Selasa, 7 Jun 2011

ROTI CANAI TELUR

Panas..panas..panas..debu..debu..mmm ini belum masuk bulan puasa lagi.Aktiviti di musim panas..lepakkking dalam rumah.Makin menggebu lah nampaknya aku yang sememangnya dah gebu ni.Bila nak kurus ni weiiii.Sebut nak kurus..sarapan pagi ni memang ubat yang amat2 mujarab untuk kurus...iyelahh tu su,ubat kurus kemenda kalau melantak banyak..ha..ha..Ambikkk ko..Roti canai pastu ditambah pulak dengan telur.Sarapan yang cukup simple dan mengelakkan pembaziran yang aku jumpa dari blog kak ann periuk tanah.Sape2 yang beli roti canai pastu ada lebih boleh buat resepi ni.Iyelah..roti canai bila dah lama sejuk kan keras ketung semacam je so make overkan dia dengan telur..memang sodap.Roti canai kembali lembut dan lemak tepu di badan akan bertambah dengan jayanya.

ROTI CANAI TELUR
Bahan-bahan: (hidangan untuk 3-5 orang)

3 keping roti canai
3-5 biji telur -(ikut saiz roti canai)
2-3 labu bawang besar (ikut saiz bawang) -lagi banyak bawang lagi sedap
1 biji cili merah dihiris nipis
garam secukup rasa
minyak secukupnya
CARA2
1. Belah dua bawang besar dan kemudian hiris melintang nipis-nipis. Masukkan ke dalam mangkuk. Pecahkan kesemua telur dan masukkan sedikit garam. masukkan juga cili merah yang dihiris tadi. Kacau dengan garpu hingga berbuih dan sebati.
2. Panaskan kuali. Letakkan 1 sudu teh minyak masak. Gunakan api perlahan. Letakkan sekeping roti canai dan biar panas 1 minit.
3. Terbalikkan roti. Sapukan bancuhan telur hingga sekata. Terbalikkan roti supaya bancuhan telur masak. Sementara tu, sapukan bancuhan telur di bahagian kedua. Terbalikkan lagi dan biar masak. (lagi banyak telur dan bawang lagi sedap). Renjiskan minyak lagi jika perlu.
4. Setelah kedua-dua bahagian roti masak, bolehlah diangkat dan digunting empat persegi kecil sebelum dihidangkan.
Taraaa..dah siap.makan camtu pun ok,tapi aku cicah dengan kuah dhal..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...