Jumaat, 3 Jun 2011

LIGHT CHEESE CAKE

Minggu memerap didalam rumah.Abang masih terpaksa bekerja walaupun hari cuti kerana projek masih belum siap.tak kisahla..Nak merayap mana sangat qatar ni.Negara Qatar ni kecil je..tambah2 musim panas ni.Baik duduk dalam rumah  lagi best sebab ada aircond.Mungkin malam esok keluar jap cari barang2 dapur.Masa usha blog Hasue..aku terskodeng resepi cheese cake ni.Apa lagi..terus mulakan projek.Aku ngan anak2 memang hantu cheese cake tapi kalau abang..hmmm.Tak payahla hulur apa2 kek,muffin dan apam pada dia.Sebelah mata pun tak pandang.Betul kata Hasue..sedappp dan cara2 nak buat pun senang je.Sama macam buat slice cheese cake..

LIGHT CHEESE CAKE
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar).*Aku bakar cara kek biasa je
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
Sangat sangattttt gebusss

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...