yg sama spt goreng ayam tadi.
6. Semasa menghidang.. ayam hendaklah diPENYET (diketuk) terlebih dulu sebelum dipotong ke bahagian kecil.
Untuk Sambal (su buat separuh dari resepi)
* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) ~ Cuci bersih & patah2kan
* 10 biji Cili padi (MaDiHaA tambah lagi 10 biji)
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis
* 3 sudu gula merah/secukup rasa
CARA CARA
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Tambahan....Kremes Renyah(Serdak)
1 1/4 cwn air stok ayam
1/2 cwn air
1 sudu besar bahan perapan ayam
1 biji telur dipukul
60 gm tepung beras
garam secukupnya
Gaul semua bahan....ambil sesudu, tuang ke dalam minyak panas dan goreng garing. Ulangi sehingga habis......serdak ini juga menjadi tambahan semasa menghidang Nasi Ayam Penyet
dalam banyak2 yang paling bestttt samballlllll...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan