Sabtu, 30 April 2011

ROTI BOM..HANCUSSS DIET

Panas2 lagi..jom sarapan (malaysia dah makan tengah hari waktu ni).Malam tadi aku nguli doh ni ingatkan nak buat roti canai.Masa aku tengah nguli..along tanya nak buat apa.Jawab lah nak buat roti canai.Teruslah hero ni buat permintaan nak makan roti canai yang manis..Roti bom la tu.Akhirnya aku pun terus tukar daripada nak buat roti canai ke roti bom..adoiii habis diet aku.Jap lagi kena exercise lebih sikit.Buang semula segala kalori yang melambak lambak akibat melantak roti bom ni..Masih menggunakan resepi dari myresipi cuma roti bom ni lepas tebar kena masukkan butter dan juga gula pastu baru gulung dan penyetkan/tekan2.Besttt sebab garing diluar tapi dalam lembut je.Aku buat 4 keping je..maknanya ada extra 1..tapi biasanya along yang kebas extra tu sebab dia hantu roti bom ni..Males buat banyak2 sebab nanti aku terover makan.Sekeping pun dia punya kalori...huuuu sendiri mau ingat.Sebelum ni aku dah masukkan resepi ni tapi aku masukkan jelah lagi sekali.

ROTI CANAI (ROTI BOM)
Bahan-bahan ( 12-16 biji )
550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 egg-50gm
*3 Tbsp susu pekat manis-60gm
*1 tsp garam-6gm
*1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara
1.masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
2.masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
3.uli hingga jadi doh
4.rehatkan doh selama 10min
5.uli lagi selama 5min
6.**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
7.advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
8.bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
9.*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
10.*tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
11.*NB: refer to komen from skyblue&yani:I dah update jumlah air to 250gm. nak clarify ,Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
12.lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar
*Aku buat roti bom..ambil butter(potong kecil2) tabur atas doh.tabur juga gula pastu gulung dan penyetkan macam proses buat roti canai.

Jumaat, 29 April 2011

UDANG CELUP TEPUNG

Bertemu lagi hari jumaat..sekejap je masa berlalu.Qatar arini sepatutnya cuti tapi abang tengah sibuk sekarang.Hari2 bekerja.Ciann anak2,sebulan ni memerap dalam rumah jelah.Tunggu abah kurang sibuk nanti barulah boleh bawa diorang pergi jalan2.Kesian tengok abang..sebulan ni dia takde cuti walau sehari pun.7 hari seminggu bekerja dari pagi sampai malam.Nasib lahkan..kerja dinegara orang.Gaji yang ditawarkan memang lumayan tetapi terpaksalah berkorban tenaga dan masa.Insyaallah akan balik juga ke negara sendiri tapi bila sampai masanya.Buat masa ni...biarlah bersusah payah dinegara orang dulu untuk kesenangan anak2 di masa depan.Hmmm..takde idea pulak nak menulis.Terus layan jelah resepi udang celup tepung yang aku skodeng dari dapur kak maz.Udang ni aku buat untuk malam tadi..sengaja buat banyak sikit sebab sekarang aku dalam proses tak makan nasi..so makan lauk2 jelah.

UDANG CELUP TEPUNG
Bahan-bahan (resipi anggaran)
20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam (kalau guna serbuk pati ayam lagi sedap)
1 sudu besar minyak masak
sedikit daun sup - dicincang halus
sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
air secukupnya - lebih kurang 1/2-1 cawan
minyak untuk mengoreng

Cara-cara
1. Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan udang dengan sedikit tepung (aku campur sedikit lada sulah). Ketepikan

2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan

3. Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagain ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap...


Khamis, 28 April 2011

KUIH BAKAR/BINGKA DURIAN

Takleh celoteh panjang arini sebab nak bersiap pergi umah member jap lagi.Layan kuih bakar yang aku skodeng dari rumah hana.Aku guna lempuk..nak isi durian fresh tu..adoiii durian mahal giler kat sini.Sibbaik lempuk yang bawa dari kampung masih ada lagi.Sama je rasa dengan durian biasa tapi kena kurangkan kuantiti gula sebab lempuk dah manis (habis diet aku).Bakar dalam pukul 11 malam tadi..fuhh tengah2 malam,dia punya bau...mabeles.Ambik koooo..satu umah (satu building pun ye kot kih..kih..) bau durian.Allamak member dah call..gerak dulu.


RESEPI KUIH BAKAR DURIAN
SUMBER:Hanamemories

Bahan-bahan
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula - kurangkan kepada 1/2 cawan
100g isi durian-aku guna lempuk
31/4 cawan santan (hana buh 21/4cwn santan+1cwn air/susu cair)
2 sudu besar butter - cairkan
garam
pewarna kuning
bijan sangai (optional)-lupa isi he..he..

Cara-cara
-Blend semua bahan kecuali bijan sehingga sebati.
-Sapukan loyang dengan minyak.(untuk hasil kuih bingka yg garing dan berkerak, panaskan dahulu loyang dengan minyak). Kemudian tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
-Bakar suhu 170-180 selama 1jam.
-Sejukkan baru potong


Ini rupa dah siap potong...suka..suka..lembut je..


Nak tayang juga yang baru keluar oven..lupa la pulak isi bijan..adam punya pasal la ni..

Selasa, 26 April 2011

MENU SEMALAM...

Arini dah 26 april..wahhh bestttnya sebab dah nak masuk bulan mei.Maknanya lagi 3 bulan aku akan balik bercuti dan jumpa keluarga tersayang di Malaysia.Itulah kerja sape2 duduk diperantauan..asyik mengira hari je..he..he..Tiket pun dah dibeli..Tahun ni lama sikit kitorang cuti..dalam sebulan lebih.Cepat2lah masa berlalu..Macam yang aku bagitau pagi tadi..kesihatan aku kebelakangan ni agak kurang mengizinkan.Semalam aku masak ringkas2 je..butter prawn untuk along(x sempat ambil gambar),sup ayam untuk adam,sambal udang dan ayam goreng halia untuk abang.Aku??masih belum ada selera makan..semalam belasah biskut je pastu makan oat sikit.Oklah..ni resepi ringkas2 yang aku masak semlam..arini punya jap lagi nak cari idea...

SAMBAL UDANG
udang
Cili kering-kisar
sedikit belacan-kisar
1 ulas bawang putih-kisar
1/2 biji bawang besar-kisar
sedikit cili sos
1 biji bawang besar potong bulat
sedikit air asam jawa
air-kalau suka berkuah
garam,gula dan perasa

CARA2
-Panaskan minyak..tumis bahan2 kisar sampai wangi dan naik minyak sikit.Pastu masukkan udang,air asam jawa,cili sos dan bawang besar yang dipotong bulat.Kalau suka berkuah macam aku ni..masukkan sedikit air.Last masukkan garam.gula dan perasa.Nampak udang tu dah masak tutup api.Ringkas je kannnn...

AYAM GORENG HALIA
Ayam-potong kecil2
halia-besar ibu jari.hiris halus memanjang
1 biji bawang besar-potong bulat
2 ulas bawang putih-cincang/dadu halus
kunyit
garam
cili api/cili merah
capcicum/lada benggala
lobak/bunga kobis-x isi sebab takde stok

CARA2
-Ayam yang dipotong kecil2 dibersihkan.Gaul dengan garam dan kunyit.Panaskan minyak dalam kuali..goreng ayam yang dah diperap dengan garam dan kunyit.Goreng ayam separuh masak..angkat dan ketepikan dulu.
-Dalam kuali yang sama,panaskan minyak (guna minyak lebihan goreng ayam tadi) pastu masukkan halia dan bawang putih.Goreng sampai berbau harum dan layu pastu masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak tadi.Masukkan juga lobak dan bunga kobis.Kacau2 jap
-Masukkan cili api/merah,capcicum dan bawang besar yang dipotong bulat.Kacau2 jap pastu angkat.

LAKSAM

Salam pagi selasa..harap2 kesihatan aku akan bertambah baik.Dalam seminggu ni aku kerap pening2 dan muntah.Makan je..mesti keluar balik..biasanya kalau macamni,sah aku nak kena demam.Kalau sebab lain..oh tidakkkk,adam kecil lagi dan teramat lasak sekarang.Mungkin cuaca panas kot sekarang ni,tu yang badan pun kejap sihat..kejap tidak.Hmmm..laksam ni aku buat hari ahad baru2 ni.Dah lama sebenarnya aku terasa nak makan laksam ni tapi asyik tangguh je nak buat sebab memikirkan aku sorang je yang makan.Suami ngan anak2 memang takkan pandang langsung laksam ni..laksa pun sama.Sehari dua ni memang tak boleh tahan dah nafsu nak makan..terpaksalah aku buat juga walaupun untuk sorang makan..sedih tauuu.Kalau kat malaysia..senang je.Aku boleh beli je untuk sorang makan.Lantaklah..sorang makan pun tak kisahlah.Alhamdulillah tercapai juga hajat nak makan laksam ni.Kali ni resepi aku ambil dari yani myresipi.Aku buat separuh dari resepi jelah sebab sorang makan.Sayur mayur takde sebab aku ni spesis tak suka makan sayur mentah2.Tak tertelan dek tekak aku..kecuali salad je lah.

LAKSAM
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam
bahan kuah:
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula
1 batang serai-ketuk(ni aku tambah)

Bahan ulam
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

sambal:
cili merah
belacan
garam
limau
Cara-cara

1.Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. Tudung periuk takde jadi aku guna loyang je...

2.Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

3.Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

4.Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Aku tumbuk kasar2 lada hitam pastu kasiii lebih sikit..baru ada ummmm....

Cukuplah 4 je..nipun aku melantak sorang2 dari pagi sampai malam..

Isnin, 25 April 2011

SAVORY PRATA PUFF

Aritu masa skodeng dapur che mat gebu yang pemes giler tu..aku nanpaklah resepi ni.Mudah..cepat dan soodap.Aku ni hari2 suka skodeng blog2 tapi jenis tak suka tinggal jejak.Tak tahulah kenapa tapi tulah peel aku..kadang2 jelah aku tinggal komen.Nak suruh orang follow akupun..rasanya tak pernah,Biarlah sesape yang follow aku tu..ikhlas hati nak follow.Lagi satu perangai aku..tiap2 hari aku pasti akan melawat semua blog yang aku follow dan berada dalam bloglist aku..tapi macam biasa,sonyap2lah.Memang jenis tak pandai nak tinggal jejak..he..he..kalau buat bisnes mesti bankrup sebab aku tak pandai promosi.Apa pulak melalut ni..layann resepi dari abang mat gebu ni..tapi aku punya taklah secantik dia.Takpe yang penting rasanya tu kannnn
SAVORY PRATA PUFF
BAHAN INTI :-)
1 keping daging burger, hancurkan
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
1/4 biji red capsicum, dadu kecil
1/4 yellow capsicum, dadu kecil
1/4 green capsium, dadu kecil
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
*aku tak isi capsicum sebab tak berapa makan..aku gantikan dengan ubi kentang.

BAHAN LAIN ;-)
3 keping instant prata jenama 'KAWAN" /aku guna prata arab
Telur untuk disapu
Bijan untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar hingga garing, masukkan rempah kari dan sedikit air, masak sekejap. Masukkan daging dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga pekat. Masukkan semua jenis capsicum dan perasakan dengan sedikit gula dan garam secukupnya. Masak hingga kering, rasa dan jika ok matikan api. Sejukkan.
UNTUK SAVORY PRATA PUFF :- Ambil sekeping instant prata, letak 1/3 inti pada 1/2 bahagian prata. Kemudian lipat prata tadi sehingga membentuk seperti kariap. Tekan tepi2nya dengaN garfu, alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis untuk baki adunan.
Sapu telur pada permukaannya dan tabur bijan rata. Bakar 25 minit atau hingga masak pada suhu 190C atau hingga kuning keemasan. Sejukka atas jaringan.Kerat 3 untuk setiap satu keping. Hidangkan..

FRUIT TARTLET/TART BUAH BUAHAN

Alhamdulillah semalam dapat berita jenazah anak kawan aku, kak huda selamat dikebumikan di terengganu.Syukur pada Yang Esa sebab segala urusan menguruskan jenazah di Qatar dan dibawa balik ke Malaysia serta dikebumikan di Terengganu berjalan dengan lancar.Semoga Kak huda dan niki sekeluarga tabah dengan kehilangan Auni Khairina...Allah lebih mengetahui apa yang berlaku.Oklah cerita bab makan2 pulak..semenjak dua menjak ni..anak2 aku kuat betul makan.Tambah2 si adik...nak dukung pun rasa patah lengan aku.Yang along..cepat tinggi tapi badan tetap kurus macam abah dia.Makan nasi bertambah tambah..petang dengan pagi mesti ada kuih.Alamatnya..mama diorangni memanjang duduk dalam dapur.Tak kisahla..janji diorang makan,hilang rasa segala penat memasak.Ni salah satu peberet anak2 aku..fruit tart..Kalau aku suka tart telur tapi males betul nak buat sebab nanti aku sorang je makan..pelik betullah kenapa diorang tak suka tart telur :(.Dah banyak kali buat fruit tart ni..dan aku paling suka resepi dari kak Rinn..kena dengan tekak family aku..layannn

BAHAN2:
250gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
120gm icing sugar
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

CARA CARA:
1.Adun semua bahan sehingga menjadi doh. Gelek di atas papan sehingga setebal 5mm.
2. Susun acuan tart di atas dulang dan tebarkan doh yg digelek tadi ke atasnya. Tekan ke atas
acuan utk mendapatkan bentuk dan memotongnya.
3. Cucuk-cucuk dgn garpu dan bakar selama 20min atau sehingga kulit tart agak brownish
pada suhu 175 drj cels.
4. Keluarkan dari oven dan tanggalkan pastri dari acuan dan biarkan sejuk.

CASTARD
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung castard/tepung jagung(aku guna tpg jagung)
8 sudu makan gula
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu makan mentega

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/jagung dan gula dlm satu mangkuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan terus kacau lagi.
3. Masukkan selebih susu dan kacau sebati.
4. Masukkan dalam microwave dan masak dengan suhu tinggi sehingga pekat.
Sesekali buka microwave dan kacau bancuhan supaya tidak berketul.Masak atas dapur pun boleh tapi gunakan api yg perlahan
5. Apabila sudah likat..keluarkan dan masukkan mentega. Terus kacau hingga sebati.
Tidak perlu masukkan semula ke dalam microwave/atas dapur

Khamis, 21 April 2011

AL FATIHAH

Takziah buat kawanku diQatar kak Norulhuda dan suami Roshaniki.Malam tadi buka facebook memang aku terkejut sangat dapat berita anak kak huda meninggal..Ya Allah..aku baru berniat nak pergi melawat baby sebab sebelum ni masih tak berkesempatan kerana abang agak sibuk dengan kerja kebelakangan ni.Setahu aku anak kak huda baru lepas pantang.Dari cerita kengkawan anak dia lemas susu.Sayu bila tengok gambar baby yang cukup comel..masa lahir baby lebih 4 kilogram.Semoga kak huda dan niki tabah..sudahlah jauh diperantauan.Allah lagi mengetahui setiap apa yang berlaku...Al Fatihah dari sue sekeluarga...

Rabu, 20 April 2011

DAH 2 TAHUN..

Terasa pantas masa berlalu.Sedar2 sudah 2 tahun mama membelai anak mama ni.Semoga Allah terus memanjangkan lagi usia mama untuk terus melihat anak2 mama membesar


Mata anak2 cukup bersih.Insyaallah semoga kebersihan dan kesucian pandangan itu akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.Semoga jadi insan yang terpelihara dari melakukan perkara yang tidak elok.


Wajah yang cukup mulus.Semoga berjaya didunia dan akhirat.Jangan lupa taat pada perintah Yang Maha Esa dan juga mama serta abah.Harap2 adik dapat mengharungi dugaan hidup didunia ini


Keletah dan kenakalan adik sering mengundang tawa mama,abah dan along.Cerialah selalu adik..itulah pengubat bagi kami insan disekelilingmu.Kami semua saaaayaaaang adik.Happy birthday sayanggggg

Selasa, 19 April 2011

HOMEMADE TAHU/TAK WA/TOFU

Projek malam tadi.Dah lama nak buat sebenarnya tapi asyik tangguh je.Malam tadi aku blend kacang soya..separuh buat air soya dan separuh lagi buat tahu.Pagi tadi bangun excited nak tengok hasilnya..yes..yes..melompat kegembiraan kerana berjaya.Projek seterusnya..tempe.Yang ni aku belajar melalui youtube je.Usha2 video yang kebanyakannya dari indonesia.Yang ni paling mudah penerangannya tapi sukatan tu kena pandai agak2.Dia guna limau nipis tapi aku gantikan dengan cuka..bestnyala buat sendiri,tak payah risau tentang kebersihan yang tak terjamin.

Nipis sikit sebab bekas yang digunakan agak besar.Pasni akan usaha lagi sehingga dapat yang terbaik

ALHAMDULILLAH..8 TAHUN

Syukur pada Yang Berkuasa kerana masih memberikan kesempatan untuk aku menyambut ulang tahun perkahwinan yang telah menjangkau usia 8 tahun.Tiada apa lagi yang aku harapkan..cuma aku berdoa semoga kebahagiaan dan keharmonian rumahtanggaku kekal selamanya..insyaallah.Teringat saat perkenalan dengan suami tersayang 12 tahun yang lalu.Aku baru mencecah usia 18 dan ditahun pertama pengajiaN.Abang pula 21 tahun dan baru mula bekerja setelah tamat belajar di ilpp.Mula perkenalan memang tak terfikir kami akan hidup bersama...kelakar pula ingat2kan kisah2 dulu.Mula2 kenal dan jumpa..allamak,apasal keding sangat mamat ni.Niat mula2 just nak kawan sebab abang memang kategori bukan lelaki impian aku.Dulu2..konon2nyalah.he..he..taste aku lelaki tinggi,badan berisi dan berkulit agak gelap.Jumpa cik abang..tinggi dah cukup tapi kurus.Kulit pulak..allahai putihnyelah (tapi sekarang dah gelap sebab kena panas hari2)..mukapun alaa comelnya.Tapi itulah dikatakan jodoh pertemuan telah ditentukan olehNya.Dari sahabat kami bercinta.Dizaman bercinta pula ditakdirkan kami terpaksa bercinta jarak jauh.Aku bekerja di pos besar shah Alam dan abang pula masih di Kuantan.Tak seperti pasangan lain..kami hanya berjumpa sebulan sekali.Hanya telefon jadi penghubung.Dalam hati Tuhan saja yang tahu..biasalah bila berjauhan,mulalah wujud rasa cemburu..syak wasangka..takut pasangan curang dan macam2lah.Sibbaik kitorang dapat bertahan.Hanya sekali dugaan yang datang menyebabkan hubungan kami hampir berakhir.Mujurlah abang bersungguh sungguh menyelamatkan hubungan kami dikala aku hampir putus asa.Bulan 12 2001 kami jadikan ikatan percintaan kepada pertunangan.Masa ni masih juga berjauhan..aku bekerja di Jabatan kerajaan di putrajaya.Tak sampai 5 bulan bertunang..kami disatukan.19 april 2002..tarikh yang cukup bermakna bagi kami.Diawal perkahwinan masih berjauhan kerana aku belum dapat pelepasan untuk bertukar ke pahang.Sekali lagi dugaan melanda..tanpa aku sedar aku bunting pelamin.Ketika kandungan melebihi 2 bulan baru aku sedar..itupun bila aku terasa sakit.Kuasa Yang Maha Esa..beberapa minggu aku menerima berita baik tiba2 dikejutkan pula kandungan terlalu lemah..mungkin disebabkan aku terlalu aktif dan kerap berulang alik putrajaya..kuantan.Bukan rezeki kami..tapi alhamdulillah kini aku bahagia dan ceria dengan 2 hero yang makin membesar dan lasak.Untuk suami tersayang..abang insan teristimewa,terima kasih untuk semua pengorbanan demi kebahagian keluarga dan kasi sayangmu yang tak terhingga.

Hero yang mulutnya cukup petah dan semakin lasak.Esok genap 2 tahun


Anak bujang yang pendiam.Kurang aktif berbanding adik tapi seorang abang yang amat penyayang.Dah besar anak mama..Tahun ni genap usia along 7 tahun

Khamis, 14 April 2011

SEMPOIII..AYAM GORENG KUNYIT


Minggu yang agak terkurang rajin untuk memasak.Harap2 nanti mood memasak ok semula.Saja nak masukkan juga entry ayam goreng ni..sempoii je dan amat2lah senang.Resepi ni aku terusha masa skodeng dapur che mat gebu ..Bahan2 simple je..kunyit hidup,sedikit lada hitam,bawang putih,garam dan sedikit gula.Tumbuk kunyit hidup,lada hitam dan bawang putih pastu perasakan dengan gula dan garam.Masukkan ayam..perap semalaman dalam peti ais.Pastu goreng macam biasa.Cuma tip dari che mat,mula2 goreng api sederhana pastu ayam dah nampak masak je..kuatkan api sekejap.Boleh angkat.Sodapppp

Rabu, 13 April 2011

TAT GULUNG NENAS

Petang semalam tetiba tekak ni terasa nak makan tat gulung.Malam tu aku terus godek2 apa yang patut.Walaupun dalam keadaan kelam kabut ditambah pulak dengan adam dan along yang entah kenapa malam tadi betul2 buat perangai..akhirnya siap juga.Aku buat sikit je..sekali bakar je.Kali ni aku cuba resepi chef yang makin meningkat naik..kak hanieliza.Tapi aku ada derhaka sikit2.Sesaper nak resepi yang original punya boleh usha kat sini kak hanieliza .Aku suka adunan kali ni...tak terlalu berderai dan terlebih gebu.Sedap bagi tekak aku,tapi orang lain tak tahulah.Biasalah tekak manusia ni tak sama seleranya.
TAT GULUNG NENAS

BAHAN2

250 gram butter
70 gram gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
300 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
50 gram tepung kastad
BAHAN2 GLAZE

2 kuning telur
2 sudu kecil air-aku tak isi
pewarna kuning
CARA2

-Gaulkan butter dan gula sehingga rata.Butter guna yang suhu bilik..maknanya tak sejuk dan tak terlalu cair.
-Masukkan kuning telur dan esen vanila.Gaul sebati..aku guna senduk kayu je.Pastu masukkan tepung gandum,tepung jagung dan tepung kastad.Gaulkan sehingga sebati dan jadi adunan doh.Gunakan acuan dan pamkan adunan.Masa mula2 aku cuba pamkan..adunan agak pecah2 so aku ambil sedikit butter dan gaulkan dengan doh.Uli semula kejap pastu bolehlah dipamkan semula adunan.
-Pamkan doh..terbalikkan bahagian jalur bunga tat ke bahagian bawah.Kepalkan jem nenas kecil2 dan letakkan diatas adunan dan gulung...potong bahagian berlebihan.Susun tat dalam loyang pastu sapukan bahan glaze.Bakar sehingga kuning keemasan
Siap untuk dingappp

INTI/JEM NENAS


1 biji nenas+1/2 cawan air


1 cawan gula


2 bunga cengkih-optional


-blendkan nenas dengan air.Pastu tapis..ambil yang bahagian hampas nenas je.Yang air tu bolehla minum buat jus.Masukkan dalam periuk..gunakan api sederhana je.Kacau2 sampai agak pekat pastu baru masukkan gula.Aku kurangkan kuantiti gula sebab guna nenas jenis manis.Masukkan juga cengkih..kacau sampai pekat.Sejukkan..bolehlah dikepal2kan kepada bentuk bola/biji kurma kecil2

Selasa, 12 April 2011

REZEKI..

Alhamdulillah rezeki pemberian kawan2 disini...Petang semalam kepala buntu nak masak apa untuk makan petang.Last2 buat donat..tengah nguli donat bell rumah berbunyi.Thank's kawan aku yana(pangkat adik sebab dia ni muda lagi..sebaya adik aku je),budak sarawak.Daripada tak tau nak masak apa last jadi 3 menu makan petang.Donat....apam polkadot dan pau (yg sangat gebu) pemberian yana.
Comel je apam yang yana bagi ni...


Gebusss sangatttt...


Pagi ni pulak rezeki daripada kak ita (orang sarawak juga).Dia ni rajin sangat berkebun belakang rumah.Macam2 sayur dia tanam.Roselle,tomato,sawi,jagung.ubi kayu,bendi,daun sup,serai dan macam2 lagilah.Rajinnn sangat2.Pokok2 nya pun subur.

Aritu cakap nak daun sup je..last2 dengan tomato akak ita bagi.Pastu siap tapau kek lapis.Kek lapis tak sempat ambil gambar sebab anak2 aku terus belasah makan sebaik je sampai...tak senonoh betul 2 beradik tu..hu..hu..Sini daun sup nak makan kena tanam sebab takde dijual kat sini.Kecuali di satu pasaraya(shoprite) tapi jauh dari rumah aku dan jarang jarang ada.Tima kasih kak ita...mmmmuuuahhhh.Lain kali boleh bagi lagi..ha..ha..tak senonoh kan aku ni.

Jumaat, 8 April 2011

SARAPAN DI PEARL OF BEIRUT,ALKHOR

Abang off arini,so aku ajak dia pergi fish market sambil2 melencong sarapan kat luar.Restauran kitorang pergi ni femes dikalangan orang malaysia kat sini.Parata dia antara yang terlembut dan sedap berbanding tempat lain.Masuk2 je restauran tu..dah ada satu family malaysia sedang makan.Masa kitorang tengah makan pulak..datang group2 motor harley davidson malaysia dengan indonesia..he..he..macam kedai makan malaysia la pulak jadinya. Nyummm..nyummm cedapnya adik makan.Habis ke tu dik..
Hai..abang.Tak pandang depan dah.2 keping parata abang belasah sorang.Takpe..maintain je slim.Lainlah bininya..he..he..he..


Selalunya payah nak ambil gambar anak bujang sorang ni.Arini mood dia ok la pulak..

Sedap la pulak daging ni.Rasa macam kari..tapi dia buat kering dan tak berkuah langsung.Pastu ada rasa pedas sikit.Along yang cerewet bab makanan ni pun makan..sedap katanya


Geng2 harley davidson malaysia.Masa ni baru 4 biji pastu masa kitorang dah kuar..datang lagi banyak biji.Sini ramai orang malaysia pakai harley terkecuali laki aku.Buat masa ni dia kata belum berminat lagi.Ok jugak..kalau tidak sah2 memanjang hilang jalan2 dengan geng2 harley...takde can lah aku nak menipiskan poket laki aku..:)

Khamis, 7 April 2011

LEMPENG KELAPA +OAT

Sarapan yang cukup ringkas.Macam lempeng biasa je tapi aku tambahkan oat.Bahan2nya tepung gandum,air,kelapa parut,secubit garam dan oat.
Ikan bilis takde..belasah buat sambal telur hancur.Yummyyy..Sebut ikan bilis,sedih sangat.Aritu ada pos 1 kg ikan bilis,2 peket ikan masin dan 1kg udang kering.Kerana jangka masa yang lama untuk sampai kesini..bila aku buka je kotak..3 barang ni dah bertukar kaler oren sikit2.Pastu baunya..adoiii.Last2 aku campak dalam tong sampah.Nak tak nak..terpaksalah tunggu balik kampung hara raya ni untuk dapatkan stok baru

KECIL TAPI...

Pagi2 ni masukkan entry pasal kecil2 ni jap...apa yang kecilnya???Cuba tengok ni... Ayam di sini lebih kurang tapak tangan aku je..wehhh jangan kutuk kata tangan aku besar gedabak pulak yee.Memang ayam kat sini bantut2 belaka.Mula2 datang pelik juga tapi lama2 dah biasa.Biasa dijual paling beratpun dalam 800-900 gram sekor.Yang 1000 gm(1kg) ada tapi jarang..jarang.Ayam yang dah beku dan keras ketung tu banyaklah 1kg.Kecil..memang kecil tapi harganya besarrrr.850 gram harganya dalam 16-17 rial.Ringgit Malaysia dalam RM15 la lebih kurang.Sape2 bising ayam malaysia mahal..meh datang sini.1 kg dekat RM20 wooo .Bayangkanlah sape anak ramai..sekali masak mesti 2-3 ekor.Kalau sekor..alahai berapa ketul je dapat.Pahanya alaaaa..halus je.Anak aku sekali belasah 2 ketul paha ayam pun tak kenyang..ha..ha..ha..
Ni satu lagi yg teramat comel.Yupppp kelapa (tangan akupun comel jugak kan..he..he..).Keciknyalah..tu sebab masak2 aku guna kelapa dalam tin atau serbuk je(yg segera).Kelapa parut biasa aku guna untuk buat inti kuih atau kerisik je.Bukan apa..kalau guna kelapa ni..lemaknya agak kurang(biasalah kelapa import)..pastu kelapa ni dahla kecik sangat..macam sebelah kelapa kat malaysia je.Ni sebiji dalam 4-5 rial.Nak dapatkan pun..di pasaraya tertentu je.Apa apapun..bersyukurlah dengan apa yang kita ada.Malaysia tetap terbaikkk..korang patut bangga tinggal kat malaysia cuma redha jelah gaji payah bebenor nak naik kan???

HOMEMADE ROTI PITA

Sumber:myresipi


Bahan-bahan ( 8 biji )


200g tepung roti


50g tepung gandum



150g air


5g gula


5g garam


15g olive oil/minyak masak


2.5g dry yeast


*aku gunakan tepung gandum.Tepung roti takde stok


Cara-cara 1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.


2.Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.


3.Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.


4.Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit


5.*** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya


*boleh isi dengan apa2 inti ikut selera masing2.

Rabu, 6 April 2011

KUAH ROJAK MEE

Cilok sini : kak hanieliza BAHAN2


1/2 kg kacang tanah-tumbuk kasar(aku blend halus)


1/2 cawan air asam jawa


1/2 cawan gula merah


1/2 cawan minyak


garam secukup rasa


BAHAN2 MESIN


3 sudu besar cili mesin


4 batang serai


1 inci halia


1/2 inci lengkuas


8 biji bawang merah


4 ulas bawang putih


2 biji buah keras


CARA2 -


-Tumis bahan2 mesin hingga berbau harum dan garing.Bila dah naik minyak,masukkan air asam jawa dan kacang tanah.Tambahkan air sedikit kalau terlalu pekat.


-Masukkan gula dan garam secukup rasa.Masak kuah dengan api perlahan sehingga naik minyak.Boleh hidang dengan rojak mee/ayam. bahan2 pelengkap (tapi tak cukup lengkap..he..he..he)

Selasa, 5 April 2011

MEE KUNING

Alhamdulillah..jumpa juga aku dengan mesin mee/pasta.Thank's kat my laling sebab belikan..mestilah dia belikan sebab kat umah ni dia ngan sikecik tu hantu mee...he..he..Hari sabtu beli,ahad terus buat projek mee kuning.Semangat tuuu nak merasmikan mesin..ha..ha..Resepi last minute punya,aku call member kat sini(k nor) yang memang dah teror bab buat2 mee ni.Kak nor bagi resepi dan petua sikit2..aku pun main tulis dan ingat2 je.Letak je phone terus mulakan projek.Sambil gaduh2 dengan adam..akupun memulakan projek.Walaupun tak susah mana tapi ianya menjadi susah bagi aku sebab ada tukang sibuk..kita buat diapun nyibuk sama.Lagi dimarah..lagilah dia menjadi jadi ngacau aku..ishhh nak sekeh kecik lagi.Takpe..tunggulah besar sikit,taulah adik mama cubit2.Sibbaik menjadi juga projek aku tapi mee agak terhalus sikit(mungkin sebab mesin pasta kot).Takpe pasni aku akan buat dan buat lagi.Oh ya,kalau kak nor terbaca..sorrylah su ada edit sikit2 ikut cara su buat..

BAHAN2

Tepung gandum-500 gram

1 cawan air - lebih kurang 200ml

1 biji telur

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil air kapur-optional.aku tak isi

2 sudu besar minyak masak

kunyit/pewarna kuning


CARA2

-Satukan telur,air,garam,minyak masak,kunyit/pewarna kuning dan air kapur.Kacau2 sikit sampai garam larut. -Masukkan tepung dalam bekas.Buat lubang ditengah2 tepung.Masukkan bahan2 yang telah disatukan tadi.Uli hingga jadi doh kental.Adunan memang agak keras..kalau lembut nanti selepas rebus mee kurang sedap

-Ambil doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian.

-Ambil satu,leperkan guna mesin mee/pasta.Gunakan no 1...buat proses ni dalam 3 kali..Kemudian gelek sampai licin(guna ketebalan makin berkurang)

-Ketebalan akhir(no 4) sapu tepung atasnya supaya bila keluar tak melekat

-akhir sekali,lalukan bawah mesin untuk mee.

-Proses merebus pulak..didihkan air dalam periuk (masukkan minyak masak sikit).Dah mendidih air,mee celurkan sikit2.Celur kejap je..tak sampai 5 minit pun.Cepat2 angkat..toskan kejap pastu gaul dengan minyak.Buat proses yang sama sampai habis.

*mesin pasta ni bila aku guna ketebalan no 4..keluar halus la pulak.pasni kalau buat lagi,aku kena guna no 2 atau 3 je kot.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...